"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

25 July 2015

Kaedah Semulajadi

1. Makanan

Sesetengah orang percaya jenis makanan boleh mempengaruhi jantina anak yang bakal dilahirkan. Jika inginkan bayi perempuan, suami harus makan lebih banyak makanan beralkali. Manakala isteri perlu makan makanan yang berasid. Sekiranya idamkan bayi lelaki, suami harus makan makanan yang berasid manakala isteri pula harus makan makanan yang beralkali. Makanan beralkali terdiri daripada sayuran, buahan, putih telur, susu, keju, yogurt dan banyak lagi. Makan berasid pula termasuk daging, makanan laut seperti ikan, udang serta sotong dan lain-lain.

2. Masa

Kekerapan melakukan hubungan intim sebelum datang haid akan meningkatkan peluang anda berdua untuk mendapat anak perempuan.

Untuk mendapatkan bayi lelaki, waktu yang sesuai untuk anda berdua bersama ialah selepas tempoh haid yakni hari ke 11 hingga ke 16. Waktu tersebut adalah waktu isteri melalui proses kesuburan iaitu hari yang ke 13 atau ke 14 selepas hari pertama haid. Perlu diingat, jangan melakukan persetubuhan beberapa hari sebelum waktu subur tetapi boleh meneruskannya selepas waktu subur itu.

3. Kedalaman

Teknik ini juga banyak membantu di dalam menjayakan pemilihan jantina bayi. Bagi pasangan yang berhasrat mendapatkan bayi perempuan, suami tidak perlu memasukkan zakar terlalu dalam ke vagina. Sebaliknya, jika idamkan bayi lelaki, kedalaman tusukan zakar suami adalah penentunya. Kromosom X (lelaki) dikatakan mampu bergerak laju dan lebih aktif manakala kromosom Y (perempuan) pula adalah sebaliknya. Oleh yang demikian, suami perlu memasukkan zakar lebih dalam agar memudahkan usaha untuk mendapatkan bayi lelaki.

4. Kemuncak

Untuk mendapatkan bayi perempuan, suami hendaklah klimaks lebih awal dari isteri. Hal ini kerana ketika itu isteri mengeluarkan cecair beralkali yang berpotensi untuk mendapatkan bayi perempuan. Jika sebaliknya, di mana suami klimaks selepas isteri, anda mungkin akan mendapat bayi lelaki.

5. Persediaan Isteri

Sebelum melakukan hubungan intim, isteri boleh mencuba alternatif sendiri dengan membasuh vagina dengan satu sudu cuka dan semangkuk air bersih jika idamkan bayi perempuan. Tetapi, sekiranya berhasrat inginkan bayi lelaki, alkalikan vagina anda dengan mencuci vagina bersama semangkuk air bersih yang dicampurkan dengan satu sudu soda.

6. Posisi

Posisi suami yang berada di bawah dan isteri di atas ketika melakukan hubungan intim juga mampu membantu anda memiliki bayi perempuan. Manakala kedudukan anda dan suami bertentangan iaitu isteri di bawah dan suami di atas, ia membolehkan anda mendapat bayi lelaki.


No comments:

Post a Comment