"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

10 September 2015

Lain Lain Perkara Berkaitan Kehamilan

Pakaian

Jenis pakaian dan kasut yang macamana sesuai untuk saya semasa hamil?

Pakaian yang longgar dan selesa amat sesuai untuk anda semasa hamil. Pastikan kasut juga selesa, elakkan kasut yang bertumit tinggi dan pastikan tapak kasut yang mencengkam.

·    Pakai kasut yang bertumit kurang 1” sebagai langkah keselamatan sepanjang tempoh kehamilan. Bagi mengelakkan anda jatuh.


Ubat-Ubatan

Boleh ke semua ubat saya ambil semasa hamil?

Tidak semua ubat anda boleh ambil semasa hamil. Anda perlu rujuk kepada doktor sebelum mengambil sebarang ubat.

·           Dapatkan nasihat doktor atau kakitangan kesihatan sebelum mengambil sebarang ubatan semasa kehamilan.

Ada tak vitamin yang bagus untuk saya ambil semasa hamil?

Memang ada seperti:

·           asid folik
·           zat besi
·           B complex
·           vitamin C


Rehat

Perlu ke saya rehat secukupnya?

Ya, anda perlu rehat secukupnya bagi mengekalkan tahap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

·           Waktu rehat yang disarankan: sebelum zohor
·     Rancang aktiviti harian anda supaya anda dapat rehat di antaranya. Contoh buat kerja selama 2 jam dan rehat ½ jam.
·    Tidur sekurang-kurangnya 8 jam. Jika anda mengalami gangguan tidur perbanyakkan bacaan quran, solat sunat atau minum segelas susu suam.


Kebersihan Diri

Perlu ke saya jaga kebersihan diri?

Anda perlu menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan jangkitan terhadap ibu dan bayi dalam kandungan. Khususnya kebersihan di bahagian sulit.

·           Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas @ cotton.


Penjagaan Payudara

Kenapa saya perlu menjaga payudara?

Anda perlu menjaga payudara sebagai persediaan untuk menyusu bayi anda kelak.


Macamana saya nak jaga payudara?

Cara terbaik untuk menjaga ialah mencuci puting payudara dengan air bersih dan memakai coli yang sesuai dan selesa.

·           Pakai bra yang sesuai untuk memberi keselesaan pada payudara anda yang membesar.


Penjagaan Emosi

Kenapa saya perlu jaga emosi saya?

Ini bertujuan supaya tidak menjejaskan kesihatan diri anda dan bayi.


Macamana saya nak jaga emosi saya semasa hamil?

Anda perlu sentiasa berfikiran positif dan banyak membaca. Bagi orang Islam, tunaikan solat lima waktu dan banyakkan berdoa.

·       Perbanyakkan bacaan quran, doa dan sembahyang sunat hajat dan tahajjud.Insyaallah akan
      memberi anda ketenangan dan kemudahan dalam melakukan urusan.


No comments:

Post a Comment