"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

25 September 2015

Fasa Kehamilan

Tempoh kehamilan adalah selama 40 minggu. Sepanjang tempoh tersebut, kehamilan dikategorikan kepada beberapa peringkat kehamilan. Peringkat ini juga dikenali sebagai trimester dan dipecahkan kepada 3 trimester iaitu trimester pertama,kedua dan ketiga. Terdapat pelbagai perubahan yang berlaku pada diri ibu hamil sepanjang tempoh tersebut. Antara perubahan yang berlaku adalah dari segi fizikal dan emosi. Jom kita ketahui perubahan tersebut:


Trimester Pertama (Minggu 1 – 12)

Perubahan Fizikal

·      Rasa mual pada waktu pagi. Keadaan ini berlaku akibat tindak balas diri terhadap bau, makanan ataupun minuman tertentu.

·           Sentiasa rasa letih dan mengantuk. Hal ini akan menyebabkan anda banyak tidur.

·           Kerap buang air kecil.

·        Payudara semakin membesar. Pada masa yang sama, warna pada aerola menjadi lebih gelap.


Perubahan Emosi

·           Mulai dingin terhadap pasangan.

·           Emosi semakin tidak stabil.

·           Sering berfikir tentang keselamatan bayi dalam kandungan.

·    Perubahan bentuk badan membuatkan anda semakin risau kerana kelihatan kurang menarik.


Peringatan

·    Jika anda menghidap diabetes, tekanan darah tinggi, sawan (epilepsi), sakit jantung, anemia atau penyakit keturunan lain, segeralah beritahu doktor agar kesihatan anda dapat dipantau terutamanya semasa hamil.

·           Jangan merokok atau minum minuman keras.

·     Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

·      Jika anda ataupun pasangan menghidap penyakit kelamin, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.


Penjagaan Kehamilan

Alahan

Macamana alahan semasa hamil yang mungkin saya alami?

Masalah dan alahan yang mungkin anda alami ialah rasa loya dan muntah, tidak selesa dengan bau tertentu dan mengalami gatal-gatal di bahagian kulit.


Ada tak cara saya nak atasi alahan tersebut?

Anda boleh atasi dengan mengelakkan punca alahan tersebut. Sekiranya anda mengalami muntah yang teruk, anda perlu mendapatkan nasihat doktor. Bagi mereka yang mendapat gatal-gatal pada kulit, elakkan mengguna sabun yang ada pewangi dan sekiranya semakin teruk sila dapatkan nasihat doktor.


No comments:

Post a Comment