"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

07 September 2015

Pemakanan Ketika Hamil

Mengapa saya perlu makan secara sihat semasa hamil?

Anda perlu amalkan pemakanan sihat untuk:

·           memastikan perkembangan bayi yang sihat

·           mengekalkan kesihatan ibu

·          memenuhi keperluan nutrein dan memastikan pertambahan berat badan yang bersesuaian semasa hamil.


Jenis makanan macamana yang berkhasiat untuk saya?

Anda perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan semasa hamil.

Berapa kerap saya perlu makan dalam sehari dan jumlah makanan yang perlu diambil?

Anda perlu makan pada setiap kali waktu dengan mengambil makanan yang seimbang.

Ada tak makanan yang perlu saya makan lebih semasa hamil?

Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrein seperti:

·           Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
·           Vitamin A (hati, susu, telur)
·           Vitamin B Kompleks (hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
·           Vitamin C (jambu, betik dan limau)
·           Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati, kacang)

Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh doktor atau pakar pemakanan).

Ada tak makanan yang perlu saya elak semasa hamil?

Anda perlu elakkan makanan seperti berikut:

·           Makanan mentah seperti sushi
·           Daging mentah atau separa mentah
·           Makanan yang tercemar dengan merkuri
·           Makanan beralkohol
·           Makanan herba
·           Minuman kafein

Boleh ke saya amalkan atau elakkan makanan mengikut kepercayaan adat resam?

Boleh, tetapi jangan sampai membahayakan kesihatan anda dan bayi.

·        Pemakanan amat penting dan perlu di jaga oleh ibu bagi menjamin kesihatan bayi dalam kandungan.

·           Contoh Diet yang disyorkan:

-       Nasi – 1 ½ hingga 2 cawan 3 x sehari
-       Lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau seperti sawi, pucuk paku, pucuk Manis
-       Pelbagai sumber protein seperti daging, ikan, ayam, telur dan hasil laut.
-       Lebihkan pengambilan air masak ( 6 – 8 gelas sehari)
-  Jika lapar di antara waktu malam anda boleh mengambil snek seperti susu skim/rendah lemak bersama biskut krakers ( 3 – 6 keping @ Roti 1 @ 2 keping).

·           Sumber makanan yang Kaya dengan zat besi:

-       Daging, telur, ikan dan makanan laut:
Hati lembu, hati ayam, peparu, ikan cencaru, kuning telur
-       Sayur-sayuran:
Pucuk paku, pucuk keledek, kacang buncis, bayam merah, Ubi kentang, ubi keledek.
-       Bijirin, kacang dan kekacang:
Beras perang, Kacang kuda, kacang hijau dan merah, kacang soya
-       Buah-buahan:
Buah-buahan kering seperti prun, kismis dan kurma.

·           Cuba tingkatkan Penyerapan Zat Besi dengan cara berikut:

-    Lebihkan pengambilan makanan yang boleh meningkatkan penyerapan zat besi dalam menu harian.
-      Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya vitamin C seperti jambu batu, limau, betik, kentang, ubi keledek, Jus buah-buahan.
-       Pencecah seperti air asam jawa, sambal mangga atau tomato atau hirisan limau.


No comments:

Post a Comment