"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

19 March 2014

Set Bersalin Spa & Ma

Set Bersalin Spa & Ma adalah produk terbaru keluaran Beauty Garden Worldwide. Maklum balas yang sungguh memberansangkan mengenai Set Bersalin Spa & Ma daripada pengguna yang sungguh berpuas hati dengan Jamu Ratu Dara dan Ratu Mirifica Plus serta atas permintaan pengguna setia produk maka lahirlah Spa & Ma Maternity Set bagi membantu seluruh kaum ibu yang moden untuk melalui fasa berpantang dengan lebih mudah, ringkas dan selesa seperti anda mendapat rawatan khusus di spa. Spa & Ma Maternity Set merupakan produk yang berkualiti tinggi dengan harga mampu milik bagi semua. 

Setiap produk yang terdapat di dalam Spa & Ma Maternity Set adalah terbaik bagi memenuhi kehendak para ibu. Spa & Ma Maternity Set adalah set bersalin yang cukup lengkap dengan 11 produk terpilih yang terbaik di dalam setiap set.

Kepentingan Berpantang

“Rumitnya hendak berpantang” Ini antara keluhan yang sering didengar dari kebanyakan ibu yang baru melahirkan bayi. Jom ubah persepsi anda tentang keburukan berpantang kepada “indahnya tempoh berpantang”. Mengapa? Ini kerana penjagaan selepas bersalin amat penting untuk mempercepatkan proses pemulihan. Kehamilan memerlukan persediaan dari segi fizikal dan emosi malah rawatan dari segi dalaman dan luaran perlu diutamakan. Ternyata proses mengandung dan melahirkan memerlukan tenaga mental dan fizikal yang kuat. Kerosakan saraf dan otot mungkin berlaku dan pasti ianya memakan masa untuk dibetulkan. Apabila berpantang, ibu yang baru melalui proses kelahiran akan melalui satu fasa pemulihan dimana penjagaan yang rapi serta perhatian perlu ditiberatkan di dalam tempoh ini bagi memulihkan kesihatan jasmani dan rohani, pemulihan fizikal seperti bentuk badan dan paras rupa serta pemulihan di bahagian intim wanita khususnya dari aspek hubungan kelamin.
"Set Bersalin Spa & Ma" didatangkan dengan tiga gabungan elemen yang penting iaitu minda, fizikal dan spiritual. Minda yang tenang tanpa sebarang kecelaruan, badan (fizikal) yang sihat tanpa sebarang keletihan dan juga jiwa (spiritual) yang tenang tanpa sebarang gangguan emosi. Ketiga-tiga elemen ini adalah sangat penting bagi semua ibu yang sedang berpantang dan oleh kerana itulah kami  memastikan supaya kesemua 11 produk yang terdapat di dalam Spa & Ma Maternity Set ini mempunyai kesemua elemen penting tersebut.
Tanpa minda yang tenang, ia akan mendatangkan gangguan emosi yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental ataupun lebih dikenali sebagai meroyan. Selain daripada itu para ibu juga perlu menyesuaikan diri dengan perubahan fizikal seperti payudara yang membengkak mahupun susuk tubuh yang tidak lagi menarik. Tanpa jiwa yang tenteram, gejala kemurungan selepas bersalin juga boleh berlaku. Para ibu yang mengalami perubahan emosi dan gangguan psikologi boleh memberi kesan yang negatif bukan sahaja terhadap diri mereka sendiri tetapi juga kepada bayi yang baru dilahirkan.
Set Bersalin Spa & Ma memastikan elemen minda, fizikal dan spritual ini diterap ke dalam semua produk dengan kombinasi aroma yang sungguh mengasyikkan umpama di spa. Aroma yang segar mampu memberi ketenangan kepada sesiapa yang menggunakannya. Seorang ibu perlu sentiasa sihat semasa menjaga bayi mereka serta harus berusaha untuk mengembalikan kesegaran tubuh supaya dapat kembali melakukan aktiviti harian dengan lebih bertenaga. Bagi para ibu yang mengamalkan tradisi berpantang setiap kali selepas melahirkan zuriat pastinya ia dapat memberikan kesan positif yang berpanjangan kepada mereka. Jom dapatkan Set Bersalin Spa & Ma dengan harga yang berpatutan dari Kak Engku Bidan Bersalin.


1 comment:

  1. salam kak engku, sy mengandung anak pertama & xde pengalaman dlm mencari set2 bersalin ni. boleh akak suggest set bersalin mana yg elok, lengkap & selamat digunakan. set bersalin spa & ma ni kurang plak testimoni die

    ReplyDelete