"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

26 August 2015

Bahaya Stress Pada Kandungan

Di awal tempoh kehamilan, emosi ibu sering menjadi tidak stabil. Adakalanya ibu hamil mudah tersentuh, tersinggung atau membencikan sesuatu tanpa sebab yang jelas. Perkara ini disebabkan perubahan hormon di dalam badan. Stres hanya akan memberi pengaruh yang buruk pada diri dan juga bayi yang dikandung. Antara alternatif untuk menangani stres semasa hamil:


Kenal Pasti Punca Stres

Kenal pasti punca anda stres? Adakah berkaitan masalah kesihatan, masalah peribadi,  atau apa sahaja. Setelah mengetahui puncanya, berbincanglah bagi merungkai permasalahan tersebut. Adalah lebih baik sekiranya anda meluahkan perasaan tersebut daripada menyimpan atau memendam masalah tanpa sebarang penyelesaian.


Berkomunikasi

Bersendirian akan membuatkan anda lebih memendam perasaan. Carilah teman untuk dikongsikan masalah yang anda hadapi. Perkongsian dan sokongan daripada pasangan, keluarga atau teman akan membuatkan anda berasa lebih lega.


Senaman

Senaman ketika hamil terbukti membuatkan badan kekal cergas dan sihat. Selain itu, senaman juga adalah terapi untuk membuatkan mental lebih tenang.


Hindari Perkara Yang Tidak Baik

Jangan cuba hilangkan stres dengan melakukan perbuatan yang membahayakan kandungan seperti menghisap merokok, mengambil alkohol ataupun mengambil bahan terlarang. Carilah alternatif lain yang lebih memanfaatkan diri dan juga kandungan. 


Urutan

Urutan dapat melegakan dan membantu mengurangkan ketegangan pada otot-otot semasa hamil. Urutan dapat mempengaruhi reaksi tubuh terhadap stres dengan menurunkan kadar hormon stres dan memperlambatkan degupan jantung.


Rehat Dan Tenangkan Minda

Dapatkan rehat secukupnya. Lapang dan tenangkan minda anda sambil mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran serta banyakkan berzikir, bertasbih dan bertahmid.


Nasihat Doktor

Berjumpalah dengan doktor sekiranya masalah ini menjadi lebih serius. Sebarang masalah yang dihadapi dapat dinilai untuk tindakan yang sewajarnya.


No comments:

Post a Comment