"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

06 October 2015

Trimester Ketiga (Minggu 28 – 40)

Perubahan Fizikal

·           Bayi mula menendang dengan kuat dan pergerakannya boleh dilihat dengan mata kasar.

·           Suhu tubuh semakin meningkat.

·           Mula sukar untuk tidur.

·           Bengkak pada kaki bertambah.

·           Pada bulan kelapan, payudara sudah berhenti membesar. Kolostrum mulai keluar.

·           Bulan-bulan terakhir kehamilan, cairan vagina semakin banyak dan lebih kental.


Perubahan Emosi

·           Perasaan gembira bercampur takut mulai menguasai diri.

·           Rasa bimbang dan tertanya-tanya tentang apakah yang akan terjadi semasa proses kelahiran.

·           Mula memikirkan tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul setelah bergelar ibu.


Peringatan

Ketahuilah bahawa proses kelahiran terbahagi kepada tiga tahap:


Tahap Pertama

·           Serviks akan terbuka selebar 10cm. Ketika serviks meregang, vagina akan melengkung bagi memudahkan bayi keluar.

·           Setelah serviks terbuka sepenuhnya, air ketuban akan pecah.

·           Rasa sakit ketika saat kelahiran hampir tiba akan berlarutan di antara 10 hingga 14 jam.


Tahap Kedua

·           Bayi akan mula keluar.

·           Kontraksi dirasai setiap dua hingga dua setengah minit.

·           Setiap kali berlakunya kontraksi, bekalan oksigen kepada bayi akan berkurangan. Jika kontraksi berlaku terlalu lama, bayi akan berada dalam keadaan yang bahaya.

·           Jika bayi masih belum keluar dalam tempoh satu jam setelah kontraksi berlaku, pembedahan terpaksa dilakukan.


Tahap Ketiga

·           Ketika bayi dilahirkan, plasenta (uri) akan terpisah dari dinding rahim akibat kontraksi uterus (rahim). Plasenta akan keluar melalui serviks.

·           Suntikan mungkin akan diberikan pada saat terakhir kelahiran untuk membantu kontraksi uterus dan proses mengeluarkan plasenta. Selain itu, suntikan tersebut mampu mengurangkan kadar kehilangan darah.


No comments:

Post a Comment