"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

18 August 2015

KEHAMILAN YANG BERISIKO

Saat kehamilan merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup seorang wanita NAMUN perlu diingat bahawa anda mungkin tergolong dalam kumpulan berisiko ketika hamil. Berisiko membawa maksud kesihatan ibu dan bayi yang dikandung mungkin terancam. Risiko-risiko tersebut boleh dikenalpasti dan dirawat melalui penjagaan khusus ketika pemeriksaan antenatal ibu hamil yang sempurna dan teratur oleh anggota kesihatan terlatih.

Ibu Hamil Yang Tergolong Dalam Kumpulan Berisiko:

1.      Kehamilan Yang Pertama
2.      Hamil kali ke 6 atau lebih
3.      Ibu Remaja (Umur kurang dari 19 tahun)
4.      Ibu Lewat Usia (Umur lebih dari 40 tahun)
5.      Kehamilan Sulung Pada Usia 35 tahun atau lebih
6.      Jarak Kehamilan kurang dari 2 tahun atau lebih dari 5 tahun
7.      Mempunyai Sejarah Buruk Pada Kehamilan Yang Lepas
8.      Penyakit-penyakit sebelum dan semasa hamil
9.      Mengalami Pendarahan Semasa Hamil
10.   Kehamilan Kembar
11.   Kedudukan Janin Luar Biasa
12.   Anaemia (Kekurangan Darah)
13.   Kelahiran Tidak Cukup Bulan (Bayi Pramatang)
14.   Pecah Mentuban Awal

Kenapa Keadaan Ini Meningkatkan Risiko Ibu Hamil?

Kehamilan Pertama

Ini merupakan pengalaman pertama buat si ibu. Tidak mempunyai pengalaman dan tidak pernah melalui proses bersalin.


Hamil Kali Ke 6 atau Lebih

Wanita yang hamil untuk kali yang ke enam atau lebih, didapati mudah mengalami komplikasi ketika kehamilan seperti pendarahan, tekanan darah tinggi, pucat, masalah kedudukan janin seperti songsang dan melintang.


Faktor Usia

Usia dan kehamilan juga mempengaruhi tahap kesihatan ibu. Ibu hamil pada lingkungan usia remaja (bawah umur 19 tahun) atau usia yang telah menjangkau melebihi dari 35 tahun lebih kerap menghadapi komplikasi kehamilan. Ibu yang tergolong dalam kategori usia ini perlu mendapatkan penjagaan antenatal yang khusus.


Jarak Kelahiran

Tahap kesihatan dan kecergasan ibu memainkan peranan yang penting untuk melahirkan bayi yang sihat. Tahap kesihatan ibu dan anak dapat dipertingkatkan sekiranya ibu menjarakkan kehamilan antara dua atau tiga tahun. Jarak tersebut dikatakan baik untuk ibu setelah pulih sepenuhnya dari kehamilan yang lepas serta berada pada tahap kesihatan dan kecergasan yang optimum. Selalunya pada jarak ini wanita sudah bersedia sepenuhnya untuk kembali hamil.


Sejarah Kehamilian Lalu Yang Bermasalah

Masalah yang sama mungkin berulang lagi pada kehamilan kali ini. Pastikan anda memaklumkan kepada anggota kesihatan yang memeriksa anda.


Penyakit-penyakit sebelum dan semasa hamil

Terdapat penyakit-penyakit yang sedang anda alami akan menjadi semakin serius apabila anda hamil. Oleh itu, anda disarankan memaklumkan kepada doktor yang merawat agar pengawasan yang lebih teliti dapat dilakukan. Antara masalah kesihatan yang dialami adalah seperti tekanan darah tinggi, lelah, penyakit jantung, kencing manis, sakit buah pinggang, dan sebagainya.


Mengalami Pendarahan Semasa Hamil

Jika mengalami pendarahan yang luar biasa semasa kehamilan, segeralah ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan ibu dan kandungan tersebut.


Kehamilan kembar

Masalah bagi ibu yang mengalami kehamilan kembar ialah kerap berlakunya kelahiran tidak cukup bulan (bayi pramatang) serta berlakunya komplikasi tumpah darah selepas bersalin.


Kedudukan Janin Luar Biasa

Ibu akan melalui proses kelahiran yang sukar dan adakalanya memerlukan kelahiran secara pembedahan sekiranya ibu mengalami kedudukan janin luar biasa seperti kedudukan songsang dan melintang.


Anaemia (Kekurangan Darah)

Ibu hamil akan mengalami kepucatan kerana sel darah merah tidak mendapat zat folat dan zat besi yang sepatutnya. Cegah anaemia dengan mengamalkan diet sihat dan seimbang serta pelbagaikan sumber nutrien dengan pengambilan vitamin, zat besi dan sebagainya mengikut arahan doktor.


Kelahiran tidak cukup bulan (Bayi Pra Matang)

Ibu dan bayi memerlukan rawatan rapi di hospital.


Pecah Mentuban sebelum masa

Pecah air ketuban awal dari masanya boleh mendedahkan ibu dan bayi kepada jangkitan kuman. Disarankan segera ke hospital jika perkara ini berlaku untuk dapatkan rawatan.


Tanda-tanda AMARAN semasa HAMIL

AWAS sekiranya tanda-tanda ini berlaku kepada anda:

·           Demam yang tinggi
·           Sakit bersalin sebelum masa
·           Pecah mentuban bila-bila masa
·           Bengkak kaki
·           Letih lesu
·           Sesak nafas
·           Sakit kepala
·           Pucat
·           Penglihatan kabur
·           Sakit ulu hati
·           Loya dan muntah-muntah yang teruk
·           Tiada peningkatan berat badan
·           Peningkatan berat badan yang berlebihan
·           Janin kurang bergerak atau tidak aktif
·           Pembesaran rahim tidak sepadan dengan jangkamasa kehamilan
·           Darah keluar dari faraj

Langkah-langkah yang harus dilakukan jika terdapat TANDA-TANDA AMARAN

·           Sekiranya berlaku tanda-tanda ini, disarankan lakukan pemeriksaan kesihatan segera.

·           Ikuti dengan setiap arahan serta panduan yang diberikan oleh doktor dan jururawat.

·           Berbincang dan dapatkan maklumat lanjut dari doktor yang merawat berkaitan masalah kesihatan yang dialami.

·           Bersalin di Hospital

Mengambil langkah berjaga-jaga lebih awal dan mendapatkan khidmat dari anggota kesihatan adalah penting untuk Kehamilan Yang Selamat.


No comments:

Post a Comment