Berat badan ibu hamil akan sentiasa meningkat di sepanjang tempoh kehamilan.
Berat badan ideal amat penting sepanjang kehamilan bagi menjamin kesihatan ibu
serta perkembangan bayi yang sihat. Tetapi, jika berat badan ibu hamil
berlebihan atau berkurangan, maka ibu hamil akan dipantau dan tindakan
selanjutnya perlu diambil bagi memastikan kehamilan anda berjalan lancar.
Berat
Badan Ideal
Pertambahan berat badan adalah berbeza untuk setiap
ibu hami. Oleh itu, adalah penting untuk anda mengetahui pertambahan berat
badan yang ideal semasa kehamilan dengan berat anda sebelum hamil. Ini kerana
masalah berat badan yang berlebihan semasa kehamilan berisiko mengundang
masalah pelbagai masalah kesihatan. Kenaikan berat badan sepanjang tempoh
kehamilan ini bergantung kepada tinggi dan berat badan anda sebelum kehamilan.
Sekiranya berat badan anda kurang sebelum hamil,
maka anda dinasihatkan untuk menambahkan berat badan anda sekitar 14 – 20 kg.
Bagi ibu hamil yang mempunyai berat badan ideal
sebelum hamil, maka penambahan berat badan yang disarankan sepanjang kehamilan
adalah sekitar 12.5 – 17.5 kg.
Dan sekiranya ibu hamil mengalami berat badan yang
berlebihan sebelum hamil, maka penambahan berat badan yang disarankan adalah
sekitar 7.5 – 12.5 kg sahaja.
Manakala bagi ibu hamil yang hamil kandungan kembar
(dua atau lebih), berbincanglah dengan doktor mengenai kenaikan berat badan
yang sesuai sepanjang tempoh ini. Ini kerana pertambahan berat badan adalah
bergantung kepada jumlah janin di dalam rahim. Secara puratanya ibu hamil akan
mengalami pertambahan berat badan antara 1.35 kg pada trimester pertama
kehamilan dan meningkat kepada 0.45kg setiap minggu sehingga minggu ke-40.
No comments:
Post a Comment