"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

02 January 2016

Pedih Ulu Hati

Masalah ini sering dihadapi oleh ibu hamil apabila kandungan semakin membesar iaitu ketika berusia 3 bulan dan ke atas. Perkara ini terjadi disebabkan perubahan hormon dalam tubuh mempengaruhi proses pencernaan. Ini mengakibatkan pencernaan makanan menjadi lebih lambat daripada biasa. Oleh sebab itu, ibu hamil mudah mengalami kembung perut serta pedih ulu hati.


Simptom:

Terasa pedih dan ngilu ulu hati, pijar, panas dan dirasakan seperti ditusuk. Kadangkala rasa ini mungkin dirasai panas seperti terbakar hingga ke kerongkong.


Perkara Yang Perlu Dilakukan:

·           Ambil makanan yang sedikit tetapi lebih kerap.

·           Pengambilan produk tenusu seperti susu boleh mengurangkan rasa pedih.

·           Kunyah makanan hingga benar-benar hancur sebelum menelannya.

·           Jangan baring sejurus selepas makan.

·           Jangan makan berselang seli dengan minum air. Minum selepas makan.

·           Semasa terasa pedih ulu hati, cuba teknik ini. Dalam keadaan posisi merangkak dengan kedua tapak tangan dan lutut berada di atas lantai. Rehat seketika. Posisi ini melancarkan makanan dalam perut serta dapat mengurangkan rasa pedih ulu hati.

·           Elakkan makanan yang berempah dan berminyak , minuman yang bergas, buah-buahan yang masam, pisang dan makanan bercuka.

·           Jangan makan sambil berbaring.

·           Elakkan makan coklat. Ambillah makanan yang mengandungi pudina seperti gula-gula getah berperisa pudina untuk melegakan rasa pedih ulu hati.

·           Jangan pakai pakaian yang ketat.

·           Semasa tidur, biarkan bahagian kepala dan tubuh lebih tinggi daripada perut.


No comments:

Post a Comment