"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

02 August 2015

Tanda-Tanda Awal Kehamilan

Adalah lebih mudah untuk mengesan kehamilan sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang teratur setiap bulan. Namun, tidak semua wanita begitu. Kitaran haid yang tidak teratur sering menyukarkan anda untuk menentukan kehamilan. Perlu diketahui, terdapat tanda-tanda lain yang boleh anda perhatikan. Bagaimana? Jom terokai tanda-tanda ini:


Tidak Datang Haid

Jika kehamilan berlaku, anda pasti tidak akan mengalami haid sepanjang tempoh kehamilan tersebut. Ini disebabkan oleh dinding rahim anda sedang dipersiapkan untuk proses kehamilan. Ingat! adalah penting untuk anda mengetahui Hari Pertama, Haid Terakhir anda. Tarikh ini penting untuk menentukan usia kandungan dan juga untuk tujuan mengira tarikh jangkaan bersalin. Namun, haid tidak datang mungkin juga disebabkan oleh perkara-perkara lain seperti terlalu sibuk dengan sesuatu urusan, berkeadaan risau ataupun sakit. Untuk kepastian, disarankan berjumpalah doktor anda untuk pengesahan.


Cepat Letih

Menjadi cepat letih terutamanya pada waktu siang hari. Ini terjadi disebabkan tubuh anda menerima tambahan bebanan semasa kehamilan. Oleh itu, anda akan cepat letih. Jadi, cuba dapatkan rehat secukupnya. Cari dan peruntukkan waktu untuk anda berehat walaupun sekejap di siang hari. Di samping itu peningkatan kadar hormon progesteron di awal kehamilan menyebabkan anda alami rasa mengantuk serta tidak bertenaga seperti kebiasaan. Rehatlah dan tidur seketika untuk mengembalikan kecergasan badan.


Pening Kepala Dan Muntah-Muntah

Pada peringkat ini, tanda-tanda awal kehamilan seperti berasa loya (mual), ingin muntah atau mengalami alahan kepada bau makanan seringkali akan dialami oleh ibu hamil. Ini disebabkan perubahan hormon yang berlaku di dalam badan. Perkara ini dikenali sebagai “morning sickness”. Mual dan muntah sering dialami pada sebelah pagi di minggu-minggu awal kehamilan. Bagi mengekalkan tenaga ibu hamil, jangan sesekali membiarkan perut kosong. Disarankan jangan makan terlalu banyak, cuba makan sedikit-sedikit tetapi makan lebih kerap. Disamping itu, elakkan mengambil makanan yang kaya dengan lemak. Selain mengalami mual dan muntah, anda juga mungkin berasa hendak pitam atau pening-pening.


Perubahan Payudara

Urat-urat akan lebih jelas kelihatan di payudara sekiranya anda hamil. Bagi menggurangkan keanjalan payudara, anda disarankan menggunakan coli sokongan sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah selepas bersalin kelak. Payudara akan membengkak, lembut dan kadang kala berdenyut-denyut. Selain itu, perubahan akan berlaku pada puting payudara anda, ia menjadi lebih gelap. Payudara mudah terasa sakit apabila disentuh. Ini terjadi kerana faktor hormon yang kebiasaannya terjadi setelah haid mulai lambat. Rasa sakit ini agak serupa dengan kesakitan yang dialami ketika datang haid.


Selera Makan Terganggu & Mengidam

Mengidam merupakan perkara biasa yang berlaku kepada ibu hamil. Perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh ibu kadang kala membuatkan anda menginginkan makanan-makanan tertentu. Mengidam sering dialami pada awal kehamilan sahaja. Selain daripada mengidam, terdapat juga di kalangan ibu hamil yang mengalami masalah untuk makan. Mereka seolah-olah hilang selera terhadap sesuatu makanan. Punca masalah ini seringkali dikaitkan kerana kekurangan zink dalam tubuh. Adakalanya sesetengah makanan, bau atau rasa makanan menjadi ganjil buat si ibu. Sebagai penyelesaian, pastikan anda mengambil bekalan zink yang secukupnya.


“Moody”

Ibu hamil mungkin cepat tersentuh, mudah terasa, mudah marah malah lebih teruk lagi berasa dingin untuk melakukan hubungan seks bersama suami.


Kerap Buang Air Kecil

Apabila rahim semakin membesar, ia akan menekan pundi kencing. Perkara ini akan membuatkan ibu hamil akan kerap untuk membuang air kecil. Gejala ini akan dialami sepanjang tempoh kehamilan kelak. Namun akan berkurangan seketika selepas minggu ke12 dan berlaku semula pada minggu ke 28 kehamilan.


Suhu Tubuh

Suhu badan akan meningkat daripada biasa di awal tempoh kehamilan. Keadaan ini akan membuatkan anda mungkin berasa panas dan sering berpeluh. Ketidakselesaan ini membuatkan ibu hamil selalu ingin berasa dingin dan duduk di depan kipas.


Pendarahan

Pada hari ke10 hingga hari ke13 setelah berlakunya persenyawaan benih, mungkin terdapat beberapa titisan darah kecil pada seluar dalam anda. Jika kuantitinya sedikit serta warnanya juga agak pudar berbanding darah haid, jangan keliru dan menyangka ia adalah darah haid. Ini terjadi disebabkan berlakunya pendarahan kecil semasa proses benih tertanam pada rahim.


Setiap wanita mempunyai tanda-tanda kehamilan yang berbeza-beza antara satu sama lain. Ada yang teruk mengalami alahan sepanjang tempoh kehamilan manakala ada pula yang langsung tidak mengalami sebarang masalah. Jika tanda-tanda tersebut masih belum anda alami, maka anda dapat memastikannya dengan ujian lain.


No comments:

Post a Comment