"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

30 October 2015

Sembelit Semasa Hamil

Hormon kehamilan progesteron mengendurkan otot usus. Masalah pencernaan yang lambat juga menyebabkan anda lebih berkemungkinan mengalami masalah najis menjadi keras atau sembelit.


Simptom:

·           Kesukaran membuang air besar dan najis menjadi keras dan kering.


Perkara Yang Perlu Dilakukan:

·           Makan makanan berserat tinggi serta minum banyak air sekurang-kurangnya 6 – 8 gelas sehari.

·           Lakukan senaman secara tetap, sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali senaman.

·           Dapatkan zat besi yang secukupnya.

·           Dapatkan rawatan.


Petua 1

Disyorkan ibu hamil mengamalkan air rebusan rempah ratus. Ketumbar biji, jintan putih, bawang putih halia, dan asam jawa direbus bersama sedikit garam serta gula kabung. Rebusan tersebut dijadikan sebagai minuman harian, 3 kali sehari.

Petua 2

Disyorkan mengamalkan makan nasi berulam pucuk pegaga, kulit limau kasturi atau pucuk kaduk, disamping minum rebusan herba. Ambillah 2-3 helai daun senna (daun cinamaki), rebus bersama 2 gelas air bercampur gula kabung sehingga menjadi segelas.


No comments:

Post a Comment