"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

11 December 2015

Muntah

Masalah utama yang dialami oleh ibu hamil pada trimester pertama iaitu pada 3 bulan pertama kehamilan. Masalah ini akan menjadi lebih teruk apabila perut kosong, perjalanan jauh atau terhidu bau makanan tertentu. Kadar hormon yang meningkat ketika kehamilan menimbulkan rasa mual dan loya. Keadaan ini tidak boleh dihilangkan 100% namun boleh dikurangkan.


Simptom:

·           Berasa mual atau loya dan ada ketika berasa mengantuk.


Perkara Yang Perlu Dilakukan:

·        Ambil makanan secara teratur dan tetap pada setiap hari. Jangan biarkan perut kosong pada waktu malam.

·           Makan biskut, roti bakar atau buah-buahan bagi mengurangkan rasa loya. Halia juga boleh menghilangkan rasa loya.

·           Elakkan makanan dan bau yang membuat anda berasa loya.

·           Makan sedikit tetapi lebih kerap.

·           Elakkan makanan yang berminyak, berempah dan pedas.


No comments:

Post a Comment