"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

01 September 2015

Penjagaan Antenatal

Kehamilan adalah detik yang sangat menggembirakan bagi anda dan suami. Namun harus diketahui bahawa tahap kesihatan dan gejala yang bakal dialami oleh ibu hamil perlulah dititikberatkan sepanjang tempoh kehamilan tersebut. Bagi ibu yang tidak mempunyai pengalaman mengenai kehamilan, nasihat dan petunjuk amat diperlukan untuk melahirkan bayi yang sihat dan selamat.

Tanda Awal Kehamilan

Adakah saya hamil?

Ketahui tanda-tanda awal kehamilan:

·           Tidak datang haid
·           Loya, muntah dan pening-pening
·           Berasa lapar
·           Kerap buang air kecil
·           Cepat letih
·           Perubahan pada payudara
·           Emosi terganggu
·           Demam

Sekiranya saya mengalami tanda-tanda awal kehamilan, apa yang patut dilakukan?

Jika anda mengalami tanda-tanda awal kehamilan:

·           Segera ke klinik untuk pengesahan kehamilan dan pemeriksaan kesihatan.


·     Sekiranya disahkan hamil, anda perlu menjalani pemeriksaan secara berjadual di klinik kesihatan atau klinik / hospital swasta secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment