"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

08 January 2010

Anda Tanya Kak Engku Jawab

Assalamualaikum.

Khas untuk para pembaca Blog Kak Engku yang dihormati, jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan sudi-sudikanlah menghubungi Kak Engku melalui SMS, WhatsApp Kak Engku (019 2077 643) ataupun email je kat Kak Engku (bidanbersalin@yahoo.com).

RALAT!

Chop Kalau Boleh Jangan Guna Mana-Mana Ruangan "Comment" Kat Blog Akak Nie Ye. 
Sebabnye Dah Penuh, Takut Akak Tak Perasan Lak Kalau Ada Soalan Yang Baru. Kalau Ada Sebarang Soalan Boleh Terus Diajukan Ke Email, SMS, WhatsApps Ataupun Nak Jawapan Segera.. Hello Je Kat Akak Hehehe

Insya Allah, Kak Engku akan menjawab sedaya yang boleh.

p/s: Kalau Nak Hello Akak, Selalunya Lepas Pukul 8.30pm Akak Free. Kalau Office Hour Akak Tak Sempat Nak Jawab Call, Patient Ramai Huhuhu.

484 comments:

  1. salam....
    macamana nak kempiskan perut hehehe... malu le

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak engku, saya izan. saya ada beberapa masalah kat sini. saya berusia 33 tahun dah ada dua anak 8 dan 6 tahun. tak mengamalkan apa2 perancangan keluarga.cuma saya ada masalah dgn period saya. nak kata tak teratur tak pulak datang period setiap bulan dan kekadang cuma lewat 2 atau 4 hari setiap bulan. tapi bulan ni dan bulan lepas saya mengalami period yg panjang.maksud saya period datang mcm biasa dlm seminggu pastu habis...seminggu selapas tu datang lagi...hari ni dah masuk hari ke 9...darah masih banyak...kenapa yer? selepas period habis hari tu saya mengalami peranakkan jatuh dah memgurut dgn bidan selang 3 hari saya datang period sampai sekarang belum habis(hari ke 9).boleh kak engku jelaskan?atau ada nasihat? mintak kak engku email direct ke norry6977@yahoo.com tq kak

    ReplyDelete
  3. salam k.engku.
    saya berusia 26thn dan sedang mengandung anak pertama (7bln sekarang). saya sedang alami prolapse/kekenduran rahim. saya nak bertanya, adakah ia boleh di ubati dgn urutan selepas bersalin? atau saya mmg terpaksa jalani pembedahan kecil utk membetulkan kedudukan rahim saya? adakah sebarang ubatan yg boleh dicuba/ikhtiar? kalau boleh saya mahu hindari dari dibedah.saya sgt risau. tq.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Engku...
    Sy Yani berusia 32 thn. Mempunyai 2 anak perempuan, 1st 9 tahun 2nd 4 bulan lebih. Sebelum sy preg anak ke2 , sy ada makan Marvelon selama lebih kurang 7 tahun. Then sy stop utk mendapat anak ke 2. Kedua2 bersalin ceaser. Skrg ni sy mengambil pil Yasmin. Baru sebulan dan semalam ada lah pil terakhir. Soalan saya :
    1- Bila nak start makan pek baru.
    2- Sy dah tak menyusu badan, perlu ke tukar brand pil ? Phone 012-9071588/email:hadina78@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Salam kepada yang bertanya, mengenai masalah kekenduran rahim, biasanya berlaku selepas bersalin. semasa kehamilan masalah ini tidak timbul. Kaedah rawatan selalunya adalah dengan cara urutan selepas bersalin oleh mereka yang mahir. Amalan senaman 'kemut' boleh dilakukan membantu menguatkan otot-otot peranakan. Pembedahan adalah tidak perlu dilakukan. Untuk maklumat lanjut senaman 'kemut' boleh lah hubungi kak engku. mekacih

    ReplyDelete
  6. Salam kak, saya anim, saya nak mencuba set bersalin tropical herbs.. macamane ek sya nak dapatkannya..

    ReplyDelete
  7. Anim...kalau nak info pasai produk nie akak boleh email kat anim....tapi kalau anim nak set nie....buat masa nie akak takde stok la...kalau tak silap akak, set nie jenama Amway kan dan hargenye dlm RM 269.00.

    ReplyDelete
  8. salam kak, sya ika dari pasir gudang jb, sy nak mencuba set afiat nie. tp nak tnya dia dtg dengan bengkong sekali ker!boleh ker sy dapt kan produk nie di mana2 kedai! terima kaseh kak!

    ReplyDelete
  9. w/salam, ika...set afiat nie tiada bengkung, set nie cuma ada barut berubat....dan set afiat nie ika boleh beli kat kedai kedai ubat ataupun pasaraya yang berhampiran ngan rumah ika.

    ReplyDelete
  10. salam kak engku,

    baby boy saya baru sebulan & menyusu susu ibu sepenuhnya..masalahnya setiap kali menyusu baby akan berak2. dalam sehari berbelas2 kali baby berak.masuk atas bawah keluar.ape yang saya faham normal baby berak dlm 5-6 kali sehari.pemakanan masa pantang saya jaga & x makan jamu

    ReplyDelete
  11. hai....tahniah puan telah mendapat cahayamata. Masa dalam pantang adalah masa yang amat cerewet untuk menjaga baby dan diri sendiri. Normal baby berak adalah dalam 5 - 6 kali sehari tetapi boleh jadi lebih. Menyusu badan jarang baby ada masalah berak. Jika baby berak lebih dari 6 kali....cuba puan perhatikan watak najis tu untuk warna,jenis,bau dan perhatikan keadaan anak samada dia dlm keadaan letih, tidak bermaya, merengek, perut nampak kembung/distended dan baby kurang menyusu. Jika anak menunjukkan tanda2 tersebut sila bawak anak berjumpa doktor dengan kadar segera...

    ReplyDelete
  12. ASSALAMUALAIKUM.. KAK ENGKU. SAYA BARU PREG 7 MINGGU.. SEJAK AKHIR2 NI SAYA ALAMI KEMBUNG PERUT YG TERUK SGT. KADANG2 XLE NK MAKAN SEBAB KEMBUNG SANGAT. SY SLALU MINTA SUAMI TLG URUT PERUT, TP XKUAT SGT LA. SAYA NK TNYA, NORMAL KE KEMBUNG PERUT SAAT NI? ADE KE PETUA NK ELAK KEMBUNG ATAU ATASI KEMBUNG NI? BOLEH KE URUT PERUT UNTUK BUANG ANGIN? KERAP LAPAR TP MKN SIKIT DAH KENYANG.

    ReplyDelete
  13. waalaikumsalam sheil,
    terima kasih bertanya.... Perut kembung puncanya perut dibiarkan kosong terlalu lama dan masuk angin. Kerap lapar tapi makan sikit dah kenyang...sebab perut dah masuk angin. Cuba makan ikut masa yang tepat dan jangan biar perut kosong terlalu lama.Masalah kembung perut nie biasa berlaku, sebab tu la dinasihatkan jaga waktu makan dan cuba elakkan makanan yang bergas, sejuk dan berangin. Urut perut adalah bukan penyelesaiannya...akak takut jadi ape2 je pada kandungan sheil.Urut dibahagian lain takpe. Makan ubat yang doc bekalkan dan jaga makan...insyaallah masalah perut kembung dapat diatasi.

    ReplyDelete
  14. Salam Kak Engku,
    Sy skrg ade kemusykilan skit nak tanye..sy tgh mengandung 4 bulan (anak ke-3) & sudah mengambil produk kehamilan Salindah sudah sebulan . Baru2 ni, kwn sy ckp doc die kt Hospital Pakar Kampung Baru telah menyenarai hitam produk Salindah dengan alasan ramai patient mereka yg mengalami tumpah darah semasa bersalin. Adakah perkara ini benar? Kak Engku @ rakan2 ada yg mengunakan produk Salindah Hamil & Bersalin mengadapi masalah? TQ

    ReplyDelete
  15. anonymous : boleh tak bagi Akak no. phone atau email, bolehlah kita bersembang heheheeh.....

    ReplyDelete
  16. SALAM... KAK ENGKU SAYA INGIN BERTNYA..BENARKAH PENGGUNAAN BREASTPUMP ADA KBURUKKAN NY...

    ReplyDelete
  17. Salam Kak Engku,
    Saya nak tumpang tanya, saya akan deliver baby insyaallah pada hari Sabtu ini secara pembedahan Caesarian.

    1.Saya sudah membeli set selepas bersalin Nona Roguy. Bila waktu yang sesuai untuk mula mengambil and menggunakan set tersebut?

    2.Pada kelahiran bayi pertama, saya mempunyai masalah kurang susu. Ubat doktor, jamu, urutan bidan dan pemakanan untuk tambah susu pun susu masih kurang. Untuk kelahiran yg akan datang ini, saya baru sahaja membeli pam susu medela swing 2phase. Boleh tolong beri tips bagaimana untuk menjayakan pengeluaran susu yg banyak. Saya memang beharap untuk exclusive breastfeeding 6 bulan untuk kali ini.

    ReplyDelete
  18. w/salam Aina: Sorry lambat reply, Akak sibuk sikit hehehe, waktu sesuai makan set NR, kalau boleh 2 minggu lepas pembedahan, tapi kalau baby kuning, stop dulu pemakanan dan continue semula lepas baby dah sihat.

    Mengenai penyusuan, Aina digalakkan memberi baby susu sekerap yg boleh (antara 8 -12 kali sehari) dgn cara ini, kilang susu di dalam badan kita akan lebih aktif lagi dalam penghasilan susu. Selain itu cuba Aina baca post penyusuan dalam Blog Akak ye....Tahniah kerana bersemangat utk menyusu badan

    ReplyDelete
  19. Salam Kak Engku,
    Saya mengandung 7 minggu. saya alami masalah kembung perut yg sama seperti komen sebelum ini. Saya menggunakan produk losyen halia yg banyak dijual di pasaran utk sapu bahagian perut dan belakang tetapi baru- baru ini saya mendapat tahu ianya tidak sesuai utk ibu yg sedang mengandung. betulkah? adakah ia memberi kesan pada bayi dalam kandungan.
    Selain itu berkenaan produk salindah. saya ingin tahu berkaitan produk ini kerana agak ragu-ragu mengenai produk ini. Terima Kasih

    ReplyDelete
  20. w/salam leen: Jika leen tak keberatan boleh tak leen call Akak (019 2077 643) Nanti boleh kita sembang sembang hehehe

    ReplyDelete
  21. Salam Kak Engku,
    Saya berumur 35 tahun, baru berumahtangga pada bulan disember 2009 lepas dan sedang mengandung anak sulung (15 minggu). Alhamdulillah saya tak alami alahan yang teruk sebagaimana bakal ibu yg lain. Selera makan saya pun boleh tahan.... apa saja terlintas, insyaallah suami akan cuba tunai kan. Bukan pantang makan tapi pantang nampak. heheheheh. Masalahnya sekarang ialah, saya mengidap varicose vein dari kecil (keturunan)pada kaki kanan dan pernah dibedah (stripping). Setiap kali sakit, saya akan mengambil ubat penahan sakit. Tetapi ketika ini doktor tidak membenarkan saya mengambil ubat tersebut kerana bimbang menjejaskan kandungan sebaliknya dua tiga doktor yang saya temui (kerajaan & swasta) berkata, panadol/paracetamol boleh diambil jika sakit. Jadi sekarang saya mengambil panadol 2 biji dlm satu hari (sebiji sekali walaupun doktor membenarkan 2 biji sekali makan). Saya ingin bertanya pada Kak Engku, adakah selamat saya mengambil pil panadol tersebut sbb kalau saya tak ambil, kaki saya terlalu sakit hingga saya tak blh bangun atau berjalan.

    ReplyDelete
  22. W/salam Puan, masa mengandung kita dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarang ubatan kecuali atas arahan doktor. Panadol adalah selamat dimakan tapi jangan over dos tau....

    ReplyDelete
  23. kak engku,saye farah dari kl..kalau nak order set bersalin ibu ambar kenanga,kak engku dah ade stok ker?

    ReplyDelete
  24. Farah: Ada, nak bile yek? hehehe

    ReplyDelete
  25. kalau bole nak cepat sbb due date saye lagi 2 mgu insyaAllah 15/5 ni tp mane la tau kot2 deliver awal kan..hehe yg ni 1st baby..

    ReplyDelete
  26. Farah: kalau nak set tu, nanti inform Akak ye ataupun Farah isi je order form kat bawah blog nie ye....

    ReplyDelete
  27. Asaalamualaikum, kak engku
    saya zubaidah dari Puchung.Saya ingin bertanya
    saya menpunyai anak berumur 4tahun
    (perempuan) .Saya telah mengambil keputusan untuk menghentikan penyusuan anak saya.Untuk pengetahuan kak engku , saya menyusukan anak saya sehingga 2 tahun dan sekarang ni saya
    memberi susu formula . Apakah ini menganggu tumbesaran anak saya dan apakah makanan alternatif yang boleh saya berikan anak saya.

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum kak engku,nak tau la,rerambut kat badan baby yg baru lahir biasanya akan gugur masa umur baby brp bulan ye? baby saya kat muka,dahi,badan ada rerambut tu.kulit nampak gelap sbb ada bulu2 tu..hehe..

    ReplyDelete
  29. Zubaidah: W/salam, tahniah sebab berjaya menyusu badan. Utk pengetahuan, pengambilan susu formula tidak akan mengganggu tumbesaran anak. manakala makanan alternatif yg disarankan adalah seperti makanan harian org dewasa tetapi kuantiti pengambilannya adalah berbeza.

    ReplyDelete
  30. w/salam saudari, mintak maaf la, Akak pun tak pasti umur berape baru hilang rerambut pada bayi, tapi yang pentingnya, asalkan perkara tersebut tidak mendatangkan bahaya kepada bayi, tu pun sudah memadai.

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum kak engku..saya nak tanya pendapat kak engku.Produk lepas bersalin yg mana boleh dikatakan bagus dan berbaloi utk digunakan? Satu lagi, skang ni saya mengandung anak kedua dah masuk 7 bulan. Baru baru ni saya mengalami masalah keputihan yg agak byk. Doktor beri saya ubat kapsul utk dimasukkan ke dalam vagina. Ubat tu utk 5 hari. Hari pertama dan kedua saya masukkan takde masalah tp bila masuk hari ketiga saya cuba masukkan menggunakan jari. Bila saya tarik semula jari saya keluar, jari saya diselaputi dgn darah. Saya tak jumpa doktor sebab tiada darah yg mengalir keluar selepas tu. Kenapa ek? Adakah ianya merbahaya?

    ReplyDelete
  32. Salam kak engku...saya baru keguguran 23/4 yang lepas...sekarang ni saya rasa kat 'bawah' tu mcm asik terbukak je... naper ekh? lepas gugur lak sy bnyk gerak..xmcm org pntang.. ke rahim jatuh?? kak tlg yer...

    -gee-

    ReplyDelete
  33. salam kak engku,
    sy sollehatun.sy seorg ibu kpd 3 org cahaya mata.sy menyusukan kesemua bayi2 sy.bayi yg ke3 sy nie br berusia 5 bln & sy telah pun menyusukannya secara eksklusif. ttp sy kadang2 tu ada gak tertanya2, konsep penyusuan susu ibu secara eksklusif nie mcm mana ye? sbbnya yg sy berfikir mcm tu adalah kerana, dr apa yg sy tahu, eksklusif bermaksud bayi hanya diberi susu ibu sahaja kan. tp mcm mana ye bl bayi diberi makan ubat contohnya syrup panadol bl demam. adakah ianya still di panggil eksklusif?

    ReplyDelete
  34. W/salam Atun, kalau ikut teori eksklusif breastfeeding memang bb hanya diberi susu ibu sahaja selama 6 bulan tetapi kalau anak demam sudah semestinya kita terpaksa bagi ubat demam dan air masak. Kita kene tgk la jumlah air yg diberi kepada baby. Kalau demam dlm 3 - 5 cc tu takpe.As long kita hanya bagi ubat kerana keadaan memaksa, ini masihlah dikira penyusuan eksklusif, Insya Allah.

    ReplyDelete
  35. W/salam Gee, tanye sikit leh, keguguran tu kandungan pada usia brape yek? Biasanya lepas gugur mesti kene banyak berehat, sekurang-kurangnya 2 minggu, pantangnye jugak sama je macam org bersalin...dan kat bawah tu cakap macam terbukak, mmmm macamana ye....kalau Gee tak keberatan Gee hello hello la Akak, boleh kite sembang sembang yek hehehe

    ReplyDelete
  36. W/salam puan, kalau ikut pool Akak, set bersalin pilihan adalah nona roguy, sendayu dan leesa. Puan, masalah keputihan semasa mengandung adalah normal tapi bila ia berbau, gatal maka rawatan perlu diambil. Keadaan yg puan alami semasa memasukkan ubat menggunakan jari adalah normal dan tidak membahayakan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan keadaan vagina yg sensitif pada sentuhan dan berlakunya sedikit pendarahan.

    ReplyDelete
  37. SLM..SY HAIDA..SY ADE SOALAN NAK TANYA..SY BERCDG MEMBERI SUSU IBU SEPENUHNYA KPD BAYI SY YG KINI BERUSIA SEBULAN...BAYI SY AKAN DI LETAKKAN DI TASKA SEWAKTU SY BEKERJA...BLH X SY MENGGUNAKAN BOTOL SUSU UTK PSI SY...SBB KAT TASKA TU BYK B.B..XSEMPAT PAKAI CWN...

    ReplyDelete
  38. Norhaida: w/salam, boleh, jgn lupe letakkan date dan waktu pemerahan pada botol tu, supaya senang, bile nak guna susu, ambil susu yg paling awal tau. Selamat berjaya hehehe

    ReplyDelete
  39. salam kak engku..sy dah 36weeks preggy..nak tanya k.engku la..1st dulu sy guna leesa formula..utk 2nd bby ni sy nak try guna yg lain plak..stakat ni mcm lebih pd sendayu tinggi coz boleh bnykkan BM & set ibu halimah..tp yg ibu halimah tu ada serbuk kan..sy takut sy x terminum jer..hehe..sy nak yg simple2 je coz yg 2nd ni sy x blk rumah mak..ada suggestion x k.engku.. email sy: effyzan@yahoo.com

    ReplyDelete
  40. Noreffyzan: w/salam, terima kasih sudi tanya akak. Setakat nie costumer yang guna Set Sendayu Tinggi, Nona Roguy dan Ibu Halimah memberi feeback yang sungguh memberangsangkan. Set Bersalin sendayu Tinggi, Nona Roguy dan Ambar Kenanga mudah dan senang di ambil jika berpantang sendiri. Bagi Set Ibu Halimah betul tu ada 2 jenis iaitu jenis pil dan serbuk. Jenis serbuk nie ada yang bancuh dan buat sendiri dalam bentuk bulat2 seperti maajun supaya senang di telan.

    ReplyDelete
  41. Salam Kak Engku,
    Sy dh 9 bulan lebih tunggu hr je, probsnye sy dah set dlm kepala sy nk menyusukan ank sy smpai 2 tahun, tp sy pernah operate di breast ada lump & luka operate tu terkena nipple sy & lastly until now nipple sy x naik.sy dh refer doc sblm ni tp dia ckp akan naik dgn sndirinya.Malangnya nipple sy skrg pun sblh naik sblh lg x naik,& time pregnant ni ada keluar air dr nipple tp sblh shj. sy runsing xdpt bg baby sy susu yg exclusive..

    ReplyDelete
  42. salam kak engku,
    saya dah 25 weeks preggy, nie 2nd pregnancy, yang first dulu tak banyak susu, nipple pun tak nak keluar, yang 2nd nie, nak sangat BF sampai at least 1 thn. Masa time pregnant nie, ada tak cara2 nak trigger BM?

    ReplyDelete
  43. Safee: W/salam, kalau boleh masa mandi cuba gentel puting supaya puting timbul bagi membantu bila nak menyusu nanti.

    ReplyDelete
  44. Nani: w/salam, takpe, banyak2 bersabar, setiap masalah ada cara penyelesaiannya, mengenai puting tenggelam, Nani boleh cuba cara nie, setiap kali nak beri penyusuan kepada baby, terlebih dahulu ambik syringe letakkan pada puting dan sedut puting tu keluar dan kemudian terus bagi baby menyusu, kalau tak boleh jugak, cuba guna breastpump pada belah payudara yg putingnye tenggelam, kemudian isi ke dalam botol dan bagi baby susu dgn menggunakan botol. Insya Allah penyusuan akan berjaya. Kak Engku harap Nani kuatkan azam ye, percayalah Allah tidak melakukan sesuatu itu tanpa bersebab.

    ReplyDelete
  45. Salam Kak Engku...Baby saya baru nk masuk 3 bulan..saya mmg berazam nk bg penyusuan xklusif kat dia..sampai skang ni mmg saya fully breastfed.kalo time keje pon sayer pam susu.tapi bb saya ni da mula isap puting time nak tido.wpon dia isap puting masa nk tido (lepas da kenyang) tapi saya risau la nanti lama2 dier da tak nk menyusu direct ngan saya.ada tak cara untuk saya bentikan tabiat dier tu?..lagik satu..masa bersalin aritu saya kene c-sec sbb bb tu mendongak last2 minit.kalau saya nk bersalin normal untuk anak second dan seterusnya boleh ke?

    ReplyDelete
  46. Yoyo: w/salam, Nasihat Akak cuba Yoyo berhentikan memberi puting kpd baby serta merta, kerana Akak takut baby Yoyo akan keliru puting. Ajar baby menyusu badan diselang seli dengan memberi susu menggunakan botol, carik puting susu botol yang menyerupai puting payudara supaya baby tidak keliru puting. Untuk anak kedua nanti, Yoyo boleh berslin normal.

    ReplyDelete
  47. SALAM Kak Engku<
    saya dalam proses mengandung anak pertama, baru petang ni nak cek sebab 2 bulan dah tak period dan dah pastikan dengan UP test.

    tapi, satu soalan, kadang2, semasa kencing, akan keluar lendir berdarah, tapi agak jernih. adakah tu perkara biasa??
    sekian, tq

    ReplyDelete
  48. w/salam, Kejadian keluar lendir berdarah semasa kencing adalah keadaan yang luar biasa. Sila ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan. Dapatkan pemeriksaan segera ye.

    ReplyDelete
  49. salam kak engku,
    nak tanya sikit...kak engku ada jual tungku moden tak?...lagi, orang ceaser boleh pakai tungku ke?

    ReplyDelete
  50. Safee: Org ceaserpun boleh guna tungku, tapi guna kat bahagian lain la selain perut. Safee, Akak takde jual la tungku moden, tapi kalau nak carik baik carik kat kedai atau pasaraya (dlm RM 35.00 - 45.00), kalau beli secara online kos nye mahal sedikit (dlm 45.00 + 20.00 kos penghantaran sebab tungku nie berat)

    ReplyDelete
  51. salam kak engku,
    sy dh brsalin ank ke2 & bb dh msk 8bln.
    mcm mane nk kempiskn bhgn perut ke bwh cz buncit ar especially bhgn bwh pusat(kwsn rahim klu x silap).effektif tak klu sy gunakan tungku moden,bengkung & losyen spt losyen pati halia.
    blh suggest skali tak bengkung & losyen apa yg bgs.

    ReplyDelete
  52. salam nini,
    umumnya lepas bersalin kita akan mengalami masalah dengan bahagian perut. Kesan regangan semasa hamil menyebabkan 'stretch mark', menggelambir dan kembang. Akibatnya bahagian pinggang hilang potongan.Bagi mendapat kesan yang optimum untuk kempiskan bahagian perut nie penggunaan bengkung adalah digalakkan. Nini boleh menyapu Tummy Tone (produk sendayu tinggi) pada bahagian perut sebelum memakai bengkung. Manakala Body Contour cream (produk sendayu tinggi) adalah produk tambahan yang sangat baik dan boleh disapu di bahagian berlemak seperti perut, paha dan lengan setiap pagi dan malam. Pengambilan yang konsisten akan membantu mengatasi masalah perut selepas bersalin mampu diatasi.

    ReplyDelete
  53. salam kak engku,
    bila masa/tempoh yg terbaik untuk ibu yang baru lepas bersalin aktif bersukan, jogging dan senamrobik?

    ReplyDelete
  54. iena: w/salam, Abis berpantang bolehlah lakukan aktiviti ini.

    ReplyDelete
  55. salam...sy nk tnya pasal penyusuan bayi. Bayi saya berumur 4 bln. Baru2 ni saya mengalami sakit batu karang kmd terus buat laser. Dktr nasihatkan supaya penyusuan dihentikan sementara krn sy terpaksa mkn ubat. Sy kasihankan bayi sy kerana dia aktif menyusu lg. Jika tak boleh menyusu jgak, adakah susuibu akan kering? bolehkan urutan dpt membantu masalah airsusu kering?

    ReplyDelete
  56. W/Salam: Boleh Akak tahu nama ubat yang puan makan? Pengalaman akak kerja kat spital walaupun pesakit ambil ubat yg boleh beri kesan pada penyusuan tetapi penyusuan tetap diteruskan jugak. Maksudnya beri baby susu sebelum makan ubat. Jadi kesannya agak kurang. Ataupun puan boleh menghubungi pusat laktasi untuk keterangan lebih lanjut. Urutan dan memreah susu yang kerap boleh membantu dalam banyakkan lagi susu. Mekasih.

    ReplyDelete
  57. salam,saya anum dr putrajaya. nak tanya akak boleh berurut? sy peknen nak masuk 8 bulan. anak sy yang sebelum ni dah 9 tahun. sy pun dah 37. mak suh cari bidan2 yg pandai urut, rase perut dulu b4 bersalin sbb dh lame nak beranak, biar urat tak tegang sangat. (betul ke?) dulu pun mase anak no 3 sy ade gak urut ngan bidan kg. dia urut urat susu. menancut mancut susu keluar. pas bersalin terus boleh susukan baby. tk de masalah langsung. susu banyak.

    ReplyDelete
  58. sy sambung pasal ubat slpas laser...dktr beri ubat UROCIT K 10 MEQ(mkn sekali shari) dan URAL(2 kali shari). Kasihan kat my baby coz dia demam plak...sayu hati bla nengok dia terpaksa mnyusu botol aje..kekadang bila saya dukung dia mula mencari2 susu ibu...

    ReplyDelete
  59. Anum: W/salam, maaf byk2 akak tak sediakan perkhidmatan urut. Kalau mak akak boleh la tapi kat kampung......hehehe Apa yang mak anum cakapkan tu memang betul, tapi mesti cari yang betul betul pandai mengurut tau...

    ReplyDelete
  60. Salam Kak Engku,

    Saya Maz, berumur 29 tahun, dan kini alhamdulillah sedang mengandungkan anak pertama setelah 6 bulan berumahtangga. Kandungan sekarang mencecah 10 minggu, alahan alhamdulillah, ada masa2 tertentu sahaja, Masalahnya sekarang dah 5 hari gusi saya bengkak. berdenyut2 sakit. Jumpa dr just bagi panadol tahan sakit dan antibiotik. memang bergantung pada panadl tu, kalau tak meleleh air mata lah menahannya. masalahnya bengkak masih tak surut malahan semakin membesar. Ada tak ape2 petua ke yang boleh diamalkan?

    ReplyDelete
  61. Maz: w/salam, petua yg spesel takde la...cuma jgn ambil makanan manis, ubat panadol utk tahan sakit dan antibiotik mesti dihabiskan.

    ReplyDelete
  62. salam kak engku,
    nak tanya yang bengkung bodycare, macam mana saya nak tahu size yang sesuai dgn saya. sebab saya ingat nak order bengkung tu dgn set bersalin sekali.

    ReplyDelete
  63. hanisah: w/salam,kalau nak pilih saiz bengkung bodycare, cuba ikut ukuran saiz badan / pinggang sebelum hamil, lebih kurang samalah ngan saiz bengkung nie

    ReplyDelete
  64. salam kak,
    jamu kacip timah tu, kalau period dan menyusu boleh makan tak?

    ReplyDelete
  65. Salam kak engku,
    Baby saya 2 bulan, minum susu formula sejak sebulan lepas. Dua tiga hari ni, dia susah nak menyusu, dah tukar macam2 susu, dah jumpa pakar tapi tak sakit pun. Satu hari dia minum dalam 450ml je. Berat dia 4.5kg.
    Kadang2, dia boleh habis 90ml, tapi ada masa pulak, nak habiskan 30ml pun payah, walau dah 3 jam tak menyusu.
    Saya risaulah kak. Ada cara lain ke nak bagi dia selera menyusu.

    Tolonglah...dah kebingungan ni.
    Liza (deepbluesea_me@yahoo.com)

    ReplyDelete
  66. Liza: w/salam, baby apabila minum susu formula memang banyak masalah yg timbul. Susu formula selalunya diberi setiap 3 jam sekali, berbeza dgn susu badan, sebabnye susu formula lambat hadam. Boleh tak akak tahu keadaan anak camne ye? Menangis, merengek atau alami kembung perut? Thanks.

    ReplyDelete
  67. salam kak engku
    sy nak tanya,anak sy dah nak masuk 7 bln & sy dah start bg dia makan. sejak dia start makan, dia dah kurang minum susu. anak sy menyusu susu badan sepenuhnya. kalau sblm nie dia minum 5 botol susu (3oz setiap botol). tapi sekarang nie dia hanya minum 3 botol aje. ok ke? sy bg dia makan 2 kali sehari.

    ReplyDelete
  68. mama atun: w/salam, hehehe kalau boleh lepas nie, sebelum bagi baby makan, bagi baby menyusu terlebih dahulu, baby selalunya kalau dah kenyang makan makanan yg diberi memang tak nak menyusu kalau menyusupun sikit je, jadi lain kali bagi baby menyusu dulu tau.

    ReplyDelete
  69. thanks kak engku, sy akan cuba lepas nie

    ReplyDelete
  70. salam kak..saya nak tanya adakah komplikasi bagi wanita yg mempunyai buasir untuk melahirkan anak nanti.lebih2 lagi bagi melahirkan anak pertama-yayang

    ReplyDelete
  71. Yayang: cuba baca link ni yek (http://bidanbersalin.blogspot.com/2010/03/mengurangkan-derita-buasir.html)

    ReplyDelete
  72. Yayang: W/salam, nanti baca entri akak yg bertajuk Buasir Dan Kehamilan.

    ReplyDelete
  73. salam kak engku
    sy nak tanya,sy dah melahirkan anak ke3 sy dah 7 bln.bulan lepas(6 bln) sy datang period kali pertama slps bersalin dulu,tp hanya 3 hari aje & heavy flow. bln nie sy dok tertunggu2 period & dah lewat seminggu. sy buat urin test & the result is -ve. buat pengetahuan kak engku,sy menyusukan secara penuh kat baby sy. adakah ianya normal ssb sy menyusu penuh atau ada yg tak kena?
    harap kak engku dapat membantu sy

    ReplyDelete
  74. salam mama atun, menyusu badan adalah salah satu cara atau kaedah merancang keluarga.Peratusan keberkesanannya adalah 98% dengan syarat bb hanya diberi susu ibu sahaja tanpa makanan atau minuman yang lain. Selalunya kitaran haid akan lambat dan setiap individu jangkamasa datang period adalah tidak sama. Apa yg puan alami nie adalah normal sebab puan menyusu badan dengan sepenuhnya. Selepas bersalin, puan ada buat ujian pap smear tak? Jika belum, sila buat di mana2 klinik berdekatan ye. Mekasih

    ReplyDelete
  75. salam kak engku, nak tanya kalau payudara baby bengkak, dan bila dipicit, ia mengeluarkan susu. adakah iu perkara normal atau tidak?

    ReplyDelete
  76. salam nisa, payudara bb bengkak adalah tidak normal. Nisa mesti selalu 'massage' atau buat urutan secara lembut untuk mengeluarkan susu tersebut. Jika masih bengkak, nisa bawa bb jumpa doktor ye. Mekasih.

    ReplyDelete
  77. salam kak engku..saya ada beberapa soalan:

    1)saya bersalin secara ceasarian, dr segi kesihatan berapa lamakan tempoh yang sesuai utk saya kembali bersama suami?

    2) untuk kaedah perancang keluarga, saya merancang utk pakai IUD..tp saya musykir..adakah tidak ada masalah bagi saya yg bersalin scr ceasarian utk pakai IUD..sekiranya ok..bila tempoh yang sesuai utk saya mula pakai?

    3)saya memang merancang utk fully bf kepada bb..segala peralatan utk pump dah dibeli..sekarang ni saya masih dlm pantang..tp ibu menyarankan utk saya topup dgn susu formula kerana takut bb lapar..maklum la berpantang di rumah org tua..bila bb nagis je..ibu saya ckp bb tak kenyang susu badan..so, ibu topupkn dgn susu formula.. agak2..lpas saya kembali bekerja nnt..boleh tak saya fully bf pada bb yang dh biasa d topuo dgn susu formula ni?kak engku ada cadangan tak?

    4)kak engku tahu ap2 ubat atau makanan yg boleh tambah susu badan tak?

    ~n00r~

    ReplyDelete
  78. Salam noor,
    1. Tempoh berpantang bg orang yg bersalin normal atau czer adalah sama iaitu antara 60 - 100 hari. Seelok2nya biarlah 100 hari atau luka sembuh sepenuhnya.

    2. Untuk kaedah perancang keluarga, klau noor berminat dgn IUD. Pemasangan adalah hari ke 5 period.

    3.Cadangan akak: teruskan penyusuan dan stop susu formula. Bg susu badan dgn KERAP, minum air antara 6 - 8 gelas sehari. Yakinkan diri, mesti teruskan penyusuan ye. Cuba dapatkan sokongan suami dan ahli keluarga. Jangan kelirukan anak dgn puting botol atau puting kosong ye. Lakukan pemerahan susu untuk simpanan stok masa dlm pantang seberapa banyak yg boleh. Insyaallah noor boleh berjaya dalam penyusuan.

    4. Untuk tambah susu badan noor ikut cadangan akak kat atas ye....hehehe.

    p/s: klau ada apa2 boleh sms kat akak atau hello akak je. Jumpa lagi...

    ReplyDelete
  79. salam,

    akak saya nak tanya set bersalin nona roguy yg promotion tu masih ada stok lagi tak?
    kalau set bersalin jamu mak dara takda harga special ker?

    ReplyDelete
  80. w/salam, set nr promosi masih ade lagi dan kalau nak harga spesel jamu mak dara, meh la tawar harga ngan akak, nanti akak tengok, ok ke tidak harga yang ditawarkan tu ye hehehe.

    ReplyDelete
  81. a'kum.kak,sy nk tnya pndapat akak set bersalin paling elok n bagus digunakan produk yang mana? sebab sy keputihan bnyk n kdg2 berbau selepas bersama suami.keturunan sy bnyk keputihan dr ank dara lg n sy pregnant ank sulung

    ReplyDelete
  82. w/salam puan, memang susah akak nak bagitahu set bersalin yang elok utk seseorang kerana lain org lain penerimaannya terhadap sesuatu produk, jadi utk info cuba baca panduan memilih set bersalin dlm blog akak ye, tapi kalau nak tahu set bersalin yg paling diminati ramai adalah Nona Roguy dan juga Sendayu Tinggi.

    ReplyDelete
  83. salam.kak apa pendapat akak sy xnk pkai bengkung tp nk pkai corset?sy pregnant ank 1,pendapat akak bila ms yg sesuai sy pkai korset?adakah buah dada kita akn kembali kecut leps pantang seperti ms khwn?produk dan set bersalin yg mna ada corset dan tegangkan buah dada?

    ReplyDelete
  84. w/salam, kalau nak pakai corsetpun boleh gak tapi jgn lupe sapu ngan minyak/krim panas utk mendapatkan kesan yg lebih baik. Kalau bersalin normal bile-bilepun boleh pakai, tapi kalau bersalin secara caesar kene tunggu luka baik terlebih dahulu sebelum memakainya. Selalunya apabila baby menyusu badan nie, payudara kite akan menjadi tidak begitu tegang. Dlm set bersalin tiada produk yg khusus utk menegangkan payudara. Tapi banyak produk-produk kesihatan yg terdapat bagi tujuan ini (dlm bentuk krim, pil, tablet dan juga minuman). Produk produk tersebut boleh didapati dalam blog akak.

    ReplyDelete
  85. salam kak.bila waktu yg sesuai utk pkai bju dalam yg ada besi?

    ReplyDelete
  86. Assalamualaikum Puan, kalau ade masalah keputihan, cuba gune produk NR (Madu Nona Harmonis)Digunakan secara tradisional bagi wanita yang berumur tiga puluh lima (35) tahun ke atas dan wanita yang telah putus haid untuk kesihatan tenaga, menguatkan otot, melancarkan peredaran darah, memelihara kulit dan kulit muka, melegakan keputihan dan kelemahan badan.

    ReplyDelete
  87. w/salam, kalau breastfeed memang takleh pakai baju dalam yg ade besi, tapi kalau tak menyusukan baby akak rasa takde masalah kalau nak pakai, yg penting selesa dgn si pemakai.

    ReplyDelete
  88. salam.kak boleh bgthu cra dan apa ramuan utk bertangkas?elok tak sekiranya lps bersalin menggunakan herba cina yg halal?

    ReplyDelete
  89. w/salam, hehehe akak pun tak pasti ramuannye, tapi cuba baca link nie yek (http://bidanbersalin.blogspot.com/2010/03/belajar-merawat-diri-secara-teratur.html)
    Akak rasa takde salahnye nak gune cara rawatan yg manepun asalkan barangan tu halal dan barangan tersebut dapat merawat selepas bersalin.

    ReplyDelete
  90. Salam Kak Engku,

    Saya baru bersalin dalam 22 hari dan mengalami bisul pada buah dada, saya tidak pergi ke hospital atau klinik kerana masih fobia dgn c-sect masa bersalin.. Saya sudah beli ubat cina supaya bisul cepat pecah dan sembuh tanpa surgery. Adakah saya masih boleh teruskan penyusuan jika menggunakan ubat tersebut? Sebelum menggunakan ubat cina tersebut saya masih meneruskan penyusuan pada baby, adakah ini membahayakan baby / boleh menyebabkan baby berjangkit bisul? .. TQ

    ReplyDelete
  91. W/salam puan, mengenai bisul nie akak nasihatkan lebih baik dapatkan rawatan gak kat klinik atau spital, bukannya apa akak takut nanti berjangkit kat baby lak.

    ReplyDelete
  92. Salam,kak engku..

    saya dh mengandung 24 mggu tp baru nk mula mkn set salindah.mcm mana dengan B1?adakah saya harus mula dengan makan B2?terima kasih.

    ReplyDelete
  93. slm k.engku..sy tgh pregnant 5bln ank 1st..mslh sy ialah telah 2 minggu sy mengalami gatal2 kulit..pd mulanya hya di bhgian tangan&kaki tp skrg telah merebak ke seluruh badan..sy telah ke klinik swasta dan doktor ckp sy alergi tp tak tahu apakah punca mslh alergi sy ni..buat masa ini sy hya menyapu losen calamine dan bedak protex utk mengurangkan rasa gatal..sy tak berani makan ubat2 lain..buat pengetahuan k.engku,sblm mengandung sy mmg ada mslh gatal2 kulit akibat alergi dan makan/sapu ubat tahan gatal&steroid krim yg diberikan doktor..oleh krn sy mengandung,sy takut utk mengambil ubat2 yg biasa sy gunakan..hrp k.engku ada cara utk membantu sy dgn segera..

    ReplyDelete
  94. Puan: pasal set salindah ni, akak tak berape pastilah camne cara pemakanannya, sorry ye

    ReplyDelete
  95. shauda: akak nak bantupun akak tak tahu punca kegatalan yang dialami nie, so nasihat akak sebelum mengambil sesuatu ubat atau rawatan adalah lebih baik shauda pergi ke klinik utk mendapat rawatan dan tanya kepada doktor jalan penyelesaian yang terbaik...pegi klinik ye, jgn biarkan masalah tu berlarutan

    ReplyDelete
  96. salam kak engku
    br2 ni sy pg cekup 34 weeks dan doc bgtau sy baby belum engage tp dah 3/5 in.Sy tak paham la.Boleh kak engku jelaskan dengan lebih detail

    ReplyDelete
  97. kak engku sy ada masalah skit..saya akan melahirkan anak pertama, tapi sampai sekarang still blm dapat set bersalin..ada kawan2 ckp set bersalin xelok untuk anak kalau breastfeed..so sy semakin pening..lagi pon nanti mase bersalin, mungkin saya akan dijaga oleh suami jer memandangkan mak dan mak mertua yg dah uzur dan xmampu nak jaga, bertambah pening la saya,so sy mcm berminat dgn set Nr ni..kalau selaki dgn bengkung & tungku berape harganya?

    ReplyDelete
  98. salam aisha, dah baca panduan memilih set bersalin belum nie? Nanti baca dulu ye.....hehehe.
    Ramai salah tafsir set bersalin xelok untuk anak klau bf. Sebenarnya klau anak kuning, puan dinasihatkan supaya tidak mengambil set bersalin sehingga kuning anak hilang. Slps kuning anak settle barulah mula mkn jamu. Set bersalin tak menganggu dlm penyusuan.
    Untuk set NR harga promosi 290.00, bengkung kena buat pilihan nak yg mana (paling dpt sambutan bengkung Sendayu tinggi rm 40.00, bengkung leesa rm49.00 dan bengkung body care saiz s,m,L,XL rm 35.00) dan tungku hanya dalam leesa iaitu tungku herba rm 40.00.
    Klau aisha berminat dan ingin buat pembelian nanti isi form kat blog akak ye atau sms ke 0192077643....mekasih n jumpa lagi.

    ReplyDelete
  99. w/salam puan, maksud engage tu ialah, semasa nak bersalin kepala baby mesti engage iaitu masuk ke dalam ruang pelvik. Dengan melakukan palpasi perut, doc dapat buat ukuran sama ada 2/5, 3/5 atau 4/5 (itu adalah ukurannya. Jika kandungan puan 34 minggu dan ukuran 3/5 itu adalah normal. Okay bye n jumpe lagi.

    ReplyDelete
  100. salam k.engku, saya nk minta pandangan, skrang saya mengandung 4 bulan. kwn2 ramai yg suggest utk amik supplemen salindah-kata mereka utk mudah bersalin, anak pintar dsb. bila sy tya doc, dorang xnak komen apa2, dr testimoni yg baik ada juga yg xbaik iaitu seperti turun darah sms bersalin dsb. pd pndngan puan pula mcmane?

    ReplyDelete
  101. ddianne: Wsalam, sebenarnye akak pun berpandangan sama seperti doctor tu. Walaubagaimanapun terpulanglah pada individu tu sendiri utk menentukannya. Cuma soalan akak, perlu ke ambil supplemen selain dari yang di arahkan oleh doctor hehehe. bye n jumpe lagi.

    ReplyDelete
  102. Salam..kak engku..sy dh sms akak nk book NR, tp akak blom reply :)

    ReplyDelete
  103. Aisha: ye ke, sorry la, akak tak perasan la tu hehehe, takpe nanti akak simpan stok utk aisya ye, hehehe jgn mare ye, bye n jumpe lagi.

    ReplyDelete
  104. Kak engku saya dapat tau NR ada mandian herba jugak erk? tu kire macam mane harga dia?

    ReplyDelete
  105. Aisha: mandian herba NR nie akak takde stok la, sorry yek hehehe

    ReplyDelete
  106. assalamualaikum kak engku..
    saya hamil anak sulung baru 5 bulan..
    nak tanya set bersalin apa yang sesuai yg disyorkan oleh kak engku...

    ReplyDelete
  107. mrs azamieda: w/salam, nak cadangkan set bersalin nie memang payah sikit hehehe, tapi kalau yang dapat sambutan adalah set Nona Roguy, tapi kalau nak tip utk memilih set bersalin cuba baca entri akak mengenai "panduan memilih set bersalin" ye. bye n jumpe lagi.

    ReplyDelete
  108. salam kak engku..
    1.bile waktu yg sesuai utk kita mula bertungku selepas bersalin...??boleh ke selepas beberapa hari bersalin batu meriyan diurut utk diangkat naik??saya keliru kerana ibu mertua saya mengamalkan amalan begitu manakala mak saya seorang nurse ckp seeloknya seminggu selepas kita bersalin...saya keliru..
    2.ada kesan ke kalau ibu mertua saya memberi ubat2 kampung semasa dlm pantang dan pada masa yang sama saya mengamalkan makan produk set bersalin??

    ReplyDelete
  109. salam mrs. azmieda,

    1) Masa yang sesuai untuk bertungku adalah hari kedua selepas bersalin klau takde masalah.Tapi klau nak bertungku di hari pertama selepas bersalin pun boleh tapi mesti cara yang betul. Bertungku tak semestinya di perut, tungku yang panas boleh digunakan di badan untuk menghilangkan sakit2 badan selepas bersalin. Bertungku di perut dgn cara yg betul dpt membantu mengecutkan rahim dan ditambahkan pula dengan mengurut dpt membetulkan sistem peranakan selepas bersalin. Akak ada pos entri pasal bertungku, nanti baca ye.....hehehe

    2)Rasanya tak sesuai untuk mengambil produk bersalin dan ubat2 kampung pada masa yang sama. Lebih baik buat pilihan samada untuk ambil produk bersalin atau ubat kampung.

    bye n jumpa lagi...

    ReplyDelete
  110. salam puan,

    saya baru lepas keguguran dan sekarang doktor memberitahu saya mengalami Endometriosis. pendarahan yang agak banyak dan tekanan darah rendah. apakah ubatan rawatan yang paling sesuai untuk saya? adakah berurut juga perlu untuk saya?

    ReplyDelete
  111. salam kak engku,

    saya baru jer bersalin dalam 11 hari yang lepas..saya fully BF kan baby saya..masalahnyer skang saya mengalami masalah puting luka..kalau pam pun sampai berdarah..akhirnya saya pam tangan jer..sekarang ni dah 2 hari saya break from direct BF ngan baby guna breast sebelah kanan(luka di kanan lagi teruk dari kiri). saya rasa cara latch on saya sudah betul tapi puting still rasa melecet and sakit..

    saya nak tau..berapa lama saya akan rasa mcm ni?adakah selamanya atau hanya untuk beberapa minggu? kadang2 ada rasa cam nak give up jer..tapi saya gagahkan jugak.

    ReplyDelete
  112. salam redassin, tahniah dah selamat bersalin dan menjadi seorang ibu. Masalah puting luka amat biasa berlaku. Punca utama adalah sebab attachment atau pelekapan yang salah. Pastikan 3/4 bhg areola masuk dlm mulut baby. Cara puan lepaskan hisapan anak, cuba guna jari kelingking puan dan letak dibhg sudut mulut bb.Untuk hilangkan sakit di bhg puting yg luka, cuba sapukan susu ibu di bhg yg melecet dan jgn pakai bra untuk sementara waktu. jgn give up, beri susu di bhg yg kurang sakit dulu kemudian teruskan dibhg yang lagi satu bila susu dah mula menitik. Keadaan luka blh sembuh dlm 2 @ 3 hari, penyusuan perlu diteruskan.

    ReplyDelete
  113. salam puan, maaf terlepas pandang tadi. Endomentriosis biasanya dirawat dengan menggunakan hormon. Tetapi ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang buruk. Bergantung pd jenis ubat yang diambil. Kaedah urutan rasanya tidak perlu. Sila ikut nasihat yang telah doktor berikan kepada puan dan teruskan rawatan dgn doktor yang memeriksa puan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  114. salam kak engku...camni..sy dah nak masuk 2tahun da kawen..plan nak rancang utk tambah keluarga..but blum ada tanda2 rezeki nak sampai kak..sedih gak...xtau nak wat camne...ada gak kgkawan suggest sy mkn ubat utk kuatkan rahim but sy ni jnis xbrani nak cuba...kna lg mkn ubat2 yg sy sndiri xsure...kira nak mtk nasihat akak...

    ReplyDelete
  115. Pn.: Banyakkan berdoa kepadaNYa, agar dikurniakan baby satu hari nanti, apa yang penting jgn stress ye kerana stress boleh melambatkan lagi proses utk hamil, selain tu cuba pn. ambik asid folik ataupun mengamalkan minum jus kurma + susu kambing, manalah tahu menjadi. bye n jumpe lagi.

    ReplyDelete
  116. salam kak engku...saya dah beberapa kali pernah keguguran....dan setiap kali saya pregnant, saya perlu ambil suntikan utk kuatkan rahim..baru2 ni saya pregnant, dan telah mengambil suntikan termasuk makan ubat, tapi bila kandungan masuk 8 minggu, fetus tu tak membesar..tak menjadi dan terpaksa cuci...utk pengetahuan kak engku, sudah dua kali saya mengalami masalah ini. apa yang perlu saya lakukan?

    ReplyDelete
  117. Pn: Wsalam, kalau ada kelapangan nanti call akak leh hehehe. No. phone akak ada kat sebelah kanan blog nie ye. thanks n jumpe lagi.

    ReplyDelete
  118. salam...kak engku
    saya bercadang nak beli set leesa confinemum..tp saya mushkilkan kuantitinya adakah mencukupi utk 44 hr waktu berpantang.sy kira2 sendiri mcm tak ckup je..spcly tehnya..akak boleh tlg kirakan utk supply 44hr tu..senang sy beli trus ckupkan..dah kat kg takde org bleh tlg belikan..

    ReplyDelete
  119. Pn: Wsalam, ok utk set leesa nie camnie yek:

    TABLET PRAWAN & TABLET HARUAN
    Kandungan (50 Tablet x 450mg)

    PENGGUNAAN

    Digunakan secara tradisional untuk melegakan luka-luka kecil dan untuk melancarkan penghadaman.

    ATURAN PENGAMBILAN

    Untuk ibu berpantang : Sehari sekali 2 biji selepas sarapan pagi, bermula hari ke 4 sehingga sebulan (tempoh yang cukup untuk memulihkan luka).

    MAS COTET UNCANG

    Ramuan (Cotet Emas, Akar Serapa, Tutup Bumi, Teja Lawang, Limau Purut).

    Kandungan (15 uncang x 2gm)

    FUNGSI

    Mengecutkan peranakan, memberi tenaga, menyihatkan tubuh, merapatkan kembali vagina, bersifat antiseptik dan mengurangi bau badan.

    PENGGUNAAN

    Masukkan satu uncang ke dalam bekas dan tuangkan air panas.

    Biarkan seketika antara 3 hingga 5 minit.

    Boleh diminum panas atau sejuk.

    Nota : Selalunya produk yang terdapat di dalam Set Leesa Premium adalah cukup utk tempoh berpantang, pada pandangan akak cukuplah guna produk yang terdapat di dalam set tersebut sahaja, tapi sekiranya produk tersebut memang serasi ngan kite dan ingin menggunakannya lagi, barulah kita beli secara loose, supaya tidak berlakunya pembaziran.

    Opps lagi satu, berpantang 45, 60 @ 100 hari tu sebenarnya tak semestinya kita kene makan ubat selama tempoh tersebut, yg dimaksudkan berpantang ialah dalam tempoh tersebut kita perlulah menjaga pemakanan, kesihatan dan hubungan kelamin serta lain-lain yg berkaitan yg tidak dibenarkan ketika berpantang agar keadaan kesihatan, fizikal dll pulih seperti sediakala. tu je tujuannya hehehe, bye n jumpe lagi.

    ReplyDelete
  120. salam, kak engku yang dirahmati Allah, harap dapat membantu saya yang dalam kekecewaan ini.

    saya telah 2 kali mengandung, first pregnant, baby pertama lahir tidak cukup bulan ketika usia kehamilan 6 bulan lebih, hidup 2 hari dan meninggal dunia. kemudian selepas 3 bulan saya pregnant lagi, dalam pada itu, trauma dan fobia masih menghantui saya lagi, takut perkara lama berulang lagi. doktor menasihatkan, peranakkan saya dijahit oleh kerana ada sejarah pramatang, namun doktor tidak jamin baby akan selamat atau tidak, saya jadi tidak yakin dan cuba rawatan tradisional, namun itulah yangberlaku, sekali lagi saya bersalin pramatang diusia kandungan 5 bulan masuk 6 bulan. baby hidup 1 jam sahaja, dan dengan berat hati saya redha dengan pemergiannya, hati mana yang tidak sedih sekali lagi harapan saya musnah. saya dan suami putus asa dan saya sangat fobia untuk mengandung lagi. tetapi hati saya membuak2 inginkan cahayamata. doktor kata peranakkan saya tidak kuat, saya dinasihatkan rehat selama setahun,apa yang perlu saya lakukan untuk menjamin kandungan saya akan datang sihat dan selamat, selain jahitan peranakkan apakah rawatan lain yang boleh saya dapatkan bagi memastikan rahim kuat, dan baby dapat bertahan sehingga 9 bulan?

    ReplyDelete
  121. Salam kak Engku,

    Saya bg anak breastfeeding (anak skrg 4 bulan...skrg saya makan Tablet Prawan Leesa Formula,sy tgk xde ape2 efek...klu pasni..saya nak cuba Intimate drink leesa formula..camne?minuman tu ada efek x for breastfeeding baby?

    ReplyDelete
  122. Norazlina: Wsalam, akak rasa InsyaAllah takde mendatangkan apa apa efek kat baby.

    ReplyDelete
  123. Pn: Wsalam, thanks sudi singgah blog akak, Pn, akak simpati ngan apa yang terjadi pada Pn. Nasihata akak berbanyaklah bersabar ye dan jangan cepat berputus asa, kerana setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya, jadi lebih baik kite redha sahaja dengan ketentuan Allah swt. Jangan stress kerana ini akan melambatkan lagi proses utk hamil.

    Sebagai rawatan, akak juga bersetuju ngan cadangan doktor tersebut, di samping itu Pn bolehlah mengurut dengan bidan atau tukang urut yg mahir, disamping itu lakukanlah cuba apa apa kaedah yang boleh menguatkan rahim dsbnye. Yg penting disini adalah teruslah berusaha dan sentiasalah berdoa kepadaNya disamping jangan berputus asa. Ingat setiap yang berlaku itu memang adalah sebaik baik perancangan yg telah ditentukan utk kita, walaupun bagi kita ia sukar duterima. Percayalah masanya akan sampai juga satu hari nanti utk Pn bergelar ibu, so nasihat akak bersyukurlah dengan apa yang kita ada ye.

    Sebagai panduan, Pn bolehlah baca pos entri akak dlm blog ini berkaitan keguguran (cuba searh "keguguran" di sebelah kanan blog akak ye.

    Akhirkata, berusaha dan berdoalah ye Pn, Bye n jumpe lagi.

    ReplyDelete
  124. salam kak engku,
    saye sudah 3 thn kawin tp belum dikurniakan cahaya mata.sblm kawin, period tak tentu tp alhamdulillah lepas kawin period kembali normal dan mungkin sekali 2 dalam setahun tidak normal.bulan ni period sy lewat dalam 2-3minggu dan semalam sy pegi bertemu seorang bidan yang agak terkenal di sg petani dan hajat dihati hanya utk kembalikan period sy kerana sudah lewat dan tak terlintas dihati akan dengar dr mulut bidan yang sy sbnrnye sudah mengandung dalam 2 minggu dan katanya rahim sy tk kuat jadi bidan mintak sy kurangkan keje berat n elakkan mkn bende tajam dan jgn bersama suami dalam 3 bulan untuk elak keguguran.
    tapi kak engku,sy jenis orang yg suke pada bukti yang boleh dilihat dan disebabkan itu, sy beli urine test tp hasilnye -ve.bole kak engku bagi pendapat apa yang patut sy lakukan?adakah urine test yg sy buat masih terlalu awal utk tahu hasilnye?
    terma kasih kak engku

    ReplyDelete
  125. salam....
    salam..nak tanye..ape kegunaan minum tonik cap gajah semasa pantang..nenek laki saye suh minum tonik tu..elok ke???risau jugak kalo ade kemudaratan...dan boleh ke kite amalkan set bersalin beserta dengan tonik tu???

    ReplyDelete
  126. azlin: Wsalam, hehehe nanti akak mesej kat azlin yek, bye n jumpe lagi ye.

    ReplyDelete
  127. ieda: wslam, kalau tak silap akak, kegunaannya utk sejukkan badan, tapi kalau nak minum masa berpantang tu akak tak pasti lah pulak, tapi seeloknya minum lepas pantanglah ye.

    ReplyDelete
  128. Salam kak Engku,

    menurut Gynae yang saya jumpa saya mempunyai masalah keputihan. Tetapi ianya berkumpul di ruang pangkal rahim & tidak keluar. Ini kerana saya tidak nampak ada keputihan tetinggal di seluar saya, hanya sesekali sahaja. 2 bulan lepas saya disahkan mengandung lagi tetapi kandunagn itu tidak menjadi kerana masalah bakteria menurut gynae itu, saya diberi antibiotik & D&C utk membuang keluar kandungan itu

    Selepas process D&C itu, saya berasa sihat seperti biasa tetapi selepas 2bln mengalami sakit yang amat dibahagian ari2 & pinggang belakang. Saya mendapatkan sekali lagi rawatan dan disahkan saya mengandung lagi tetapi mengalami masalah kencing kotor. sekali lagi antibiotik diberi. Kandungan saya kecil drpd kandungan biasa & kantungnya tidak berbentuk bulat tetapi separuh bulat. Kini kandungan mencecah 7minggu & Gynae mengesahkan saya masih mengalami keputihan seperti dahulu & ianya terkumpul di dalam. Setiap kali berjumpa Gynae dia akan mencuci pangkal rahim saya

    Gynae mengatakan bahawa sayamengalami infection yg teruk duisebabkan itu keputihan saya berulang & mungkin akan mengganggu kandungan saya. adakah ini benar yang keputihan & infection saya akan menjejaskan kandungan? Adakah kandungan saya normal walaupun kantungnya berbentuk separa bulat & terlalu kecil? Suami menggalakkan supaya kami terminate kandungan itu kerana khuatir bayi itu tidak sempurna...

    Harap dapat membantu..


    Hani Suraya

    ReplyDelete
  129. Hani: wsalam, akak dah email kat hani ye, thanks n jumpe lagi

    ReplyDelete
  130. salam kak engku,

    mengikut doktor saya mengandung anggran 3minggu.masalahnya,dh 6 hari saya bleeding.kadang2 coklat n ada jugak merah darah.tapi sikit2 selama 6 hari ini.

    saya tak ada sakit perut atau kram..doktor ada bg ubat kuat rahim dan folic acid.ada tak pemakanan lain yg boleh membantu menguatkan rahim saya dan jika berlarutan boleh membawa keguguran ke?..tq

    -as-

    ReplyDelete
  131. as: wsalam, akak rasa cuba as pegi buat checkup sekali lagi ye kat klinik, maklumkan doktor mengenai perkara nie, mungkin doktor dapat memberi rawatan yang sepatutnya, buat masa nie akak tak galakkan ambil ubat ubat luar selain dari yg doktor bekalkan ye.

    ReplyDelete
  132. boleh tak sy mengandung jika pasangan sy mengeluarkan sperma di luar rahim sy...kwn-kwn sy bagitahu sy berpotensi mengandung..betul atau tidak apa yang kwn-kwn sy bagitahu tentang itu....sy ingin tahu kepastiannya...

    ReplyDelete
  133. salam puan, akak nak tanya sikit leh, adakah puan ingin merancang kehamilan atau merancang utk tidak hamil, walau bagaimanapun sperma yg dikeluarkan di luar rahim juga boleh membuatkan seseorang itu hamil.

    ReplyDelete
  134. SAlam.. saya baru lepas habis pantang bersalin anak pertama.. saya musykil sedikit la sbb berpantang sendiri je.. tak tau nak tanya siapa.. harap kak engku blh bg info ye..

    1) kebelakangan ni saya asyik rasa ngilu2 kat faraj kenapa ek?

    2) slalu kes jahitan terbuka tu macam mana? ada rasa sakit ke apa ker? sbb saya br cek faraj saya, sakit tu tidak cuma ngilu jer.. tp saya musykil rupa bentuknya da lain plak..x mcm sebelum bersalin.. mmg mcm gitu ker atau jahitan saya sebenarnya da terbuka ni...apa perlu saya buat?

    harap dpt tlg saya yg muykil..t.q
    hazahassan

    ReplyDelete
  135. Hazahassan: Wsalam, sorry lambat reply, internet buat hal lak hehehe, okay mengenai rasa ngilu kat faraj tu selalunya disebabkan oleh benang jahitan, tu je, insyaAllah rasa ngilu nie tak memudaratkan. Tapi mengenai luka jahit terbuka nie, akak nasihatkan agar haza pergi ke klinik utk buat pemeriksaan, akak nak cerite pun susah sebabnye akak tak tahu keadaan ug sebenar, jadi nasihat akak pegi check kat spital ye. bye n jumpe lagi ye.

    ReplyDelete
  136. salam kak,
    1) nak tye susu formula ape y ok utk baby y baru lahir. ingt nk breastfeeding je tp sy slalu outstation.

    2) Akak ade jual botol susu x? botol susu avent ok atau dr browns?

    ReplyDelete
  137. zura zian: wsalam, susu formula nie byk brand, akakpun tak berape ingat dah nama susu formula nie hehehe (sebabnye akak breastfeeding), cuba zura tanya pendapat doktor mengenai susu formula yang terbaik utk digunakan. Akak nasihatkan breastfeeding la hehehe, InsyaAllah bolehnye, sebelum nak outstation tu simpan la stok susu byk2 kat rumah dan masa pegi outstation lak perah la susu, akak rasa dengan sedikit usaha dan keazaman insyaAllah boleh nye hehehe...cai yuk cai yuk ye.

    Dulu akak ada jual botol susu, tapi sekarang nie tak jual dah, supllier naikkan rege. Botol susu sama je, yg penting kalau nak guna cuba cari yg BPA free. ok bye n jumpe lagi.

    ReplyDelete
  138. kak engku,
    erm.. baby sulung selalunya ikut schedule delivery date tak?.. saya tgk kengkawan saya..semuanya 2 minggu awal dari tarikh sebenar delivery? ...

    ReplyDelete
  139. khai: tak semestinya, semua tu ketentuanNya.

    ReplyDelete
  140. salam kak engku,
    sye ida,mase bersalin ank pertama sye gunakan produk herba tradisional tp kesan ny lmbt,,ank kedua ni sye mrancang utk gunekan set hpa,adakah produk ni cpt bkesan dan perut cepat kempis seperti biase dan berat badan kembali pd yang asal

    ReplyDelete
  141. nur: Wsalam, pada pandangan akak, tak semestinya dengan hanya makan set bersalin kite boleh kembali kepada bentuk tubuh yg asal, selain itu, kite juga perlu bersenam, kekalkan diet pemakanan dan juga rajin bagi baby menyusu, dengan usaha sedemikian InsyaAllah kita akan ramping kembali hehehe, ok bye n jumpe lagi.

    ReplyDelete
  142. kak engku,

    sy nk tanye la. skang ni sy preggy about 38weeks.pergerakan baby sy aktif. cume masuk 38weeks ni pergerakan die agak slow.maksudnye, nk ckupkan 10 dri kul 9am-9pm tu agak lambat tp still ckup.sblm2 ni time petang je da ckup 10gerakan.pastu skang ni die gerak mcm main2 jek.xde la menyentap mcm slalu.normal ke tu??

    ReplyDelete
  143. Pn: Wsalam, akak nasihatkan cuba pn buat pemeriksaan kat klinik ye.

    ReplyDelete
  144. kak engku,

    saya baru je brslin anak ke 3 empat minggu lepas. semasa mengandung 5-6 bulan, setiap kali mencangkung untuk membuang air bsar terasa rahim jatuh ke bwah. slps brslin saya sudah berurut tetapi minggu lepas seleps membuang air kecil, bila saya tunduk tiba2 trasa mcm air kencing terkeluar semula. adakah itu tanda2 rahim saya jatuh semula? mcm mana untuk mengatasi masalah ni??

    ReplyDelete
  145. Pn: Mengenai masalah yang pn hadapi nie sebenarnya susah gak akak nak explain kerana akak tidak tahu keadaan puan yang sebenarnya, tapi nasihat akak kalau untuk mendapatkan kepastian, adalah lebih baik pn buat pemeriksaan di klinik.

    ReplyDelete
  146. kak, set brsalin NR (phytonal & akar herbanika)kegunaannya cukup unt 30 hari shj. Dr hari ke 31 hingga habis pantang blh x saya makan Jamu Mak Dara (Kapsul) sahaja? farra

    ReplyDelete
  147. Farra: Kalau set NR tu sebenarnya utk berpantang 45 hari, tapi kalau selepas habis ubat tu dan nak makan jamu mak dara, jawapannya boleh hehehe....

    ReplyDelete
  148. kak,kalau anak (umur 2thn) muntah sebelum demam adakah itu perkara biasa? betulka kalau demam jgn beri mkn nasi/ bubur,takut heatkan bdn dia.

    ReplyDelete
  149. Pn: Selaluny setiap yg berlaku tu ada penyebabnye, mungkin muntah tu disebabkan oleh keracunan makanan atau makan makanan tercemar dsbnye. Klu muntah sebelum demam kadangkala takut tekak anak tak selesa atau dijangkiti kuman. Akak nasihatkan kalau pn. rasa bimbang adalah lebih baik jika pn. pegi ke klinik utk dapatkan rawatan.

    Utk pengetahuan pn. kalau demam memang badan akan panas perkara nie normal, tapi apa yang perlu pn lakukan ialah jangan biarkan badan anak tu terlalu panas, kalau badan anak panas cuba buat mandi jelum utk menurunkan suhu panas badan. Akak rasa makan nasi atau bubur tu tidak mendatangkan kesan pada anak.

    ReplyDelete
  150. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  151. salam..
    kak, nak tny lahh..
    mcm mana nak kecikkan hip erk?? ( peha & punggung)
    pinggang so far ok..muat lah slua size 27-28..
    hip besar sgt..
    dh byk gak produk aiza try..sabun lah..krim , gel, tak jugak mau..

    ReplyDelete
  152. aiza: hehehe klu camtu kene rajin jogging la tu

    ReplyDelete
  153. Salam..kak engku

    Saya sekarang dah 36 minggu mengandung anak no. 4...masa check up doktor kata baby saya melintang...nak tanya kak engku boleh ke baby ni pusing pd kedudukan asal sebab masa 34 minggu tu baby dah pusing kat bawah cuma tak engage lagi...ni pulak dah melintang lak....
    apa saya perlu buat yer...boleh tak saya jumpa bidan suruh dia pusingkan balik....tengah risau ni...kalau boleh nak bersalin normal

    ReplyDelete
  154. salam k engku..
    nak tya sikit ttg darah nifas. sye bersalin pd 22 Oktober melalui pembedahan. smpi skg darah sye masih ada lagi tapi dia keluar tak tntu.kadang sikit, kadang byk.biasa sye guna panty liner jer... masalahnya sye nk tahu adakah ia normal? biasanya klu cezer, bile spatutnya darah tu akan berenti?

    ReplyDelete
  155. Pn: akak tak nasihatkan pn suruh bidan pusingkan baby, bahaya tau takut baby terbelit ngan tali pusat. Cuba puan pujuk baby supaya dia pusing ke kedudukan yg asal, cakaplah kat baby, mummy dia nak bersalin normal, insyaAllah baby akan dengar cakap mummy dia, cuba yek pujuk baby hehehe

    ReplyDelete
  156. Pn: wsalam, masalah darah keluar berterusan nie, akak susah sikit nak jawab sebabnye akak tak tahu keadaan yg sebenar, akak rasa adalah lebih baik pn buat pemeriksaan kat spital ye. Jgn biarkan lama-lama masalah nie berterusan kerana luka kat dalam kita tak tahu.

    ReplyDelete
  157. Salam Kak Engku...apa pendapat Kak Engku tentang pemeliharaan kucing dalam rumah. Saya ada 3 ekor kucing dan saya ada seorang anak berumur 4 bulan.Adakah kucing boleh membahayakan kesihatan anak saya?Masalahnya saya tak boleh berpisah dengan kucing2 saya tu.

    ReplyDelete
  158. Salam kak,saya punyai masalah keputihan yg agak teruk,skrg sy tgh mengandung dan bakal melahirkan bln 1 thn depan..masalhnya skrg keputihan sy semakin teruk walaupun setelah beberapa kali mnegambil ubat yg disyorkan oleh doktor..adakah ini akan menjejaskan kandungan saya dan bagaimana untuk mengatasi masalah keputihan ni dr berlaku lg?

    -elisa-

    ReplyDelete
  159. Pn: Wsalam, bagus pelihara kucing nie, org tua tua cakap boleh tambah rezeki hehehe, bela kucing nie tak salah, apa yg penting kebersihan perlu dititikberatkan tu je, dan kalau anak ada asma tu yg perlu difikirkan semula (perlu fikir yg mana perlu diberi keutamaan)kalau anak-anak takde masalah ngan kucing (alahan) pada pandangan akak tak jadi masalah utk pelihara kucing.

    Lagi satu kalau semasa ngandung kita tak digalakkan rapat sgt ngan kucing kerana kuman yg ada kat kucing agak tidak sesuai kepada ibu hamil, tu je.

    ReplyDelete
  160. Elisa: wsalam, bab keputihan nie akak tak la pakar sgt, tapi klu elisa nak kan panduan cuba elisa dapatkan ebook kat blog akak nie mengenai masalah keputihan, mana lah tahu ia dapat membantu, thanks ye

    ReplyDelete
  161. salam akak,
    sy nak tnya btl ke vitamin utk ibu mengandung blh menyebabkan baby besar..sy risau jgk sbb sy skrg mengandung anak pertama dan ada masalah diebetis & anemia.jd bnyk perkara yg sy x tau...due pun bln 2 ni jer.soklan lain
    1)brp harga set bersalin nona roguy
    2)akak ada x jual bengkung baby,brp harga
    3)breast pump yg mane yg mudah dipakai,sbb sy bekerja..
    klu blh akak listkan harga yer sng skit sy ambil brg ni kt akak jer...nti akak hntr senarai hrga brg2 & kos penghantaran klu blh sy tu kt email sy ye:inspirasi_islamic@yahoo.com
    -ila-

    ReplyDelete
  162. 1 lagi soalan sy,mcm set bersalin tu elok prepare dah bape bulan yer....sbb klu ambil hjg bln ni tkt lame x elok plk...
    akak blh x suggest besngkung mana yg plg ok?klu bkh sy nak bengkung yg panjang...tp biodex free saiz lak...tkt x muat..sy pun x arif sgt pasal bengkung ni.hrp akak dpt bantu.sy nak order dgn brg2 yg sy sbt td..
    -ila-

    ReplyDelete
  163. ila: wsalam, akak dah jawabkan melalui sms kan hehehe

    ReplyDelete
  164. hehehe..yer kak thanks yer...nti ila isi form order...=0)-ila-

    ReplyDelete
  165. sye nk tya bagaimana cara tuk memanaskan susu yg diperah utk diberi pd baby smasa di luar… kadang2 tmpt yg kita pegi tu tak sesuai tuk baby meyusu terus dr payudara kita. so ada masa kita terpaksa bagi susu yang diperah di dalam botol.. tolong bagi sedikit pandangan…

    ReplyDelete
  166. siti anim>>salam kak engku nak tanya alhamdulilah usia kandungandah 16 minggu...sepanjang tempoh tersebut saya kurang makan asid folik dan vitamin lain yang di bekalkan..baru2 ni saya buat pemeriksaan nurse nasihatkan supaya mengambil vitamin yang di bekalkan sebab HB darah turun dan berat saya statik, namun saya usaha dengan makan banyak buah-buahan dan minum susu hi goat memandangkan dalam tempoh ini saya tidak suka minum susu anmum...adakah akibat dari kurang amalan tersebut akan jejaskan bayi dalam kandungan...
    risaunyer...

    ReplyDelete
  167. salam, susu yang diperah boleh rendam dalam air suam sebelum bg bb minum tu je. Klau boleh bagi direct lagi bagus, skrg kat mana2 shopping complex dah ada byk kemudahan tempat untuk menyusu. Mekasih n jumpa lagi

    ReplyDelete
  168. salam siti anim, tahniah atas kehamilan anim. Semasa hamil puan dinasihatkan mengambil vitamin untuk membantu tumbesaran baby, menambahkan selera makan dan membantu dlm peningkatan paras hb. Pengambilan vitamin dgn cara betul akan dapat membantu meningkatkan paras hb dan dpt membantu tumbesaran baby. Sekiranya puan mengalami masalah dlm pengambilan vitamin, kemungkinan akan menjejaskan tumbesaran bayi dalam kandungan. Untuk dptkan tips berguna hello akak ye. Terima kasih.

    ReplyDelete
  169. mimie:salam kak engku..boleh tak engku cadangkan set bersalin yang mana boleh membantu utk menurunkan berat badan semasa dlm pantang...dan tak der effect pd baby utk yang bf..kalau boleh nak yang pil jer...

    ReplyDelete
  170. mimie: wsalam, klu camtu akak cadangkan guna set tropical herbs ataupun set nr. tapi kedua-dua set nie masih ada ubat yang kene minum, tapi kalau takleh nak telan ubat tu akak cadangan campurkan ngan sedikit madu, agar kurang rasa pahit ubat tersebut, tapi kene ingat tau ubat nie kalau lagi pahit lagi byk khasiatnye hehehe. bye n jumpe lagi.

    ReplyDelete
  171. Salam kak Engku;
    Saya pernah guna set bersalin Tropical Herbs (amway) masa berpantang anak pertama dulu..mmg senang dan berat badan pun turun cepat..Soalan saya akak ada stok tak kalau saya nak order ( due date saya april 2011)n kalau area Rawang @ Wangsa Maju akak pos atau boleh bagi by hand jer?

    ReplyDelete
  172. Pn: kalau set amway nie akak sentiasa ada stok hehehe, meh la order ngan akak, bab penghantaran lak, kalau nak hantar by hand pun boleh gak, tapi kita jumpa hujung minggu leh tak hehehe

    ReplyDelete
  173. Ingin bertanya bolehkah steam menggantikan mandi harian lepas bersalin? Dan berapakah kekerapan steam baik untuk lepas bersalin?

    ReplyDelete
  174. askm k.engku...saya mazni....saya dah masuk 35 minggu..twin pregnancy...Dr. kata saya blh bersalin normal sbb kepala bb kat bawah...Ada kemungkinan bersalin awal tak? Risau la...x de pengalaman..boleh bagi nasihat sikit tak tentang twin pregnancy ni....

    ReplyDelete
  175. slm..akak,saya hajar.kalu saya bersalin secara czer,boleh ke amik produk tropical herbs?hari ke berapa boleh amik yek?
    pastu satu lagik,kalu beli ngan akan,brape rm yek akak kasi untuk 1 set produk TH nie?TQ

    ReplyDelete
  176. anony: steam tidak boleh menggantikan mandi harian. Steam klau nak buat boleh buat 2 x sehari, janji ia tidak mendatangkan kemudaratan pada diri. Mekasih

    ReplyDelete
  177. salam mazni, tahniah di atas kehamilan kembar. Seronok mendengarnya. Biasanya ngandung kembar doktor akan bagi rehat di hospital seawal yang mungkin. Alhamdulillah puan boleh bersalin normal. Puan jgn takut, mesti byk doa dan berkat doa suami adalah segala2nya. Boleh belajar teknik meneran yang ada kat dlm blog akak. Mudah2an menjadi panduan buat mazni. Moga selamat bersalin. Amin

    ReplyDelete
  178. salam hajar, set tropical herbs memang menjadi pilihan pembaca blog akak. Set nie boleh ambil jika kita bersalin czer. Semua set bersalin akak nasihatkan ambil 14 hari lepas bersalin, itu pun klau anak tak kuning. Klau nak set nie nanti isi form yang ada kat dalam blog akak ye. Mekasih n jumpa lagi

    ReplyDelete
  179. slm kak,
    nak tya,kepala ank sy ada benjol2 sebesar ibu jari, tp tidak bergitu menonjol,dpt dirasa dgn jari (bahagian atas dan ada juga atas tengkuk)..bila sentuh bahagian itu tidak pula anak mengadu sakit..adakah ia akan hilang sendiri atau sebaliknya..

    ReplyDelete
  180. Pn: wsalam, anak nie baby lagi kan? Kalau baby lagi, memang la ada kawasan lengkuk lembut kat atas ubun ubun tu, lengkuk lembut tu akan bercantum secara perlahan lahan sehinggalah baby berumur setahun. So klu masalah tu, jgn risau yek, perkara nie normal, ok bye n jumpe lagi.

    ReplyDelete
  181. kak engku,
    anak saya pun mengalami perkara yg sama dgn anon di ats, ada benjolan dikepala, (umur 2 thn)bila ditekan tidak mengadu sakit..anak tidak juga demam & aktif mcm biasa.

    ReplyDelete
  182. salam, maaf lambat reply. Nasihat akak lebih baik ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan yg rapi. Bila akak tak tengok sendiri susah jugak nak explain.Walaupun anak tak menunjukkan tanda2 seperti sakit dan demam. Akak rasa lebih baik ke klinik/hospital untuk pemeriksaan yang rapi. Benjolan nie adalah ketumbuhan yang luarbiasa dan jarang berlaku. Rawatan segera adalah perlu. Mekasih n jumpa lagi

    ReplyDelete
  183. Salam kak engku,

    Bayi sy baru dilahirkan pd hari khamis 6.1.2011 isteri bersalin normal tetapi masalah untuk menyusukan bayi sampai skrg. Sy kasihan pd bayi yg tidak dapat susu lebih 12 jam selepas dilahirkn. Ini disebabkan puting isteri ke dalam. Susu keluar terlalu sedikit (mungkin tersumbat) ditambah lagi dengan keadaan mulut bayi yang tidak dapat menhisap disebabkn ketiadaan puting pada buah dada isteri saya. Jadi dan terus mencari susu newborn utk bayi. Minta bagi tunjuk ajar secepat mungkin. Ini no HP saya 017-2601185/ 017-2891479... Wslm... Dari Azhar, Rawang, Selangor.

    ReplyDelete
  184. salam kak engku,
    bb sy lahir pramatang (28 minggu) bb sy dah 2 kali masuk hospital. setiap kali demam, selsema dan batuk bb sy akan penat. doktor mengatakan ada jangkitan kuman pada paru2. jadi saya nk tnya ada tak cara untuk mengatasi masalah ini.

    ReplyDelete
  185. salam kak engku..saya Atikah dari Kelantan..ingin bertanya..sy preggy dah 8 bulan dan mengalami masalh keputihan..adakah ia normal atau apakah puncanya..dan bagaimana nak mengatasinya,kerana kadangkalanya ia ada rasa gatal2 dan x selesa...

    ReplyDelete
  186. Salam Kak Engku,

    Saya sudah hampir 8 bulan berkahwin tp belum ada apa-apa tanda utk saya hamil. Sya ingin tahu adakah masalahnya dr saya @ suami. Sya ada beberapa soalan:

    1)utk pengetahuan Kak Engku, period sy pada tiap-tiap bulan akn lambat seminggu..Cthnya period dtg pd 03 Januari, utk bln Februari akan dtg pd 10 Februari. Adakah sebab tue yg membuatkan sy sukar hamil??

    2)Sya mengambil asid folik secara tidak teratur. Kadang-kadang sy mkn, kadang-kadang tidak. Adakah sebab tue gak sy sukar hamil?

    3) Sya juga nk tau adakah sbb posisi yg digunakan ketika bersama suami tidak sesuai?

    4) Adakah seks secara kerap leh menjejaskan kesuburan sperma?

    5) Bolehkah kami utk pergi berjumpa doktor utk mengetahui masalahnya pada usia perkahwinan baru mencecah 8 bln?

    ReplyDelete
  187. kak engku
    Allahamdulillah,sy skg preggy 1st bb,arini dh msuk 7bln.sll rs lenguh2 & sakit2 sendi kt bhgn blkg badan esp tulang rusuk blkg & bahu.blh ke sy guna tunggu moden elektrik utk tuam kt bhgn yg lenguh2 tu?blh bahayakn bb x?
    ps2,2 thn lps sy prnh jatuh terduduk dlm bilik air.skg bhgn tulang pinggul sy sgt sakit2 & sll rasa ngilu.kdg2 kram.blh ke ia diurut mmndgkn sy tgh preggy skg? ~ummiabi~

    ReplyDelete
  188. salam kak engku
    saya ada pengalaman bersalin ceaser sebelum ni dan saya bepantang hanya munim pati ikan haruan dan xada mkn ajmu apa apa pon until sekarang da 3 tahun lebih...perut saya buncit dan badan mkin lama mkin naik sbb perut x kecut...so skrg saya baru hamil anak yg ke 2....nak tanya seelok2 nya klo ceaser bole pkai bekung waktu bila and krim bg krus badan bole pkai lg x...bekung tu x memnyebabkan gangguan ke kat perut sebab bekung kan bagi tarik perut takut jahitan ada masalah..????

    ReplyDelete
  189. kak engku..silalah jawab..lama dah tunggu nie..huhu

    ReplyDelete
  190. salam kak engku...kandungan sya dah 24weeks.dlm 4-5 hari ni sya kerap sakit di bhgian bawah perut hingga nak brgerak pun sakit...doct bgtahu punca sya rasa sakit disebabkan bayi songsang,rahim & uri turun sedikit. problem yg sya alami ni blh membahayakan kandungan ke? apa yg perlu sya lakukan? thanks kak

    ReplyDelete
  191. salam, maaf lambat reply. melahirkan bayi pramatang nie mmg banyak dugaan dan cabarannya. Puan mesti banyak bersabar. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Keluar masuk hospital adalah lumrah bagi bayi pramatang nie kerana lebih cenderung untuk demam, selsema, batuk dan kelihatan akan cepat penat. Jangkitan kuman pada paru2 biasa berlaku pada bayi pramatang. Jadi untuk mengatasi masalah nie puan perlu menjaga kebersihan barang2 keperluan bayi termasuk keperluan untuk menyusu. Ubat-ubatan yang bayi perlu ambil mesti diberi pada masa yang tepat. Rawatan susulan mesti diikuti seperti yang diarahkan oleh doktor. Terima kasih n jumpa lagi

    ReplyDelete
  192. salam atikah, maaf lambat reply. Tahniah di atas kehamilan puan. Saat yang dinanti bakal tiba tak lama lagi. Moga selamat bersalin. AMin. Masalah keputihan yang atikah alami nie, adalah perkara biasa waktu hamil disebabkan oleh perubahan hormon.Apabila ada rasa gatal2 dan x selesa....akak nasihatkan ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan dan mendapatkan ubat untuk mengatasinya. Jagaan kebersihan diri adalah perlu. Terima kasih n jumpa lagi

    ReplyDelete
  193. salam iela, maaf lambat reply. Tahniah di atas perkahwinan iela n suami. Kehamilan adalah saat yang diimpikan oleh setiap pasangan yang telah berkahwin. Persediaan fizikal, mental dan psikologi adalah perlu.

    1)Kelambatan period mmg mempengaruhi kehamilan seseorang. Kitaran haid yang normal adalah 28 - 30 hari. Kelambatan period selama seminggu pada setiap bulan adalah normal. Jadi takyah risau ye, usaha lagi pada masa subur...he3

    2)Pengambilan asid folik tu akak nasihatkan ambil secara teratur ye. Insyaallah dapat membantu tahap kesuburan iela.

    3) Bab nie akak tak berani nak komen tapi iela boleh pelajari posisi dalam ebook rahsia kamasutra yg ada kat dlm blog akak nie...insyaallah dapat membantu.

    4) Seks secara kerap tidak menjejaskan kesuburan sperma.

    5) Akak nasihatkan tak perlu jumpa doktor lagi. Cuba berbincang dgn suami. Dan usaha lagi. Jangan cepat putus asa sebab usia perkahwinan baru mencecah 8 bln. Insyaallah ada rezeki tak kemana. Mesti banyak bersabar n berusaha. Amin.

    ReplyDelete
  194. Salam ummiabi, maaf lambat reply. Tahniah di atas kehamilan puan. Masa mengandung mmg banyak masalah yang timbul, insyaallah lepas bersalin nanti akan hilang..he3. Masalah lenguh2 dan sakit2 sendi kt bhgn blkg badan esp tulang rusuk blkg & bahu tu puan boleh guna tunggu moden elektrik utk tuam kt bhgn yg lenguh2 tu. Tak perlu risau dan tidak membahayakan bb dalam kandungan. Jangan sekali-kali puan bertungku direct pada kandungan puan ye kerana ini boleh bahayakn bb dalam kandungan.
    Pasal puan pernah jatuh terduduk dlm bilik air tu, klau puan nak urut boleh tapi mesti cari tukang urut yang betul2 pandai ye. Akak nasihatkan banyakkan rehat, minum susu 2xsehari dan rancang aktiviti harian. Terima kasih n jumpa lagi

    ReplyDelete
  195. salam masz, maaf lambat reply. Tahniah di atas kehamilan kedua puan. Masalah perut buncit adalah perkara normal slps bersalin. Sebab tu jagaan dalam pantang amat penting. Bertungku, berurut dan berbengkung...insyaallah banyak membantu. Sebenarnya klau czer boleh pakai bengkung tapi selepas 2 bulan bersalin, tu pun tak boleh pakai ketat2 and krim bg krus badan bole pkai tapi jangan sapu kat bhgian luka bedah ye. Bengkung tu tidak memnyebabkan gangguan kat perut sebab tu akak nasihatkan pakai bengkung slps 2 bulan bersalin dan pakai longgar je. Pada masa nie luka bedah bahgian luar dah sembuh jadi masalah takut jahitan terbuka takkan timbul..insyaallah. Terima kasih n jumpa lagi

    ReplyDelete
  196. salam, mohon maaf bebanyak sebab akak lambat reply setiap pertanyaan. Kesibukan dgn tugas dan masalah sekarang tengah demam, batuk n selsema...uhuhu. Jangan maree yee....ok n jumpa lagi.

    ReplyDelete
  197. salam, maaf lambat reply. Masalah sakit yang dialami, akak nasihatkan buat ujian untuk kencing kotor ye. Rasanya takde kaitan dgn bayi songsang, rahim dan uri turun.Sakit yang berterusan boleh menybbkan puan rasa tak selesa. Nasihat akak banyakkan rehat, minum banyak air kosong dan ke klinik untuk pemeriksaan kencing kotor ye. Terima kasih n jumpa lagi.

    ReplyDelete
  198. salam kak,
    saya baru follow blog akak...mmg sgt bagus dan byk pengalaman boleh dikongsi..
    saya adalah sikit pertanyaan...saya dah kawin 8 tahun dan mempunyai dua org anak berumur 8 dan 5 tahun...sekarang saya merancang utk hamil anak ketiga tetapi sudah banyak kali mencuba masih belum hamil lagi...pernah sekali saya lambat datang period selama 40 hari...tiap2 minggu saya buat ujian kehamilan tapi resultnya tetap negatif...hari yg ke-41 saya period...skrg pun saya selalu alami situasi macam tu...selalu lewat dtg period 2-3 minggu tapi bila test masih tak hamil...boleh tak akak bagi pandangan tentang masalah saya ini.
    Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  199. Terima kasih atas jawapan Kak Engku..nnt klu ada sebarang masalah harap Kak Engku dpt bantu sy lagi... ^__^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.

Mesej & Cadangan

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.