"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

08 August 2015

Tahniah, Anda Hamil

Tahniah! Ini merupakan pengalaman indah anda. Anda bakal bergelar seorang ibu. Antara perkara-perkara yang perlu anda lakukan:

·           Ketahui berat badan sebelum kehamilan. Kekalkan kecergasan badan, maklumkan segala maklumat kesihatan anda. Mengambil supplemen yang sesuai dengan kehamilan.

·           Jangan ambil sebarang pil sebelum mendapatkan nasihat daripada doktor. Ini dikhuatiri pil tersebut boleh memudaratkan perkembangan bayi. Jika anda menghidapi penyakit tertentu yang memerlukan pengambilan ubat, maklumkan kepada doktor, agar anda diberi ubat alternatif yang selamat sepanjang kehamilan anda.

·           Jangan merokok kerana berisiko menyebabkan keguguran, stillbirth, malformed baby, atau mati selepas dilahirkan. Elakkan pengambilan alkohol yang berisiko membantutkan pembesaran bayi sebelum dan selepas kelahiran.

·           Amalkan diet seimbang dan gaya hidup sihat seperti berfikiran positif, elak stres dan kekalkan kecergasan dengan melakukan senaman mudah seperti berjalan atau berenang sekurang-kurangnya 20 minit sehari untuk mendapatkan kesihatan yang maksimum.

·           Jaga berat badan anda ketika hamil. Tetapi, elakkan sama sekali berdiet sepanjang kehamilan kecuali atas arahan doktor. Berdiet akan mengakibatkan ketidakseimbangan nutrien dalam badan.

·           Jangan lakukan kerja berat tetapi jangan terlalu memanjakan diri anda. Pergerakkan ringan serta berterusan diperlukan oleh badan bagi memudahkan otot-otot anda melalui proses kelahiran kelak.

·           Lakukan sujud syukur, solat hajat, berdoa dan bertawakal mudah-mudahan Allah mempermudahkan sepanjang tempoh kehamilan dan proses kelahiran kelak serta dijauhkan dari segala penyakit berbahaya.


Badi

Ia merupakan suatu kepercayaan karut dan seharusnya tidak dipercayai langsung. Jangan percaya kecacatan kepada bayi anda akan terjadi disebabkan oleh perlakuan tertentu kerana pengaruh sesuatu kepercayaan. Tiada nas-nas yang mengaitkan kecacatan atau  jangkitan kepada bayi di dalam rahim disebabkan oleh berlakunya badi. Malah tiada bukti saintifik yang boleh dikaitkan dengan badi. Sebagai penganut agama Islam, perkara begini seharusnya tidak jadikan suatu kepercayaan, kerana ia boleh merosakkan akidah.


No comments:

Post a Comment