Trimester Pertama
Pada trimester pertama, berat badan ibu hamil hanya
akan bertambah sedikit sahaja dari berat badan sebelum kehamilan iaitu sekitar
1 – 4 paun (0.5 – 2.0 kg). Selalunya ketika ini ibu hamil masih tidak mengalami
sebarang perubahan yang besar pada tubuh badan. Selain itu, ramai ibu hamil
juga yang berdepan dengan masalah bagi menaikkan jumlah berat badan pada
trimester pertama kehamilan. Ini disebabkan mereka mengalami alahan mengandung
(morning sickness). Namun, tiada apa yang perlu dirisaukan, ia tidak akan
memberi kesan kepada bayi anda, kerana di awal kehamilan bayi yang dikandung
tidak memerlukan kalori dan nutrien yang banyak.
Trimester Kedua
Namun untuk trimester kedua dan minggu-minggu yang
seterusnya, ibu hamil disarankan untuk menambah berat badan mengikut penambahan
berat badan yang disyorkan mengikut kategori berat masing-masing. Pertambahan
berat badan akan meningkat lebih pantas disebabkan faktor-faktor tertentu
seperti mengidam, mudah berasa lapar serta adakalanya mengalami gejala kuat
makan. Jadi dinasihatkan sebaik-baiknya seimbangkan pemakanan anda dengan diet
yang sihat seperti buah-buahan, buah-buahan kering, jus buahan dan sebagainya.
Trimester Ketiga
Pada trimester ketiga, kebiasaannya berat badan ibu
hamil telah bertambah sebanyak 6.0 kg. Sekiranya lebih, iaitu sekitar 9.0 –
12.0 kg, jangan risau kerana ia masih dalam skala pertambahan berat yang
normal. Bagi ibu hamil yang mengalami masalah kurang berat badan, ia
berkemungkinan akan menjejaskan tumbesaran bayi. Antara komplikasi yang berlaku
seperti bayi kecil (tidak cukup berat semasa lahir) atau bayi dilahirkan
sebelum masanya (pramasa). Ini disebabkan bayi yang dikandung tidak menerima
bekalan khasiat yang mencukupi. Begitu juga pada ibu hamil yang mengalami berat
badan berlebihan, pelbagai masalah dan risiko yang akan dihadapi.
Ketahui Agihan Berat Sepanjang Kehamilan
Tahukah anda, apa yang menyebabkan pertambahan berat
badan sepanjang kehamilan ini? Jom kita cari puncanya.
·
Bayi : 7 - 8 paun (3.2 – 3.6kg)
·
Plasenta (Uri) : 1 - 2 paun (0.5 - 1.0kg)
·
Cecair amnion (ketuban) : 2 paun (1.0kg)
·
Uterus : 2 paun (1.0kg)
·
Tisu payudara ibu : 2 paun (1.0kg)
·
Pertambahan darah : 4 paun (2.0kg)
·
Pertambahan cecair : 4 paun (2.0kg)
·
Simpanan lemak dan nutrien bakal ibu : 7 paun
(3.2kg)
No comments:
Post a Comment