"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

16 September 2015

Rutin Pemeriksaan Antenatal

Sample Air Kencing (Urin)

Semasa lawatan sampel air kencing (urin) akan diuji bertujuan:

·          mengesan kandungan gula, ini bertujuan untuk menentukan ibu hamil bebas dari masalah KENCING MANIS atau sebaliknya.

·    mengesan protein, sekiranya dikesan, ini menunjukkan bahawa buah pinggang tidak berfungsi dengan baik. Ini bermungkinan menandakan anda mengalami PRAEKLAMPSIA pada kehamilan ini.

·           Jika ibu hamil mempunyai masalah kencing manis atau tekanan darah tinggi, pemerhatian yang rapi perlu dilakukan supaya rawatan ubatan dapat diberikan dengan lebih awal bagi menjamin kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.


Ketinggian

Ketinggian akan diukur sebagai panduan untuk menentukan saiz pelvik anda. Saiz pelvik yang kecil bermakna anda berkemungkinan sukar untuk bersalin. Manakala, sekiranya ketinggian anda mencecah 152cm (5 kaki) dan ke atas, masalah kesukaran untuk bersalin tidak berlaku sebaliknya anda berkemungkinan hamilkan bayi yang lebih besar.

·           Ketinggian kurang 145cm sering dikaitkan dengan saiz pelvik kecil.


Berat

Berat badan anda akan ditimbang bagi memastikan penambahan berat yang berlaku adalah berat badan yang disyorkan. Berkemungkinan alahan yang berlaku diawal kehamilan seperti muntah-muntah, ini akan menyebabkan berat badan anda menurun sedikit pada 3 bulan pertama kehamilan. Jangan bimbang, berat badan anda akan meningkat semula selepas ini.

·           Pertambahan berat badan:
Pertambahan berat badan sihat:
-       Bagi jangkamasa kandungan 5 bulan pertama kandungan 0.5kg/sebulan
-       Bagi jangkamasa kandungan seterusnya – 0.5kg/seminggu.


Ujian Darah

Sedikit sampel darah akan diambil untuk diuji. Ini bertujuan untuk:

·           Mengetahui kumpulan darah serta kumpulan rhesus anda.

·           Anemia atau kekurangan darah.

·           Imun terhadap rubela.

·    Penyakit alat kelamin yang berjangkit, seperti sifilis, sekiranya positif, rawatan akan dijalankan sebelum kehamilan mencecah usia 20 minggu.

·           Pastikan keputusan untuk Kumpulan darah, rhesus, keputusan VDRl/TPHA serta HIV diperolehi dan di rekod di dalam buku kehamilan anda.


Tekanan Darah

Bacaan tekanan darah adalah rendah sedikit semasa kehamilan dan diukur lebih kerap bagi mengesan sebarang kenaikan bacaan yang mencurigakan. Bacaan normal adalah kira-kira 120/70 dan akan dikatakan bahaya sekiranya melebihi 140/90. Tekanan darah yang meningkat memberi amaran bahawa terdapatnya berbagai-bagai masalah kesihatan kepada ibu hamil antaranya praeklampsia (tekanan darah tinggi)

·       Pemeriksaan tekanan darah secara berkala mungkin perlu dilakukan jika tekanan darah anda menunjukkan perubahan contohnya 2 kali seminggu atau selang sehari.

·            Kenal pasti tanda-tanda pre eclampsia:
Sakit kepala yang teruk
Mual/muntah
Pedih Ulu hati
Mata kabur

·            Jika ada tanda-tanda di atas hendaklah SEGERA KE HOSPITAL.


Pemeriksaan Umum

Pemeriksaan keadaan fizikal seperti mendengar degupan jantung dan paru-paru akan dilakukan. Selain itu, payudara anda juga akan diperiksa untuk mengesan sebarang keabnormalan gumpalan dan puting sekiranya berlaku. Tahap kesihatan gigi juga akan dikenalpasti.

·         Doktor akan membuat pemeriksaan rutin sebanyak 2 kali iaitu pada pertama kali lawatan dan pada usia kandungan 36 minggu. Doktor mungkin akan membuat rujukan ke hospital jika keadaan anda memerlukan pemerhatian rapi.


Bertanyakan Soalan

Perlu diingat, inilah peluang terbaik untuk anda menanyakan sebarang persoalan kehamilan anda kepada doktor yang memeriksa anda. Ajukanlah apa sahaja persoalan yang anda ingin tahu samada mengenai kesihatan anda mahupun keadaan bayi dalam kandungan. Disarankan juga supaya anda untuk menulis setiap soalan yang ingin ditanya sebelum berjumpa doktor. Ini bertujuan agar anda tidak terlupa untuk berbuat demikian semasa bertanya nanti.


Tangan Dan Kaki

Pemeriksaan pada bahagian kaki dan tangan akan dilakukan. Ini bertujuan untuk memastikan tidak terdapat sebarang tanda kebengkakan (edema). Sekiranya berlaku kebengkakan di minggu-minggu akhir kehamilan, jangan risau ini adalah perkara normal.


Mendengar Degupan Jantung

Sepanjang lawatan pemeriksaan antenatal juga doktor akan memeriksa dan memantau degupan jantung bayi. Ini untuk memastikan bayi yang dikandung berada dalam keadaan sihat.

·           Denyutan Jantung Janin (DJJ) yang normal 110 – 160 denyutan seminit.


Pemeriksaan Dalaman

Pemeriksaan dalaman akan dijalankan bagi memastikan tahap kehamilan anda. Pemeriksaan ini bertujuan untuk mengesan sebarang tanda yang tidak normal pada tulang pelvik, di samping untuk memastikan serviks tertutup rapat. Lumuran servikal mungkin akan dilakukan bagi mengesan samada terdapat sel-sel yang cacat. Jangan bimbang, pemeriksaan tersebut tidak merbahaya atau mencederakan anda dan bayi.


Merasa Abdomen

Untuk memastikan kadar perkembangan bayi berjalan lancar, pemeriksaan pada bahagian abdomen akan dilakukan dengan cara merasa pada bahagian perut secara perlahan-lahan. Manakala di minggu terakhir kehamilan, pemeriksaan abdomen dilakukan untuk menentukan kedudukan posisi bayi dalam kandungan ibu. Ini juga untuk memastikan kaedah bersalin yang bakal ibu hamil hadapi kelak. Sekiranya bayi dalam kedudukan normal, ibu hamil boleh menjalani proses kelahiran secara normal. Namun, jika kedudukan bayi songsang atau melintang, ibu hamil berkemungkinan akan dinasihatkan untuk menjalani proses kelahiran secara pembedahan.

·     Jika kedudukan bayi songsang atau melintang, ibu dinasihatkan tidak berurut ntuk mengubah kedudukan bayi dalam kandungan. Ini di khuatiri bayi dalam kandungan akan terbelit tali pusat. Adalah dinasihatkan supaya patuh pada arahan doktor.


Scan Ultrasound (Ujian Imbasan)

Ujian imbasan ini selalunya sangat dinanti-nantikan oleh setiap pasangan. Melalui ujian ini, anda berdua akan dapat melihat bayi anda buat kali pertama. Melalui ujian ini juga, anda dapat mengetahui jantina bayi anda, tapi ketepatan keputusan tidak 100% tepat. Selain itu, ultrasound digunakan bagi mengesan:


·        Untuk Mengesan Kehamilan - kehamilan boleh dikesan lebih awal iaitu antara minggu keempat atau kelima. Pada peringkat ini, embrio sudah boleh dilihat.

·    Pendarahan - denyutan jantung bayi dapat dikesan se awal minggu ke-6. Sebarang masalah pendarahan ibu hamil juga dapat dikesan. Selain itu, keguguran, kecacatan janin, kehamilan luar rahim atau hamil kembar boleh diperolehi melalui ujian ini..

·      Usia, Saiz Janin Dan Tarikh Jangkaan Bersalin  - ukur lilit badan janin diukur bagi menentukan perkembangan janin yang normal atau sebaliknya. Melalui ukuran tersebut, doktor dapat menentukan usia kehamilan dan tarikh jangkaan kelahiran.

·      Mengesan Ketidaknormalan - ketidaknormalan pada janin dapat dikesan pada pada awal kehamilan. Selain itu, masalah seperti kematian janin dalam rahim, pergerakan janin ataupun sebarang ketidaknormalan pada rahim dan pelvik dapat dikesan. Dengan ini, tidakan sewajarnya dapat dilakukan segera.

·         Mengenalpasti Kedudukan Uri - kedudukan uri boleh dilihat dan dinilai mengikut tahap kedudukannya. Perkara ini sangat penting kerana kedudukan uri tidak yang normal boleh membahayakan kandungan anda.

·    Hamil Kembar – Kehamilan kembar juga boleh diketahui melalui ujian ini. Sekiranya kehamilan kembar berlaku, anda perlu mendapatkan pemeriksaan antenatal yang lebih khusus.


·          Paras Air Ketuban – mengetahui paras air ketuban adalah satu kemestian. Lebih ataupun kurang dari paras normal boleh mendatangkan kesan kepada kehamilan anda.


No comments:

Post a Comment