"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

04 September 2015

Pemeriksaan Antenatal Secara Berjadual

Di mana saya boleh buat pemeriksaan antenatal?

Pemeriksaan antenatal boleh dilakukan di klinik kesihatan, klinik desa, atau klinik / hospital swasta berhampiran. Anda disarankan hadir ke klinik mengikut tarikh yang ditetapkan oleh anggota kesihatan.

Bila masa yang sesuai untuk saya mula membuat pemeriksaan antenatal?

Anda perlu hadir ke klinik seawal mungkin iaitu sebaik sahaja mengetahui diri anda telah hamil.

Perlu ke saya pergi ke klinik?

Anda disarankan ke klinik seawal mungkin sebaik-baiknya sebelum usia kandungan mencecah 12 minggu bagi:

·           menilai tahap kesihatan.
·           menjalankan ujian saringan penyakit.
·           diberi vitamin atau suplemen yang berkaitan.
·           diberi pendidikan kesihatan.
·           mengesan masalah kesihatan.

Mengapa saya perlu jalani pemeriksaan antenatal secara berjadual?

Pemeriksaan antenatal berjadual bertujuan untuk memantau tahap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Doktor beritahu ke setiap hasil pemeriksaan kehamilan kepada saya? Kenapa diterangkan kepada saya?

Setiap hasil pemeriksaan kehamilan akan diterangkan dengan jelas kepada anda supaya anda mengetahui tahap kesihatan anda serta bayi. Sekiranya tidak jelas anda perlu bertanya.

Berapa kerap saya perlu hadir ke klinik?

Secara lazimnya, jika anda tiada sebarang masalah kesihatan, anda perlu hadir ke klinik untuk pemeriksaan kehamilan seperti jadual di bawah:

·           Awal kehamilan hingga usia kandungan 27 minggu (sebulan sekali).
·           Usia kandungan 28 minggu hingga 35 minggu (2 minggu sekali).
·           Usia kandungan 36 minggu hingga bersalin (seminggu sekali).

Usia Kandungan
Kekerapan
 Bawah 28 minggu
Sebulan sekali
28 – 35 minggu
Setiap 2 minggu
36 minggu hingga 40 minggu
Seminggu sekali

Ibu hamil mungkin perlu buat lawatan ke klinik lebih kerap sekiranya mengalami masalah
sepanjang tempoh kehamilan.

Jika anda mengalami masalah kesihatan semasa hamil, anda perlu hadir ke klinik dalam kadar segera.

Ada kesan sampingan tak kepada bayi kalau saya scan bayi saya?

Imbasan ultrasound tidak memberi sebarang kesan sampingan terhadap bayi dalam kandungan.

Tanda-tanda yang memerlukan rawatan segera di klinik / hospital

Apa tanda-tanda yang memerlukan saya bertindak segera semasa hamil?

·           Demam yang tinggi.
·           Loya dan muntah yang teruk.
·           Sakit perut yang luar biasa.
·           Pucat
·           Letih lesu
·           Sesak nafas
·           Sakit kepala
·           Penglihatan kabur
·           Sakit ulu hati
·           Kaki bengkak
·           Tiada peningkatan berat badan
·           Peningkatan berat badan berlebihan
·           Pembesaran rahim tidak sepadan dengan jangkamasa kehamilan
·           Janin kurang bergerak atau tidak aktif
·           Sakit bersalin sebelum masa
·           Pecah mentuban sebelum cukup bulan
·           Darah keluar dari faraj (tumpah darah)
·           Jantung berdebar-debar
·           Tidak berdaya untuk melakukan kerja rumah biasa / rutin harian.

Jika ada tanda-tanda di atas, anda hendaklah segera ke hospital supaya pemeriksaan rapi
dan tindakan segera dapat dilakukan.


No comments:

Post a Comment