Bagi mengetahui berat badan semasa, anda
dinasihatkan agar kerap menimbang berat badan dari masa ke semasa bagi tujuan
pemantauan. Selain itu, sewaktu pemeriksaan antenatal berat badan ibu hamil
akan ditimbang untuk mencatatkan peningkatan atau penurunan sepanjang
kehamilan. Turun naik berat badan akan memberi petunjuk kepada kesihatan yang
sedang dialami oleh ibu hamil. Jika terdapat sebarang perkara yang
berkemungkinan dikesan melalui turun atau naik berat badan, rawatan yang
selanjutnya akan diberikan. Ibu hamil seharusnya menyedari bahawa mengekalkan
berat badan ideal sepanjang kehamilan adalah langkah bijak bagi memastikan
kelancaran sepanjang kehamilan di samping mengelakkan berlakunya sebarang
risiko terhadap diri dan juga kandungan.
Risiko
Berat Berlebihan
Secara teorinya ibu hami lyang mengalami berat badan
berlebihan masih mampu melalui tempoh kehamilan dan kelahiran bayi tanpa
sebarang komplikasi. Namun, berat badan berlebihan ini ada risikonya
tersendiri. Antara risiko yang akan dialami seperti:
·
Mudah menghidap kencing manis (diabetes) atau darah
tinggi semasa hamil.
·
Sukar mendengar degupan jantung bayi serta
menentukan saiz uterus.
·
Sukar bersalin secara normal, berkemungkinan
mendapat bayi besar.
·
Sukar untuk menurunkan berat badan selepas bersalin.
·
Sakit belakang
·
Urat timbul dan bengkak kaki
·
Mudah letih atau semput
Oleh itu, Ibu hamil yang tergolong dalam kategori
ini perlu mendapatkan penjagaan yang
khusus sepanjang kehamilan bagi mengurangkan risiko komplikasi. Doktor mungkin
menyarankan diet yang bersesuaian serta melakukan beberapa ujian seperti ujian
imbasan (ultrasound) bagi menentukan saiz janin, ujian ketahanan glukosa (untuk
mengesan kencing manis) serta lain-lain ujian yang bersesuaian bagi memantau
tumbesaran bayi dalam kandungan.
Salam kak engku, saya mira nak tanya maaf lari tajuk bulan 10 last year saya mengalami keguguran anak sulung pada minggu yang ketiga disebabkan kami suami isteri kurang pengetahuan tentang penjagaan pantang kami hanya merujuk di internet saja itupun ada yang kami terlupa soal penjagaan pantang yang betul dan kini saya mengalami period tak menentu saya period 3 minggu dan berhenti tidak sampai seminggu dan kini perioda saya berlaku kembali dan adakala hari ni period esk tak period lepastu lusa period lagi dan asyik lenguh pinggang je sekarang ni bila tengah kencing tu rasa keluar angin di bahagian kemaluan mohon penjelasan kak engku dengan segera terima kasih
ReplyDelete