"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

20 August 2015

Kehamilan Lewat Usia

Bagi wanita yang hamil ketika berusia 35 tahun dan ke atas, anda dikategorikan sebagai ibu hamil berisiko. Ini disebabkan, kehamilan pada usia sebegini akan mengundang pelbagai masalah kesihatan buat ibu tersebut. Bagi ibu yang tergolong dalam kategori ibu hamil berisiko perlu mendapatkan penjagaan antenatal yang khusus.

Bagi wanita hamil yang berusia 35 tahun ke atas, mereka wajib menjalani satu ujian khusus iaitu ujian amniocentesis. Ujian ini bertujuan untuk mengesan sebarang masalah berkaitan kandungan kromosom yang terjadi pada janin. Secara prosedurnya, jarum akan ditusuk ke dalam perut ibu hamil untuk mendapatkan sedikit air ketuban sebagai sampel untuk menilai kandungan kromosom. Ujian ini selalunya dilakukan oleh doktor apabila janin berusia antara 16-20 minggu.


Perlu diketahui bahawa, ibu hamil lewat usia juga sering mengalami masalah bayi songsang atau melintang dalam kandungan. Ingat! jangan sesekali berurut untuk ubah kedudukan bayi dalam kandungan kerana ia berisiko tinggi. Bayi mungkin mengalami lemas akibat terbelit tali pusat. Sekiranya perkara ini berlaku, selalunya ibu hamil akan dinasihatkan menjalani proses kelahiran secara pembedahan. Namun sekiranya proses kelahiran normal yang dipilih, adakalanya doktor terpaksa melakukan forsep jika bayi masih gagal dikeluarkan.

Selain daripada masalah di atas, ibu hamil lewat usia juga sering melahirkan bayi pramatang. Bayi pramatang seringkali mengalami masalah kurang berat badan dan juga bersaiz kecil. Perkara ini terjadi disebabkan ibu hamil lewat usia mempunyai masalah uri yang lemah. Masalah uri lemah boleh menyebabkan pendarahan yang serius, namun ia boleh diatasi dengan menjalankan pembedahan.


No comments:

Post a Comment