"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

12 August 2015

Nasihat Untuk Ibu-ibu Mengandung

1.    Melawatlah klinik pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan atau segera bila bermasalah.

2.    Membawa kad merah kecil di mana puan pergi

3.    Lawatlah klinik seawal yang boleh atau semasa usia kandungan 10minggu – 12minggu.

4.    Makanlah makanan seimbang dan berkhasiat, untuk memastikan ibu dan kandungan yang sihat.

Makanan yang seimbang untuk puan mesti mengandungi seperti berikut:

Makanan yang kaya dengan protein, untuk membina tisu tumbesaran seperti ikan, ayam, daging, telur, soya, susu, keju dan kekacang.

Makanan yang kaya dengan zat besi seperti Kerang, hati ayam, lala, bayam dapat membantu menambahkan kepekatan darah dan Vitamin C membantu penyerapan zat besi seperti Jambu batu paling banyak vitamin C dan perlu di ambil setiap hari.

Makanan yang mengandungi karbohidrat dan lemak, untuk tenaga dan pergerakkan tubuh seperti nasi, roti, kentang, marjerin dan minyak.

Makanan yang mengandungi vitamin dan zat galian, untuk menjauhkan penyakit seperti sayuran dan buah-buahan.

Puan perlu banyakkan minum air. Kurangkan makanan bergaram, berlebihan minyak dan manis.

5.      Makanlah ubat-ubat yang diberi oleh Doktor atau Jururawat. Jauhkan ubat-ubatan sendiri, arak atau rokok.

6.      Pergilah ke hospital apabila dinasihatkan untuk keselamatan puan dan kandungan.

7.      Dapatkan tidur dan rehat secukupnya.

8.      Menjaga kebersihan dan pakaian yang selesa.

9.      Menyusukan anak secara susu badan

10.   Merancang keluarga

11.   Bersenam ringan



No comments:

Post a Comment