"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

04 August 2015

Ujian Air Kencing

Untuk mendapatkan keputusan kehamilan yang tepat, ujian air kencing (pregnancy test) boleh dilakukan. Untuk menjalankan ujian ini, anda memerlukan alat penguji kehamilan (kit kehamilan). Kit kehamilan ini boleh didapati di pusat kesihatan atau farmasi-farmasi. Ujian ini juga boleh dilakukan sendiri di rumah. Kit ujian ini mengandungi larutan kimia yang perlu dicampurkan dengan beberapa titis air kencing anda bagi menperolehi keputusan ujian kehamilan yang dilakukan. Perubahan warna pada kit tersebut akan menentukan sama ada kehamilan telah berlaku ataupun sebaliknya.

Kadar HCG (human chorionic gonadotrophin) akan diukur melalui sumber yang terdapat di dalam air kencing. Ia adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon ini akan meningkat dalam air kencing serta darah di awal minggu kehamilan. Ini bermakna, jika anda hamil, alat ini dapat mengesan kehadiran hormon tersebut di dalam air kencing tersebut. Jika kehadiran hormon ini dapat dikesan, maka keputusan ujian akan menunjukkan anda positif hamil.

Untuk mendapatkan keputusan yang tepat, anda disarankan menguji air kencing yang terawal pada waktu pagi sebaik bangun dari tidur. Ini adalah kerana jumlah hormon yang terdapat pada waktu itu sangat tinggi.

Namun kadang kala terdapat kemungkinan berlakunya keputusan ujian yang sedikit mengelirukan. Ini disebabkan proses kehamilan adalah berbeza antara satu sama lain. Untuk pengesahan kehamilan selanjutnya, ada baiknya ujian ini dilakukan oleh doktor. Selepas 4 atau 6 minggu, doktor boleh membuat pemeriksaan secara fizikal untuk menentukan kehamilan anda. Sekiranya dinding vagina menebal dan uterus semakin lembut, memang sah anda sememangnya telah hamil.Tahniah!


No comments:

Post a Comment