"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

22 September 2015

Kecacatan Dapat Diatasi, Sekiranya....

Masalah kecacatan bayi boleh dielak atau dikurangkan sekiranya perancangan awal kehamilan dilakukan oleh setiap pasangan. Mengetahui gejala dan penyebab kepada kecacatan akan membuatkan pasangan akan lebih berhati-hati dalam merancang kehamilan. Oleh itu, rancanglah kehamilan sebaiknya seawal tempoh 3 bulan sebelum kehamilan anda. Ingat! Kecacatan sering terjadi pada peringkat awal kehamilan kerana pada tempoh inilah proses tumbesaran bayi sedang giat berlaku. Kecacatan bayi juga sering dikaitkan dengan berlakunya kematian bayi. Kecacatan dapat dikategorikan kepada 2 jenis:


Kecacatan Fizikal Atau Struktur

Keadaan ini merujuk kepada kekurangan sebahagian anggota tubuh atau terdapatnya keabnormalan struktur luaran seperti jantung dan kaki.


Kecacatan Genetik

Perkara ini seringkali dikaitkan oleh masalah keturunan dan juga ibu hamil lewat usia. Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan ini, seharusnya anda perlu berbincang dengan doktor untuk mengelakkan bayi dalam kandungan daripada mengalami sebarang keabnormalan.

Manakala bagi yang mengalami penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, tiroid, sawan dan sebagainya, dapatkan pandangan doktor sebelum merancang kehamilan. Ingat! tindakan sambil lewa boleh mengakibatkan kecacatan kepada bayi. Terdapat beberapa ujian saringan yang boleh dilakukan, antara ujian yang boleh anda jalani untuk mengesan kecacatan yang mungkin mengenai bayi ialah:


Ujian Saringan Pembawa

Ujian ini dapat menentukan gen rosak yang boleh mengakibatkan penyakit keturunan seperti hemofilia, distropi muskular duchenne dan lain-lain. Sampel darah dan air liur akan diambil untuk diuji. Ujian ini tidak berbahaya kepada anda dan boleh dilaukan sebelum, semasa mahupun selepas kehamilan.


Ujian Imbasan (Ultrasound)

Boleh dilakukan sepanjang tempoh kehamilan. Struktur dan organ bayi dapat dilihat dengan jelas melalui ujian ini. Sekiranya terdapat sebarang keabnormalan pada kandungan, ujian imbasan lanjutan akan dilakukan.


Ujian Darah Ibu

Untuk menentukan sama ada bayi berisiko menghidap penyakit seperti kecacatan tiub neural, kecacatan dinding abdomen, sindrown down dan sebagainya. Jika anda mempunyai sejarah lampau yang pernah melahirkan bayi cacat, anda dinasihatkan untuk menjalani ujian khusus bagi mengesahkan keselamatan bayi yang dikandung.


Ujian Saringan Trimester Pertama

Dilakukan ketika kandungan anda berusia di antara 10 ke 14 minggu. Ujian ini bertujuan untuk mengesan kecacatan bayi seperti sindrom down dan kecacatan jantung.


No comments:

Post a Comment