"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

29 July 2015

Lelaki Atau Perempuan?

Mungkin terdetik di hati anda apakah jantina bayi yang anda kandungkan ini, adakah bayi lelaki ataupun bayi perempuan? Mungkin jantina bayi dapat dikesan melalui ujian ultrasound, namum tidak semua keputusan tepat. Adakalanya mungkin kaedah dulu-dulu dapat kita cuba.

Jom cuba kaedah di bawah ini. Perhatikan tanda-tanda berikut dan teka tanda yang anda alami, adakah ia bayi lelaki atau bayi perempuan? Ini hanya sekadar andaian dan bukan untuk dipercayai sepenuhnya, hanya sekadar alternatif menentukan jantina bayi anda.

Tanda Bayi Lelaki

·           Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
·           Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
·           Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
·           Perut anda kelihatan bulat sempurna
·           Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
·           Bentuk perut condong ke arah bawah
·           Sukakan makanan yang masam dan masin
·           Suka makan daging dan keju
·           Tapak kaki selalu berasa sejuk
·           Tangan selalu kekeringan
·           Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
·           Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
·           Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
·           Hidung tampak lebih mekar
·           Selalu sakit kepala

Tanda Bayi Perempuan

·           Mengalami morning sickness di awal kehamilan
·           Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
·           Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
·           Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
·           Bentuk perut condong ke arah atas
·           Perut tampak agak lonjong
·           Mengidam makanan yang manis
·           Sukakan buah-buahan
·           Suka minum air atau jus yang bersifat masam
·           Anda lebih cerewet semasa hamil
·           Mudah moody berbanding sebelumnya
·           Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
·           Tidak suka makan roti bersama kulitnya
·           Payudara kelihatan mengembang
·           Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur


No comments:

Post a Comment