"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

13 September 2015

Pemeriksaan Antenatal

LAWATAN KALI PERTAMA yang disarankan untuk pemeriksaan antenatal adalah sebaik sahaja mengetahui diri telah hamil atau kira-kira pada minggu ke 12 kehamilan anda. Seterusnya anda akan diberikan temujanji untuk melakukan pemeriksaan antenatal secara berjadual iaitu sekali sebulan sehingga minggu ke-28. Selepas tempoh tersebut, pemeriksaan antenatal akan menjadi lebih kerap iaitu dua minggu sekali sehingga minggu ke-36, dan pada bulan terakhir kehamilan, pemeriksaan antenatal perlu dilakukan setiap minggu sehingga anda bersalin. Ujian rutin akan dilakukan oleh doktor atau jururawat bagi memastikan kehamilan anda berjalan dengan sempurna.


Perbincangan Pertama

Setiap butiran peribadi dan hal-hal yang berkaitan kesihatan diri akan ditanya oleh doktor atau jururawat yang bertugas sebagai salah satu prosedur untuk memastikan kehamilan anda dan bayi dalam kandungan sihat atau perlu mendapat rawatan dan penjagaan yang sewajarnya. Aktiviti pemeriksaan untuk sesuatu klinik adalah berbeza-beza, namun secara umumnya butiran yang akan ditanya adalah:

·           butir peribadi, seperti tarikh lahir dan pekerjaan anda serta pasangan.

·         negara kelahiran, ini ditanya kerana terdapat beberapa jenis anaemia diwarisi dan hanya mempengaruhi kaum tertentu.

·       kesihatan diri: adakah menghidap penyakit yang serius, pembedahan yang masih dalam tempoh pemulihan, mempunyai sebarang alahan atau sedang mengambil sebarang bahan terlarang antaranya dadah.

·      sejarah kesihatan: adakah terdapat di kalangan ahli keluarga anda dan pasangan yang mempunyai kelahiran kembar atau penyakit keturunan.

·   jenis perancang keluarga yang anda guna sebelum kehamilan serta tarikh terakhir menggunakan kaedah tersebut.

·          kitaran haid: masa bermula, sama ada tetap atau tidak, bila hari pertama kitaran haid anda yang terakhir dan berapa lama tempohnya,

·           adakah anda pernah hamil atau keguguran dan pengguguran sebelum ini.


No comments:

Post a Comment