"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

14 December 2015

Buasir (Haemoroid)

Kepala bayi yang semakin menurun menyebabkan vena disekeliling anus menjadi bengkak. Rahim yang semakin membesar memberi tekanan kepada salur darah. Keadaan semakin serius apabila berlakunya sembelit dan anda pula meneran dengan kuat ketika membuang air besar. Buasir biasanya dikategorikan dalam skala ringan, sederhana dan berat. Ia bermula dengan rasa gatal sehingga menimbulkan kesakitan yang luar biasa disertai dengan pendarahan di bahagian dubur.


Simptom:

·           Berasa gatal, sakit atau berlaku pendarahan pada dubur ketika membuang air besar.


Perkara Yang Perlu Dilakukan:

·           Elakkan sembelit

·           Lebihkan pengambilan makanan yang berserat tinggi dan banyakkan minum air.

·           Elakkan berdiri atau duduk pada satu posisi yang sama terlalu lama.

·           Sekiranya bahagian dubur berasa gatal dan perit, lakukan tuaman panas atau sejuk untuk mengurangkan rasa gatal dan sakit.

·         Jika buasir masih berterusan, dapatkan rawatan untuk mendapatkan ubat bagi mengurangi rasa sakit.


Petua

Jikalau masalah buasir disertai dengan pendarahan (buasir berdarah), disyorkan rawatan berendam bahagian punggung. Rebus campuran daun sirih, inai, garam kasar dan jintan hitam untuk tujuan berendam. Selepas berendam, sapu ramuan herba darpada asahan biji pala yang digaul dengan air asam jawa atau cuka nipah atau cuka beras. Atau sediakan biji pala, kunyit dan manjakani, gaul atau asah dengan air atau cuka-cuka tersebut dan sapu pada bengkakan buasir, sama ada jenis kecil ataupun besar.


No comments:

Post a Comment