"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

20 December 2015

Sukar Untuk Tidur

Sukar tidur sering dialami oleh ibu hamil apabila kandungan semakin membesar. Antara penyebab berlaku gejala sukar tidur ialah bayi anda terlalu aktif menendang-nendang anda, anda kerap pergi ke tandas, perut yang semakin membesar menyebabkan anda berasa tidak selesa serta gejala rasa pedih ulu hati. Masalah sukar tidur sering menimbulkan rasa kurang bermaya dan hilang fokus kepada ibu hamil kerana keletihan dan tidak cuku rehat.


Simptom:

·           Sukar untuk tidur, gelisah dan kerap terjaga daripada tidur.


Perkara Yang Perlu Dilakukan:

·           Minum segelas susu suam sebelum tidur.

·       Lakukan senaman ringan untuk relaks atau mandi air panas sebelum tidur, dapat membantu anda tidur.

·           Cuba gunakan lebih daripada sebiji bantal. Jika anda tidur mengiring, letakkan bantal di bawah paha anda.


No comments:

Post a Comment