"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

10 July 2015

Suhu Sesuai Untuk Menyimpan Makanan Bayi

Suhu memainkan peranan penting dalam proses penyimpanan makanan secara umumnya. Penyimpanan yang betul akan memanjangkan hayat makanan serta dapat mengekalkan nutrien yang terdapat dalam makanan.

Susu perahan ibu kaya dengan hasil nutrien. Ia adalah medium yang paling baik untuk mikroorganisma membiak jika berlaku pencemaran ketika proses perahan atau penyimpanan. Kaedah menyimpan dengan cara dan suhu yang betul dapat memanjangkan hayat dan penggunaan susu tersebut.

Susu perahan ibu harus disimpan di dalam peti sejuk. Penyelenggaraan peti sejuk yang baik dapat mengekalkan suhu peti sejuk dan dalam masa yang sama memastikan makanan bayi yang disimpan selamat digunakan.

Suhu yang sesuai bagi penyimpanan susu perahan adalah di bawah paras 4°C.

1 comment:

  1. Tq for info sis. Ilmu penyusuan amat penting untuk menjayakan penyusuan susu ibu.

    ReplyDelete