"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

22 August 2015

Kenali Perubahan Diri

Ketahuilah, tubuh badan anda akan mulai menunjukkan perubahan sedikit demi sedikit, hari demi hari. Cuba perhatikan, kini anda sememangnya telah berubah. Inilah yang dikatakan sebagai pergorbanan ibu dalam mengharungi tempoh kehamilan yang mendatang demi seorang cahaya mata. Terdapat banyak perubahan yang akan anda alami sepanjang tempoh tersebut. Jom kenali perubahan ini:


Berpeluh

Anda akan mudah berpeluh. Ini disebabkan suhu badan anda semakin meningkat berbanding sebelumnya. Sekiranya anda berkulit sensitif, berpeluh boleh mengakibatkan masalah ruam pada anggota badan serta masalah gatal-gatal. Pastikan kebersihan diri sentiasa dititikberatkan dan juga elakkan kulit lembap supaya masalah kulit tidak berlaku.


Payudara

Apabila anda hamil, payudara akan mula menjadi lebih besar dari sebelumnya. Manakala di bahagian aerola pula berubah menjadi lebih gelap. Bertukarlah kepada saiz coli yang lebih sesuai. Ini untuk memastikan coli tersebut berfungsi sebaiknya serta tidak memberi tekanan kepada payudara anda.


 “Stretch Mark”

Apabila bayi anda semakin membesar di dalam kandungan, kulit bahagian perut akan turut meregang hingga kelihatan tanda-tanda seperti kulit bercalar atau bergaris. Tanda ini dikenali sebagai stretch mark. Bagi mengatasi masalah ini, anda disarankan agar menggunakan pelembap yang sesuai digunakan ketika kehamilan seperti losyen khas untuk stretch mark, minyak zaitun dan sebagainya. Ini sebagai alternatif untuk mengurangkan tanda yang dialami disamping dapat meredakan rasa gatal pada bahagian tersebut.


Kulit Wajah

Masalah kulit berbintik, bertompok atau mengelupas sering dialami oleh ibu hamil. Bahagian kulit yang sering mengalami masalah ialah hidung, dahi dan pipi. Masalah ini seringkali dikaitkan dengan perubahan hormon yang terjadi pada kulit wajah. Jangan risau! Masalah ini hanyalah sementara dan ia akan beransur hilang apabila anda bersalin kelak.


Kekurangan Kalsium

Kalsium sangat penting sepanjang tempoh kehamilan. Sepanjang kehamilan bekalan kalsium di dalam tubuh ibu juga akan dikongsi bersama oleh bayi dalam kandungan. Proses pembesaran bayi dalam kandungan sangat memerlukan kalsium yang dibekalkan oleh ibunya. Jika ibu tidak mempunyai bekalan kalsium yang mencukupi, bayi dalam kandungan akan mendapatkan kalsium daripada tulang dan gigi ibu. Sekiranya perkara ini berlaku, ibu hamil mudah mengalami masalah kerosakan gigi dan masalah tulang.


Sukar Tidur

Masalah sukar tidur adakalanya dialami oleh ibu hamil. Perkara ini terjadi disebabkan berlakunya perubahan fizikal dan emosi ibu hamil. Sekiranya perkara ini berlanjutan serta merisaukan anda, segera dapatkan rawatan. Ini dikhuatiri mengganggu kesihatan diri serta bayi dalam kandungan.


Sembelit

Sembelit atau masalah susah buang air besar adalah perkara normal yang akan dialami oleh ibu hamil. Perubahan hormon yang berlaku menyebabkan najis menjadi keras. Selain itu, sembelit boleh berlaku sekiranya ibu hamil suka melengah-lengahkan masa untuk ke tandas. Oleh itu anda disarankan makan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.


No comments:

Post a Comment