"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

28 October 2015

Sesak Nafas Semasa Hamil

Di minggu-minggu akhir kehamilan, bayi yang semakin membesar akan memberi tekanan terhadap diafragma ibu hamil serta menyukarkan pernafasan. Masalah ini akan beransur-ansur tidak dirasai apabila kepala bayi mulai turun ke ruang pelvik. Selain itu, masalah sesak nafas juga dikaitkan dengan penyakit anemia.


Simptom:

·           Sesak nafas dan kadangkala berasa tercungap-cungap.


Perkara Yang Perlu Dilakukan:

·           Rehat secukupnya.

·           Tinggikan sedikit kepala semasa tidur. Tidur dengan 2 bantal untuk keselesaan anda.

·           Sekiranya anda tiba-tiba sesak nafas, rehat sebentar (Rehat dalam 10 minit). Buat regangan dan tarik nafas.


·           Sekiranya semakin serius, dapatkan rawatan.

No comments:

Post a Comment