"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

05 December 2015

Kerap Membuang Air Kecil

Ibu hamil akan mengalami simptom kerap buang air kecil. Ini disebabkan oleh rahim yang menekan pundi kencing.


Simptom:

·           Kerap membuang air kecil.


Perkara Yang Perlu Dilakukan:

·           Elakkan banyak minum air serta buang air terlebih dahulu sebelum tidur. Ini untuk mengelakkan anda kerap terjaga malam kerana ingin buang air.

·           Dapatkan rawatan sekiranya terdapat tanda-tanda sakit semasa buang air kecil, ini berkemungkinan anda mengalami jangkitan.


Petua

Kekerapan membuang air kecil dapat dikurangkan dengan bercebok menggunakan air rebusan herba seperti daun sirih, daun inai, daun kunyit, daun halia, halba, jintan hitam, kunyit serta garam kasar. Bercebok di bahagian sulit 2-3 kali sehari haruslah diikuti dengan sapuan minyak kelapa tanakyang dimasak dengan akar serai, halia serta rempah ratus pada bahagian pinggang, ari-ari dan sekitar luaran faraj.

No comments:

Post a Comment