"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

10 August 2015

Keadaan-Keadaan Bahaya Semasa Hamil.

1.    Umur dan ketinggian ibu
·       berumur di bawah 19 tahun
·       mengandung sulung ketika usia 35 tahun
·       berumur melebihi 40 tahun
·       ketinggiannya 140cm dan ke bawah

2.    Bilangan Kandungan
·       kandungan yang ke 5 atau lebih

3.    Jarak Kelahiran
·       kurang dari 2 tahun atau 5 tahun ke atas

4.    Masalah pada kandungan yang lalu,
·       tumpah darah semasa mengandung
·       tumpah darah selepas bersalin
·       anak mati dalam perut
·       keguguran berturut-turut lebih dari 2 kali
·       kelahiran melalui pembedahan

5.      Penyakit - ibu mungkin mengidap
·       kencing manis, darah tinggi, sakit jantung
·       kurang darah dan sebagainya

6.      Kandungan bermasalah
·       kembar
·       kedudukan janin songsang, serong atau melintang
·       kandungan lebih besar/kecil dari yang dijangkakan
·       janin kurang atau berhenti gerak

7.      Pendarahan semasa mengandung

8.    Darah tinggi semasa mengandung
·       tekanan darah tinggi
·       kencing kotor, kaki bengkak
·       termasuk sakit kepala, pening, mata berpinar, muntah atau sakit ulu hati


Langkah-langkah Yang Patut Ibu Hamil Ambil.

Jika terdapat keadaan-keadaan seperti 1 - 8.

1.    Dapatkan pemeriksaan dan rawatan SEGERA dari:
·       Klinik Ibu dan Anak Kerajaan atau Klinik Desa
·       Klinik Kesihatan
·       Hospital Yang berhampiran

2.    Ikut sepenuhnya nasihat yang diberikan oleh kakitangan di :
·       Klinik Ibu dan Anak Kerajaan atau Klinik Desa
·       Klinik Kesihatan
·       Hospital

3.    Bersalin di Hospital

No comments:

Post a Comment