"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

08 July 2015

Pengaruh Suhu Ke Atas Mikroorganisma

1. Suhu 100°C adalah takat didih bagi air. Pada suhu ini mikroorganisma akan mati apabila terdedah dengan suhu yang melampau.

2. Kebiasaannya, penggunaan suhu dari 65°C dan ke atas adalah untuk aktiviti memanas dan memasak. Pada suhu ini, kebanyakan mikroorganisma tidak mampu bertahan untuk terus hidup.

3. Pada suhu 5°C hingga 65°C dikenali sebagai Zon Berbahaya. Pada julat suhu ini, mikroorganisma boleh membiak dengan baik dan cepat.

4. Pada suhu di bawah 5°C mikroorganisma akan menjadi pasif atau kurang aktif. Oleh itu tahap keselamatan makanan bayi dapat dikekalkan.

5. Suhu 0°C pula menunjukkan takat beku bagi air. Air akan membeku dengan sepenuhnya pada suhu ini. Pada ketika ini, mikroorganisma mula "tidur" dan tidak bergiat aktif. Ini dipanggil sebagai tempoh hibernasi bagi mikroorganisma. Ia akan hidup dan bergiat aktif apabila didedahkan kembali pada suhu Zon Bahaya.

6. Ada juga mikroorganisma yang boleh hidup apabila terdedah dengan suhu lebih 65°C. Keadaan ini terjadi apabila wujud partikel-partikel sisa makanan pada bekas makanan bayi yang tidak dicuci bersih.

7. Dalam keadaan tertentu, walaupun makanan terdedah pada suhu 100°C masih juga terjadi keracunan makanan pada bayi. Ini berlaku disebabkan ada di antara mikroorganisma mampu untuk mengeluarkan TOKSIN dalam makanan sebagai bahan sisa buangan mereka. Suhu melebihi 100°C diperlukan untuk memusnahkan TOKSIN ini yang dihasilkan oleh mikroorganisma.

No comments:

Post a Comment