"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

06 August 2015

Ujian Kehamilan Di Rumah

Bagi wanita yang menggunakan alat ujian kehamilan sendiri di rumah, jika ingin melakukan ujian kehamilan sebaiknya jangan dilakukan terlalu awal seperti terlewat datang haid 1 atau 2 hari, ini seringkali akan memberikan keputusan yang negatif (tidak hamil). Sebaiknya lakukan ujian ini setelah terlewat dua minggu untuk mengesahkan kehamilan anda.

Sekiranya positif, segeralah membuat temu janji dengan doktor untuk merancang penjagaan antenatal yang sempurna untuk bayi anda. Perlu diingat, tempoh 2 hingga 8 minggu pertama kehamilan merupakan waktu yang sangat penting untuk perkembangan janin. Ketika ini, organ-organ bayi seperti jantung dan saraf mula terbentuk. Bagi memberikan permulaan terbaik untuk bayi, anda perlulah memastikan bahawa anda mendapat khasiat dan vitamin yang secukupnya serta menghindarkan diri daripada tabiat dan keadaan yang mungkin boleh menjejaskan perkembangan janin.

Tip Menggunakan Kit Kehamilan

·           Lihat tarikh semasa anda melakukan ujian kehamilan.

·           Elakkan menyimpan kit kehamilan yang belum digunakan di tempat yang lembap atau panas (bilik mandi). Sebaiknya simpan pada suhu bilik.

·           Baca dan fahami arahan penggunaan kit kehamilan. Pastikan anda mengikuti seperti arahan yang tertera.

·           Sebaik-baiknya ujian ini dilakukan pada air kencing anda yang pertama iaitu sebaik bangun dari tidur.

·           Periksa dan baca keputusannya selepas 5-10 minit.


No comments:

Post a Comment