"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

31 July 2015

Segalanya Telah Tertulis

Firman Allah:

“Milik Allahlah kerajaan langit dan bumi; Dia menciptakan apa yang Dia kehendakki, memberikan anak perempuan kepada siapa yang dia kehendakki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendakki.”

(Surah Al-Syura: 48)

Firman di atas jelas menyebut kehadiran cahaya mata sama ada lelaki atau perempuan adalah ketentuan-Nya. Manusia hanya mampu berusaha, berikhtiar dan perlu berserah kepada-Nya. Malah hal zuriat sudahpun tertulis di Lauh Mahfuz dan suratan takdir Ilahi hendaklah diterima dalam hal berkaitan jantina anak. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan firman Allah dalam Surah Luqman, ayat 34 yang bermaksud:

“Sesungguhnya di sisi Allah ilmu tentang hari kiamat; dan dia yang menurunkan hujan dan yang mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakan esok.”

Dalam ayat ini jelaslah manusia sememangnya tidak mengetahui dengan pasti apa yang akan diusahakan esok atau apa yang bakal diperoleh namun demikian mereka diwajibkan berusaha. Begitulah halnya dengan memilih jantina anak, tiada siapa yang boleh menentukannya kecuali Allah Maha Esa.


No comments:

Post a Comment