"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

31 December 2015

Alahan Mengandung (Morning Sickness)

Mengalami rasa mual sebaik sahaja bangun dari tidur di waktu pagi. Ini terjadi disebabkan perut menjadi kosong ketika waktu tidur.


Simptom:

Rasa mual, ingin muntah dan kadang kala berasa pening-pening.


Perkara Yang Perlu Dilakukan:

·           Berehat dalam keadaan kaki di atas, cuba tinggikan kaki anda dengan menggunakan bantal.

·           Jangan bangun dari tidur secara tergesa-gesa. Bangun perlahan-lahan dan duduk seketika sebelum bangun dari tempat tidur.

·           Lakukan senaman untuk kaki.

·           Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Makan perlahan-lahan. Kunyah 44 kali ikut sunnah nabi.

·           Makan makanan yang berkharbohidrat dan protein yang tinggi antaranya roti, biskut dan kentang dapat menghilangkan rasa mual.

·           Elakkan mengambil makanan yang berlemak dan berminyak.

·           Banyakkan minum air kosong, dan elakkan minuman yang berkafein dan berkarbonat.

·           Peruntukkan waktu rehat yang secukupnya.


Petua 1

·           Ambil segenggam daun kari.
·           Kisar menjadi jus.
·           Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu sudu teh gula.
·           Minum setiap pagi.
·           InsyaAllah rasa loya tekak akan hilang.


Petua 2

Makanlah nasi yang lembut dengan kuah yang direbus seperti singgang kicap berserai atau salad bersos daun pudina. Jenis makanan seumpama ini berupaya membantu mengurangkan rasa loya, di samping menjauhi penyakit asam perut (gastrik)

Sebagai makanan ringan bagi menghilangkan rasa loya, ibu disyorkan memamah sedikit gula, asam atau garam yang digaul, seperti asam boi atau jeruk halia muda. Jeruk halia juga dapat melawaskan pembuangan angin.


No comments:

Post a Comment