"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

27 July 2015

Kaedah Moden

Sekarang terdapat kaedah teknologi moden yang boleh digunakan bagi tujuan pemilihan jantina bayi. Namun kaedah ini memakan kos yang terlalu tinggi.

1. Preimplantation Genetic Diagnosis (PGD)

Keberkesanan pemilihan jantina mampu mencapai 99.9%. Namum, kaedah ini sangat mahal disebabkan proses pemilihan perlu melalui kaedah-kaedah yang rumit seperti IVF ataupun ICSI terlebih dahulu. Semasa proses PGD dilakukan, doktor yang terlibat akan menentukan kromosom sperma untuk tujuan proses pemilihan jantina. Kaedah ini juga membolehkan doktor mengesan sebarang tanda-tanda keluarbiasaan yang mungkin ada pada kromosom tersebut.

Melalui kaedah ini juga, doktor dapat memilih embrio yang benar-benar berkualiti serta sebelum disuntik ke dalam rahim isteri.

2. Kaedah IUI, IVF atau ICSI

Penggunaan kaedah IUI, IVF dan ICSI membolehkan anda menentukan jantina bayi yang diingini melalui pemilihan sperma. Pemilihan jantina bayi lelaki dan bayi perempuan dapat ditentukan melalui pengamatan sperma yang berenang. Sperma lelaki (X) dapat dikenali kerana ia berenang lebih laju berbanding sperma perempuan (Y). Kejayaan kaedah ini ialah 70% bagi pemilihan jantina sperma lelaki manakala 50 - 60% bagi jantina sperma perempuan.


No comments:

Post a Comment