"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

30 May 2016

Mengidam

Perubahan hormon yang berlaku membuatkan lidah ibu hamil berasa tawar atau tidak peka terhadap sesuatu rasa makanan yang dimakan. Bagi ibu hamil, ini adalah gejala normal apabila merasakan diri mempunyai keiinginan untuk makan makanan tertentu secara tiba-tiba. Apabila mengidamkan makanan tertentu, ambillah dalam kauntiti yang sedikit, asalkan amalan tersebut tidak memudaratkan dan mendatangkan masalah terhadap diri anda dan kandungan. Perkara ini seringkali membuatkan ibu hamil mengidam untuk merasa makanan masam, manis ataupun masin. Namum, jangan terlalu diikutkan perasaan, anda perlu berhati-hati dengan keiinginan selera anda itu. Pastikan pemakanan yang diambil itu mengandungi bekalan zat yang baik untuk anda dan juga bayi di dalam kandungan.


Kawal Tahap Mengidam

Mengidam pada sesuatu makanan bukanlah menjadi satu kesalahan. Namun, perlu diingat gejala ini ada baik dan buruknya jika diamalkan. Sekiranya ibu hamil mengidamkan pada sesuatu makanan atau minuman yang baik untuk diri dan bayi dalam kandungan, maka ia bolehlah ditunaikan. Namun, jika sebaliknya seperti mengidamkan sesuatu yang haram atau membahayakan diri serta bayi dalam kandungan, maka sebaiknya diabaikan permintaan tersebut.

Mengidam hanyalah naluri ingin makan ataupun disebut sebagai nafsu makan, tiada langsung kaitan dengan keinginan bayi dalam kandungan. Oleh itu, dapatkan pandangan dari doktor sekiranya ibu hamil berasa was-was dengan makanan diidamkan itu. Selain itu sebagai orang Islam, kita seharusnya melakukan sesuatu yang bersesuaian dengan syariat. Jangan terikut-ikut atau terkeliru dengan sesuatu amalan tertentu, seperti, sekiranya ibu tidak dapat makanan yang diidamkannya, nanti bayi akan kempunan dan sekiranya lahir kelak bayi tersebut akan sentiasa melelehkan air liur dari mulutnya.

Oleh itu, suami seharusnya lebih tegas terhadap di dalam memenuhi gejala mengidam yang dialami oleh isteri. Bertindak lebih rasional agak tuntutan tersebut tidak mendatangkan sebarang masalah terhadap kesihatan isteri dan juga bayi.


No comments:

Post a Comment