"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

11 November 2015

Penawar Sakit Bersalin Cara Islam

Ungkapan "Subhanallah" berupaya mengurangkan dan meringankan kesakitan. Selain daripada itu, terdapat juga doa-doa tertentu yang boleh suami pratikkan semasa menemani Mama di bilik bersalin.

Ketika hendak bersalin, disunatkan suami untuk membaca ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa tertentu untuk memudahkan Mama bersalin. Antaranya Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas, Surah At-Tariq, Surah Maryam, Surah Yassin, Ayat Kursi dan Surah Al-A'Raf ayat 54.

Ayat-ayat berserta doa-doa ini turut boleh dibaca dan dihembuskan ke dalam segelas air dan diberikan Mama minum untuk dijadikan sebagai selusuh.

Selain itu, ia juga boleh dibaca pada minyak zaitun untuk disapukan pada perut. Minyak itu juga perlu diminum dalam amaun sesudu besar. InsyaAllah dengan izinNya, proses kelahiran Mama dipermudahkan.

No comments:

Post a Comment