·
Bersarapan seperti biasa, tetapi cuba gantikan diet
dengan menu yang ringan seperti roti bakar bersama segelas susu.
·
Bagi mengelakkan ibu hamil sentiasa berasa lapar,
cuba ambil kudapan dengan kerap.
·
Hindari makanan yang berlemak, berminyak serta
bergoreng. Cuba gantikan dengan makanan yang dimasak secara rebus, bakar,
kukus, mahupun berpanggang.
·
Hindari makanan yang kaya dengan lemak tepu serta
makanan ringan yang mengandungi lemak dan sodium.
·
Amalkan diet yang sihat dan seimbang. Lengkapkan
pemakanan dengan pengambilan vitamin, kalsium, asid folik, besi, mineral dan
nutrien yang baik untuk tubuh.
·
Banyakkan minum air. Disarankan minum antara 8
hingga 12 gelas air sehari. Hindari minuman yang mengandungi perisa tambahan
serta yang mengandungi soda kerana ia akan menambahkan kalori dalam badan. Air
mampu mengeluarkan toksin dalam badan.
·
Jadikan senaman mudah sebagai rutin harian. Ibu
hamil boleh lakukan pelbagai senaman ringkas dan mudah seperti berjalan,
menaikki anak tangga dan sebagainya.
·
Pengambilan suplemen dapat membantu ibu hamil
melengkapkan nutrien yang diperlukan badan. Awas! Dapatkan nasihat dari doktor
sebelum mengambil apa-apa suplemen.
No comments:
Post a Comment