"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

23 May 2016

Tip Naikkan Berat Badan Yang Berkurangan

Kebanyakkan ibu hamil yang tergolong dalam kategori memiliki berat badan berkurangan selalunya mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang seperti rendah kalori serta kurang sumber protein. Bagi mengatasi perkara tersebut, jom cuba tip ini:

·           Jangan lupa untuk bersarapan setiap pagi. Bagi mendapatkan sumber protein tambahan dalam diet sarapan anda, sudah memadai makan roti bakar bersama sekeping keju.

·           Makan dengan kerap. Cuba amalkan mengambil kudapan snek yang sihat seperti yogurt dan buah-buahan kering yang boleh memberi sumber protein, kalsium, nutrien dan mineral pada tubuh.

·           Amalkan pemakanan yang kaya dengan lemak baik seperti kekacang, ikan, avokado dan sebagainya.

·           Minum minuman yang baik untuk kesihatan sepanjang kehamilan antaranya seperti jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C serta beta karotena seperti jus oren, aprikot, limau gedang, betik, dan karot.

·           Hindari mengambil makanan ringan yang tidak sihat.

·           Jika ingin mengambil suplemen tambahan, dapatkan pandangan dari doktor yang merawat terlebih dahulu.


No comments:

Post a Comment