"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

29 September 2015

Trimester Kedua (Minggu 13 – 27)

Perubahan Fizikal

·           Rasa mual dan kerap ke bilik air semakin berkurangan.

·           Dari masa ke semasa, nafsu makan mula bertambah.

·           Payudara yang semakin membesar sudah tidak lagi menyakitkan.

·           Hubungan seksual dengan suami semakin baik.

·           Mulai bulan keenam, kulit perut mula meregang menyebabkan anda rasa gatal.

·           Denyutan jantung semakin meningkat.

·           Kaki dan tumit mula membengkak.


Perubahan Emosi

·           masih rasa sensitif walaupun emosi semakin kurang terganggu.

·           Mula dapat merasakan kehadiran bayi dalam kandungan kerana bayi semakin banyak bergerak.

·           Ketika ini fikiran hanya tertumpu pada bayi yang dikandungi.

·           Rasa cemas semakin menguasai.


Peringatan

·           Untuk pengetahuan kehamilan, segeralah berjumpa doktor. Waktu yang paling tepat untuk berbuat demikian ialah dua minggu selepas tidak datang haid.

·           Mengingat tarikh haid terakhir penting bagi memudahkan doktor mengira tarikh anda dijangka bersalin.

·           Setelah disahkan hamil, jangan mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.


Penjagaan Kehamilan

Masalah / Penyakit yang perlu diberi perhatian

Kenapa bila saya hamil saya boleh menghidap hipertensi (tekanan darah tinggi) dan diabetes (kencing manis)?

Apabila anda hamil, terjadinya perubahan fisiologi dan hormon dalam badan. Ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit hipertensi dan diabetes semasa hamil.


Saya sentiasa pucat semasa hamil. Kenapa?

Ini adalah kerana anda mungkin kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Anda perlu dapatkan pengesahan daripada doktor kerana kurang darah memberi kesan kepada anda dan pertumbuhan bayi.


Ada tak penyakit kronik lain yang perlu diberikan perhatian semasa hamil?

Ada, seperti penyakit jantung, asma, tiroid dan lain-lain.


Pelalian semasa hamil

Apakah jenis pelalian yang diberi semasa hamil? Apa tujuannya?

Pelalian yang diberikan semasa hamil ialah anti-tetanus (ATT). Tujuannya adalah untuk mencegah anda dan bayi dari jangkitan kuman tetanus mengakibatkan kejang otot dan boleh membawa maut.

Berapa kerapkah saya akan diberi pelalian?

Sekiranya anda pertama kali hamil, anda akan diberi pelalian anti-tetanus sebanyak 2 kali. Untuk kehamilan seterusnya, anda hanya diberi pelalian sekali sahaja.

·           Suntikan ATT :

-       Primigravida (Ibu hamil kali pertama) :
Dos pertama di beri bila anda telah rasa gerakan anak dan Dos kedua  4 minggu berikutnya.
-       Multigravida (Hamil anak ke 2 dan ke atas):
Hanya satu dos diberikan semasa trimester ke 3  sebelum 37 minggu kehamilan.


Pergerakan bayi dalam kandungan

Perlukah saya beri perhatian terhadap pergerakan bayi dalam kandungan?

Ya. Pergerakan bayi adalah salah satu cara untuk memastikan bayi sihat. Sekiranya pergerakan bayi berubah dari biasa / kurang gerak / lemah, sila dapatkan pemeriksaan doktor.

·           Carta Pergerakan Bayi akan dimulakan bila usia kandungan 28 minggu dan ke atas.

-       Bermula dari 9.00 pagi hingga 9.00 malam.
-       Kira pergerakan dan tendangan bayi anda sehingga 10 kali
-       Catatkan masa yang di ambil untuk mencapai 10 kali tendangan ke dalam graf.
-       Sekiranya anda tidak merasa 10 kali tendangan hingga 5.00 petang, berehat dan fokus kepada gerakan amal sehingga pukul 7.00 malam.
-       Bermula dari pukul 9.00 pagi kira pergerakan bayi anda sehingga 10 kali pergerakan. Sekiranya anda tidak merasa 10 kali pergerakan hingga 8.00 malam (dalam masa 12 jam) Sila pergi ke hospital DENGAN SEGERA.


Pemeriksaan Gigi

Perlu ke saya buat pemeriksaan gigi semasa hamil? Boleh ke?

Ya. Pemeriksaan dan rawatan rutin gigi sangat digalakkan dan selamat. Ia disyorkan kerana perubahan hormon semasa hamil boleh menyebabkan masalah gigi dan gusi. Masalah yang sesuai untuk rawatan gigi adalah semasa minggu 13 hingga 27.

·           Jaga kebersihan gigi dan ikutlah pemeriksaan di klinik gigi.


Risiko kelahiran pramatang (tidak cukup bulan)

Adakah saya berisiko untuk melahirkan bayi pramatang?

Ya. Jika anda mengalami masalah seperti di bawah:

·           Pernah mengalami kelahiran pramatang.

·           Kandungan lebih dari satu contoh kembar 2 atau 3 dan seterusnya.

·           Uterus dan serviks yang luar biasa.

·           Kandungan yang mempunyai komplikasi contoh tekanan darah tinggi semasa hamil dan uri di bawah.

·           Kurang sokongan sosial

·           Pengambilan alkohol, dadah dan merokok semasa hamil.

·           Jangkitan pada salur kencing.

·           Jangkitan dalam rahim.

·           Kecacatan bayi dalam kandungan.


Apa tanda-tanda kelahiran pramatang?

Sakit perut seperti hendak bersalin dan pecah mentuban sebelum masa bersalin.


Macamana rawatan untuk bayi pramatang?

Bayi pramatang akan diberikan penjagaan dan rawatan rapi di hospital bergantung kepada tahap kesihatan bayi. Beri susu ibu agar pertumbuhan bayi akan lebih cepat.

·           Segera ke hospital sekiranya anda mempunyai tanda-tanda hendak bersalin:

-       Sakit berterusan di bahagian perut/abdomen.
-       Keluar lendir bercampur darah.
-       Keluar air mentuban
-        
·           Jika ada salah satu tanda di atas SEGERA KE HOSPITAL.


No comments:

Post a Comment