"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

19 September 2015

Pemeriksaan Tambahan Ibu Hamil Lewat Usia

Bagi ibu hamil lewat usia iaitu di kalangan wanita yang berusia 35 tahun dan ke atas, anda dikategorikan sebagai ibu hamil yang berisiko. Oleh itu, anda perlu berjumpa doktor dengan lebih kerap bagi menjalani ujian dan pengawasan khusus ke atas diri anda. Anda berisiko untuk mengalami:

·         Benih telur yang tua iaitu boleh mengakibatkan berlakunya kecacatan kromosom pada bayi dalam kandungan.

·           Tekanan Darah Tinggi

·           Diabetes (kencing manis)

·           Pendarahan semasa kehamilan

·         Tumbesaran janin yang terbantut. Ini mengakibatkan saiz bayi kecil sepanjang kehamilan dan berkemungkinan ibu melahirkan bayi pramatang.

·     Buatlah pemeriksaan di klinik berdekatan sebelum 12 minggu usia kandungan supaya pemeriksaan rapi dan rawatan dapat diberikan dengan lebih awal.


Antara ujian tambahan yang mungkin dijalankan ialah:

·           Amniocentesis
·           Nuchal Translucency
·           Imbasan Anamoli Teliti
·           Ujian Modified Glucose Tolerance


Risiko Ke Atas Bayi

Ketahui risiko yang mungkin akan membahayakan kandungan anda. Jika risiko tidak ditangani dengan sewajarnya, bayi berkemungkinan mengalami kecacatan atau kematian dalam kandungan.

Antara petunjuk bagi mengenal pasti kematian bayi dalam kandungan ialah:

·           Tidak merasakan pergerakan bayi dalam kandungan untuk satu tempoh yang panjang.

·           Rahim tidak membesar

·           Tiada degupan jantung atau sebarang pergerakan bayi ketika ujian imbasan dilakukan.


Antara punca-punca kematian bayi dalam kandungan ialah:

·           Komplikasi kesihatan ibu seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis.
·           Kecedaraan bahagian abdomen ibu
·           Masalah uri (plasenta) semasa kehamilan
·           Pendarahan semasa kehamilan
·           Jangkitan virus seperti toxoplasmosis, rubella cytomegalovirus dan herpes.
·           Kecacatan struktur bayi yang membabitkan paru-paru, jantung, otak serta buah pinggang.
·           Masalah kromosom yang tidak normal.


Dianggarkan separuh kematian bayi adalah berpunca dari komplikasi yang berlaku  semasa proses kelahiran. Sebagai panduan bagi mengurangkan risiko bayi lahir mati adalah:

1.      mengawal penyakit diabetes atau darah tinggi

2.      memastikan sudah mendapat pelalian rubella sebelum kehamilan.

3.   Elakkan makan daging mentah, ikan mengandungi merkuri yang tinggi serta makanan mentah yang tercemar.

4.      Memastikan kebersihan tangan selepas melakukan setiap aktiviti.

5.   Elakkan mengambil bahan yang boleh membahayakan kandungan anda seperti rokok, alkohol, dadah dan sebagainya sepanjang kehamilan tersebut.

Bagi memastikan keselamatan ibu dan bayi semasa kelahiran. Antara yang disarankan ialah:

·        Bagi ibu hamil yang mengalami anemia, dapatkan rawatan yang sewajarnya. Begitu juga dengan penyakit-penyakit yang lain.

·  Jangan abaikan pemeriksaan antenatal sepanjang kehamilan. Datang dan buat pemeriksaan antenatal seperti temujanji yang telah ditetapkan.

·           Lakukan pemeriksaan antenatal di tempat yang bertauliah.

No comments:

Post a Comment