"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

09 October 2015

Penjagaan Kehamilan

Persediaan untuk bersalin

Tanda Bersalin

Macamana tanda sakit yang menunjukkan sudah sampai masa untuk saya bersalin?

·           Lendir bercampur darah keluar dari faraj.

·           Sakit perut seperti hendak buang air besar.

·           Sakit pada bahagian pinggang

·           Pecah air mentuban.

·           Sakit semakin kerap dan tempoh sakit semakin panjang.


Tempat yang sesuai untuk bersalin

Dimana tempat yang paling sesuai untuk saya bersalin dengan selamat?

Tempat yang paling sesuai untuk anda bersalin dengan selamat adalah tempat yang mempunyai anggota kesihatan yang terlatih, kemudahan yang lengkap, bersih dan selamat.

·           Peranan Suami:

Buat survey tempat yang anda telah pilih untuk isteri bersalin supaya anda tidak kelam kabut.

Kelengkapan yang perlu di bawa ke Dewan Bersalin dan lain-lain keperluan isteri serta bayi yang bakal dilahirkan.


Teknik Bersalin

Macamana cara untuk saya bernafas semasa bersalin?

Terdapat teknik pernafasan semasa bersalin yang merangkumi 3 langkah iaitu:

·           Apabila terasa kontraksi akan berlaku, cuba bertenang dan rehatkan otot pada bahu, muka dan tangan.

·           Apabila kontraksi bermula, tarik nafas melalui hidung sedalam mungkin secara perlahan-lahan menggunakan otot perut dan lepaskan melalui mulut untuk menghilangkan rasa sakit.

·           Apabila kontraksi memuncak, tarik dan lepaskan nafas melalui mulut secara pendek (shallow breath).

·           Peranan suami:

Hendaklah bertenang dan cuba tenangkan isteri, beritahu isteri supaya perbanyakkan doa dan selawat. Kuatkan semangat dan hendaklah yakin dengan sepenuh hati.


No comments:

Post a Comment