"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

16 August 2015

Mengira Tarikh Kelahiran

Kira Tarikh Kelahiran

Jangka masa kehamilan adalah selama 266 hari, dikira dari mula bayi dikandung sehingga dilahirkan. Kemungkinan besar waktu kehamilan anda ialah pada masa anda mengovum. Dalam satu kitaran 28 hari yang biasa, ini berlaku kira-kira 14 hari sebelum kedatangan kitaran haid yang berikutnya. Oleh itu untuk mengira tarikh kelahiran secara kasar, kira 280 hari (266 campur 14) daripada hari pertama kitaran haid anda yang terakhir. Anda perlu ingat bahawa ini hanya satu panduan. Walaupun purata kehamilan ialah 40 minggu, namun jangka masa kehamilan yang biasa ialah dari 38 ke 42 minggu.

Kalendar Kelahiran (Contoh Kalendar Kehamilan Akan Saya Beri Kemudian)

Anda boleh menggunakan kalendar kehamilan ini untuk mengira tarikh jangkaan kelahiran. Apa yang anda perlukan ialah mengingati tarikh terakhir haid anda. Contohnya, jika tarikh hari pertama haid terakhir anda adalah pada 01 Januari 2013 maka tarikh jangkaan bersalin ialah pada 08 Oktober 2013. Namun begitu, hanya lima peratus bayi yang lahir tepat mengikut tarikh jangkaan. Yang lainnya, mungkin dilahirkan tiga minggu sebelum tarikh jangkaan ataupun lewat dua minggu daripada yang dijangka.
           
Formula Kira Tarikh Lahir Anak:
·           +7 +9 (Bagi Bulan Januari – Mac)
·           +7  -3 (Bagi Bulan April  - Disember)

Contoh 1:
  Tempoh haid 01 Januari 2013 – 07 Januari 2013 (Kebiasaan 7 Hari Period)
Tarikh Hari Pertama Haid Terakhir adalah  01 Januari 2013 diambil sebagai      tarikh haid akhir.
01.01.2013
+7.+9.
              08.10.2013

Contoh 2:
  Tempoh haid 01 April 2013 – 07 April 2013 (Kebiasaan 7 Hari Period)
Tarikh Hari Pertama Haid Terakhir adalah  01 April 2013 diambil sebagai  tarikh haid akhir.
01.04.2013
+7.-3.
              08.01.2014
           

Selain pengiraan tarikh pertama haid terakhir, terdapat dua cara lain yang boleh digunakan:

·           Pemeriksaan Ujian Imbasan
·           Pemeriksaan Saiz Rahim


No comments:

Post a Comment