"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

23 December 2015

Kaki Bengkak

Sesetengah bengkakan (edema) merupakan perkara biasa semasa kehamilan kerana badan menyimpan lebih banyak air. Kaki bengkak sering dialami oleh ibu hamil, pembengkakan yang berlaku sering dikaitkan dengan pertambahan berat badan sepanjang kehamilan. Berat badan yang bertambah perlu ditampung oleh kaki menyebabkan bengkak sering berlaku pada anggota kaki.


Simptom:

Berlaku kebengkakan pada kaki dan buku lali yang menyebabkan kesakitan atau rasa tidak selesa.


Perkara Yang Perlu Dilakukan:

·           Letakkan kedua kaki di atas bantal semasa sedang berehat.

·           Banyakkan bergerak supaya darah bebas bergerak serta elakkan berdiri terlalu lama.

·           Jangan pakai kasut bertumit tinggi. Gunakan kasut tidak bertumit dan lembut tapaknya.

·           Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Elakkan mengambil makanan bergaram secara berlebihan.

·           Lakukan urutan pada bahagian kaki.

·           Jaga berat badan, pantau berat badan sepanjang kehamilan. Berat badan yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan anda dan kandungan.

·           Berjumpalah dengan doktor atau bidan anda. Tanda kebengkakan yang berlebihan mungkin merupakan penyakit pre eclampsia.


Petua

Sediakan minyak kelapa tanak, ketumbar biji, halba, serai, biji pala, cengkih dan halia. Bahan-bahan ini direbus di dalam periuk tanah untuk lebih berkesan bagi dijadikan minyak sapu. Dilarang melakukan urutan dengan kuat di bahagian yang bengkak, sebaliknya dinasihati melakukan gosokan lembut sehingga minyak meresapi kulit. Jika bengkak disertai kesakitan, disyorkan selepas disapu dengan minyak, bahagian yang bengkak itu dibalut bagi mempercepatkan pengecutan. Minyak sapu ini juga boleh digunakan untuk menghindari masalah jalur-jalur atau pecah-pecah kulit.

No comments:

Post a Comment