"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

29 December 2015

Urat Timbul (Vena Varikos)

Masalah urat timbul berkemungkinan berlaku pada lewat kehamilan sekiranya berat badan anda berlebihan atau anda mewarisinya daripada keluarga. Keadaan ini memburukkan permukaan kulit apabila sekumpulan urat yang timbul kebiru-biruan serta membentuk jalur-jalur pada lutut, peha, betis serta punggung.


Simptom:

Kaki yang sakit; vena pada anak betis dan paha menjadi sakit dan membengkak. Kadangkala berlakunya simpulan urat.


Perkara Yang Perlu Dilakukan:

·           Berehat dalam keadaan kaki di atas, Tinggikan kaki menggunakan bantal semasa berbaring.

·           Lakukan senaman untuk kaki.

·           Jangan berdiri lama


Petua 1

·           Belah beberapa ulas bawang putih lalu tenyeh kepada urat yang mula timbul.
·           Amalkan selalu.

Petua 2

·           Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air hingga sebati.
·           Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam.
·           Ketika tidur letakkan kaki di atas bantal.

Petua 3

·           Campur sedikit asam jawa dan air sehingga pekat.
·           Sapukan pada kaki setiap malam.
·           Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.

Petua 4

·           Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang.
·           Buat senaman angkat kaki 10 minit sebelum tidur.


No comments:

Post a Comment