"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

12 July 2015

Panduan Menyimpan Susu Ibu Perahan Di Dalam Peti Sejuk

Bagi ibu-ibu yang berkerjaya, susu yang diperah harus disimpan di dalam peti sejuk yang telah diselenggara dengan baik.

Berikut adalah beberapa langkah asas sebelum susu perahan ibu dimasukkan ke dalam ruang peti sejuk:

1. Pastikan peralatan yang hendak digunakan telah dicuci dengan bersih dan disanitasi.

2. Gunakan bekas untuk sekali penyusuan bagi menyimpan susu perahan ibu.

3. Labelkan bekas tersebut. Letakkan masa dan tarikh pada bekas agar mudah untuk dikenalpasti dan digunakan.

4. Bersihkan luaran bekas dengan air dan tisu jika terdapat lelehan susu ibu perahan.

5. Masukkan susu perahan tadi ke dalam peti sejuk dengan segera pada ruang dingin atau sejukbeku.

No comments:

Post a Comment