"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

26 December 2015

Seriawan Dan Lelehan Faraj

Perubahan hormon kehamilan meningkatkan peluang anda menghidap seriawan. Rawat segera sebelum bayi anda dilahirkan kerana ini mungkin berjangkit ke mulutnya. Menggunakan pencuci vagina serta sabun akan memburukkan lagi masalah ini


Simptom:

Berlaku lelehan pekat berwarna putih dan kegatalan. Anda juga akan berasa perit ketika membuang air kecil.


Perkara Yang Perlu Dilakukan:

·           Elakkan mengguna pencuci wanita dan sabun jika anda berasa sakit

·           Jangan pakai seluar dalam dari fabrik seperti nilon, memakai seluar yang ketat, serta semburan penghilang bau untuk faraj.

·           Pakai seluar dalam dari fabrik seperti cotton, memakai seluar yang longgar dan memberi keselesaan pada anda.

·           Dapatkan rawatan segera.


Petua

Amalkan minum air rebusan sirih 3 helai bersama sebutir garam kasar serta secubit jintan hitam yang direbus bersama 3 gelas air, biarkan mendidih sehingga tinggal secawan. Biarkan sebentar dan masukkan sesudu teh madu lebah asli, diminum semasa suam panas.

Untuk mencuci bahagian sulit, rebus daun sirih, daun inai, garam kasar serta daun mambu atau ditambahkan jintam hitam, kunyit hidup dan tawas. Rebusan ini adalah untuk mengatasi masalah lelehan faraj yang menimbulkan kegatalan. Gunakan ramuan ini untuk bercebok atau berendam. Selepas berendam atau bercebok, sapu di bahagian yang gatal dengan ramuan kunyit, sirih dan daun kayu putih yang dimasak bersama minyak kelapa tanak sehingga menjadi krim. (minyak kelapa tanak disediakan dengan memasak santan kelapa sehingga menjadi minyak)


No comments:

Post a Comment